Maya Akasya menuruni anak tangga dengan perlahan. Dia berjalan menuju ke dapur seakan tidak melihat merpatu dua sejoli itu.
Ray Muzam yang melihat isterinya itu sedikit mengerutkan dahinya. Dia membulatkan matanya untuk memastikan apa yang dilihat olehnya itu betul.
Manakala, Maya yang tahu bahawa suaminya itu sedang memerhatikan dirinya tersenyum kemenangan. Dia menuangkan air kosong ke dalam gelas sebelum keluar untuk naik ke atas.
Maya seakan-akan terkejut melihat suaminya yang sudah pulang menyapa dua pasangan itu.
"Eh, abang dah balik? Awalnya abang balik, rindu saya lah tu. " kata Maya sambil matanya berfokus pada pandangan yang diberi oleh Siska.
"Eh, Cik Siska pun ada. Abang tak cakap pun nak bawa tetamu. " sapa Maya, mesra.
"Ya, Ray yang ajak I datang sini. Katanya rindu nak bercakap dengan I. You mari lah join kami. " ajak Sisika dengan wajah yang dibuat mesra.
Ray yang baru sahaja ingin sambung berbual dengan Siska itu terdiam apabila isterinya bertindak duduk di atas ribanya. Ray Muzam memandang wajah Maya yang tidak sedikit pun menunjuk riak malu itu, malah gadis itu tersenyum manis padanya.
Manakala, Ray menampung tubuh kecil itu dengan sebelah tangannya, takut gadis itu jatuh.
"Dah tak ada seat lain. Boleh saya duduk sini kan? " soal Maya hanya dibalas anggukan oleh Ray Muzam.
Hampir terpecah tawanya apabila melihat wajah menyampah yang dibuat oleh siska itu.
"Maya, cantik baju you. Beli dekat mana? " soal Siska apabila melihat baju kelawar mini yang dipakai oleh Maya Akasya. Baju itu mendedahkan hampir separuh paha putih kemerahan milik Maya.
"Oh, baju ni umi saya yang buatkan. Awak nak ke? Saya ada banyak yang tak pakai. "
"Sejak bila kau ada baju macam ni? " Soal Ray pula.
"Dah lama. Awak je yang tak tahu ni. " Maya mendekatkan bibirnya pada cuping telinga Ray Muzam.
"Lagipun, kita bukan tidur sebilik. " sambung Maya Akasya dengan berbisik.
"Comel jugak you ni Maya. Pandai jaga Ray. I cemburu tau lah. " Siska memecahkan kesunyian apabila Ray dan Maya turut terdiam.
"Thank you. "
"Lepas ni, kalau pakai macam ni jangan turun bawah. Ingat, aku ada ramai anak buah lelaki. " Amaran diberi kepada Maya Akasya.
"Ye lah.. " Jawab Maya, malas.
Sekali lagi gadis kecil itu tersenyum. Hairan dengan diri sendiri, banyak pulak rancangan nakalnya ingin kenakan pasangan bahagia ini.
"Abang tak ngantuk lagi ke? Esok kerja kan? " soal Maya Akasya sambil jari lentiknya itu dimain-mainkan dibahagian dada Ray Muzam yang sedikit terdedah.
YOU ARE READING
DARK MAFIA[C]
AksiSatu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya... Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu.. __________________________________________________________________________________ "Jangan mati lagi , aku bel...