19. Bunuh

2.1K 80 14
                                    

  Maya Akasya termenung memikirkan nasib dirinya yang menikah dengan lelaki yang langsung tidak mencintainya malah membenci dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  Maya Akasya termenung memikirkan nasib dirinya yang menikah dengan lelaki yang langsung tidak mencintainya malah membenci dirinya.

  Tiba-tiba,  bahunya disentuh oleh seseorang.  Pada mulanya dia yakin Ray datang padanya, namun bau asap rokok mengubah segalanya.

  Dia sangat kenal suaminya,  tidak merokok.  Malah,  dia sempat menghidu bau sakura yang kuat pada tubuh lelaki itu tadi.

  Baru sahaja dia bertindak ingin melawan,  dirinya ditolak ke dalam kolam yang berasa di hadapannya.

  Maya menjerit apabila tubuhnya ditenggelamkan oleh lelaki itu.  Kepala Maya Akasya ditolak ke dalam kolam.

  Maya Akasya melawan lelaki serba hitam itu,  namun lama kelamaan dirinya sudah kehabisan nafas.  Maya sedikit tercungap-cungap untuk bertahan.

  Perbagai cara dilakukan oleh Maya Akasya untuk menyelamatkan dirinya.

  "Duduk diam dalam ni,  aku nak bunuh kau! " tengking lelaki itu.

  Maya Akasya sudah tidak berdaya,  dia juga sudah menelan banyak air di dalam kolam ini.  Lama-kelamaan,  matanya memberat sebelum dia betul-betul tenggelam.

  "Maya! " Panggil seseorang yang sangat dikenalinya.

  Ray Muzam mendekati lelaki yang sedang memaksa Maya Akasya untuk menenggelamkan diri ke dalam kolam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  Ray Muzam mendekati lelaki yang sedang memaksa Maya Akasya untuk menenggelamkan diri ke dalam kolam.

  "Dah tak sayang nyawa ke sial! " Ray Muzam menendang tubuh lelaki itu.  Dia menarik lengan lelaki itu bangun sebelum tubukan bertalu-talu dihadiahkan pada perut lelaki serba hitam itu.

  Ray Muzam turut menumbuk wajah lelaki itu.  Malang tidak berbau,  pinggang Ray Muzam  ditikam oleh lelaki itu.

  Ray mengerang kesakitan sambil mencabut pisau daripada perutnya.  Ray Muzam menarik lengan lelaki itu supaya tidak lari.  Namun lelaki itu mempunyai kesempatan dengan menendang bekas luka itu.

  Ray Muzam rebah setelah itu.  Manakala,  suara eranga Ray Muzam menarik perhatian Lay dan Jay.  Mereka berdua mendekati abang mereka.

  "Kau dah kenapa? " Soal Lay yang melihat darah yang keluar dari perut abangnya itu.

DARK MAFIA[C]Where stories live. Discover now