11.Rumah

2.3K 80 11
                                    

  "Awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  "Awak... " Maya Akasya menepuk bahu suaminya perlahan apabila diturunkan dari tubuh sasa itu.

  "Eh,  kenapa?  Sakit ke? " Soal Ray pada isterinya.  Maya hanya mengilingkan kepalanya.

  "Rindu rumah lah" Maya memandang dalam anak mata Ray Muzam,  cantik!

  "Baru je duduk sekejap,  dah nak balik ke?  Tak bosan? " Maya hanya mencebikkan bibirnya.

  "Ya lah,  kita balik. " Jawap Ray diikuti dengan tawanya.

  Maya yang mendengar itu tersenyum manis. Dia turut menepuk kedua belah tangannya, gembira.

  "Tapi,  kau kena mandi.  Bau busuk sangat ni." Kata Ray Muzam lalu tergelak besar.

  "Eiiii tak sedar diri lah awak ni." Maya Akasya menepuk perlahan.

   "Cepatnya Ray nak bawak menantu mama balik,  belum habis lepas rindu ni. " kata Datin Amna Nafisah yang sedang memeluk tubuh kecil menantunya itu.

  "Bukan Ray yang nak balik,  budak ni yang nak.  Katanya rindu. " Ray memuncungkan bibirnya pada Maya Akasya yang masih lagi dipeluk oleh Datin Amna Nafisah.

  "Nanti Maya cuti lagi,  Mama jangan risau ya? " Maya meleraikan pelukan itu sambil tersenyum kepada mertuanya itu.

  "Ray,  mama nak pesan ni.  Kalau marah,  sabar.  Ingat,  isteri tu tanggungjawab suami untuk jaga. " Pesan Datin Amna sambil memegang tangan anak dan menantunya itu.

  Ray Muzam dan Maya Akasya hanya mengangguk mendengar kata Datin Amna.

  "Dah,  balik.  Nanti lewat sampai. " Ray menarik lembut tangan Maya untuk masuk ke dalam kereta.

  "Jaga menantu mama baik-baik Ray! " Datin Amna Nafisah melambai-lambaikan tangannya sebelum kereta itu bergerak meninggalkan kawasan rumah agam tersebut.

  Maya yang berada di sebelah Ray itu masih fokus pada skrin telefonnya.  Katanya mahu semak jadual minggu akan datang.

  "Pakai seat belt dulu Maya Akasya. " arah Ray yang melihat Maya dari ekor matanya.

  "Kejap,  saya tengah nak tengok jadual saya.  Sekarangkan saya ada suami,  jadi kena pastikan waktu kerja tu sesuai untuk saya.  Biar tak penat dan sempat untuk layan awak. " jawap Maya yang masih sibuk dengan Iphonnya itu.

  "Ye lah Maya,  tapi kalau jadi apa-apa aku tak nak tanggungjawab ya? " Maya tidak memalingkan wajahnya pada Ray,  malah dia juga tidak tahu apa yang dikatakan oleh Ray Muzam.

DARK MAFIA[C]Where stories live. Discover now