"Erhhhhhhhhhh mmmmmmm"Beberapa detik setelah itu, datang Danish Hazik dan Veron Kaiser merempuh pintu utama.
"Tuan Muda!" Jerit mereka berdua serentak.
"Bodohlah korang ni! " Jerkah Ray Muzam sambil pantas membuka baju t-shirt putihnya lalu ditutup kepala dan lengan Maya Akasya yang terdedah.
"Lah, tadi kami dengar tuan macam mengerang kesakitan.. Weh, darah! " Kata Veron Kaiser sambil menunding jari pada perut Tuan Mudanya.
"Tuan, jom pergi hospital. " Ajak Danish Hazik sambil mendekati Ray Muzam.
"Jangan dekat, isteri aku tak pakai tudung ni. " Tubuh Maya Akasya dibawa ke dalam pelukannya. Berkerut wajah Ray Muzam apabila terasa tusukan pada perutnya semakin dalam.
Sewaktu didapur tadi, Maya sempat mengambil pisau dapur yang berada di atas singki. Pisau tersebut dijadikan senjata oleh Maya apabila Ray Muzam mendekatinya lalu menerkam dirinya. Tak disangka dia seberani itu.
"Kalau macam tu, jom pergi hospital. Kau nak mampus ke? " Amarah Danish Hazik.
"Pergi hospital buat apa? Jumpa doktor kan? " Soalan itu dijawab dengan anggukan Danish dan Veron , serentak.
"Korang lupa dalam rumah ni dah adak doktor? " Danish Hazik menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"Jadi, kau memang tak nak jumpa doktor lah ni? " Soal Veron Kaiser pula.
"Tak nak lah, membazir je. " Jawab Ray Muzam sambil tangannya mencabut pisau yang menusuk perutnya itu. Pisau itu jatuh ke lantai dan terpercik darah yang tersisa. Manakala, tangan Ray Muzam cepat menekup lukanya itu.
"Tuan Muda. " Panggil Veron Kaiser, cemas.
"Korang boleh pergi, sekarang! " sedikit payah Ray Muzam menelan liur kerana menahan sakit yang merebak ke seluruh badannya. Dia langsung tidak merasa bimbang kerana dia pernah kena lebih teruk dari ini lagi.
"Baik tuan muda. Kalau ada apa-apa, kau panggil lah aku. " Pantas Danish Hazik dan Veron Kaiser mengundurkan diri mereka berdua.
Ray Muzam membuka bajunya daripada terus menutupi isterinya itu. Maya bergegas pergi dari situ namun lengannya ditarik oleh Ray Muzam.
Di dalam fikirannya masih terbayang apa yang akan terjadi sebentar lagi. Memikirkannya saja sudah membuatkan Maya Akasya meremang, ngeri.
"Sayang nak pergi mana ni? " Soal Ray Muzam, risau.
"M-ma-maaf a-wak. " Maya Akasya menundukkan kepalanya, takut untuk memandang terus ke dalam anak mata suaminya sendiri.
"Hey.. Hey.. Kenapa ni sayang? Don't cry okay? " Ray pantas memeluk tubuh Maya Akasya yang kecik molek itu.
YOU ARE READING
DARK MAFIA[C]
AksiSatu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya... Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu.. __________________________________________________________________________________ "Jangan mati lagi , aku bel...