Satu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya...
Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu..
__________________________________________________________________________________
"Jangan mati lagi , aku bel...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Maya Akasya sedikit berkerut apabila tangan kecilnya menyentuh permukaan perut seseorang.
"Apa ni? " Soalnya apabila jari jemarinya berlari-lari di kawasan yang berpetak-petak.
"Do you like to play with my stomach? Are you done? " Tanya satu suara serak mengetuk gegendang telinga lalu masuk ke salur eustaciusnya.
Membulat mata Maya Akasya lalu lekas bangun daripada baringannya.
"A-awak, saya minta maaf. Saya tak sengaja. " Maya Akasya menutup separuh wajahnya yang memanas itu.
"Eurmmmm, cantik jugak kau waktu pagi. Patutlah sebelum ni bangun terus mandi, tak nak tunjuk dekat aku rupanya. Dengan pipi merah, mata bengkak lepas tu... " Ray sengaja menggantungkan ayatnya itu.
"Lepas tu apa!? " Soal Maya Akasya, ingin tahu.
"Ada air liur basi... " Sambungnya lalu tertawa.
"Ish, nakal! " Maya menampar dada Ray Muzam yang terdedah itu. Namun, tiba-tiba sahaja dia memandang tubuhnya yang sudah memakai baju tidur (pijamas) hitam.
"A-awak ke? "
"Ya, aku lah yang salin. Kau lupa ke? Aku yang mandikan kau, aku yang buat kau muntah lepas tu aku pakaikan baju.. " Ray Muzam menahan tawa melihat mata Maya Akasya yang membulat itu.
"Suka hati awak je nak tengok badan saya, saya sendiri pun malu nak tengok badan awak! Awak ada buat apa-apa ke semalam!? " Soalan biasa yang akan ditanyakan seperti dalam drama Melayu.
"Eh, kau jangan cakap aku sentuh kau ya! Sepatutnya aku yang marah kau pagi ni tau? Goda aku , lepas tu mintak nak aku bagai. Nasib tak hilang teruna aku semalam. " Balas Ray Muzam, geram.
Pipi Maya Akasya juga dicubitnya. Bukan sebelah, tapi kedua-duanya.
"Awww sakit. Ala, kalau saya buat apa-apa bukan luak pun lah. " balas Maya Akasya.
"Why not, sekarang kita luakkan? " Tanya Ray Muzam sedikit membisik.
"Tak ada maknanya lah. Saya tak nak. "
"Eleh, semalam bukan main mintak aku. Pagi ni tak nak pulak. Jomlah. " Ray Muzam sedikit mendekati isterinya namun Maya Akasya pantas mengundurkan diri.
"Nak pergi mana tu Maya! " Panggil Ray Muzam beserta tawa apabila Maya Akasya meloloskan diri daripada bilik itu.
Ketika ralit mengetawai isterinya, dia tersedar bahawa bukan dia dan isterinya sahaja yang berada di inap desa itu, malah Veron dan beberapa anak buahnya yang lain ada di luar. Tambahan pula, Zarif baharu sampai pagi tadi.
Mendengar jeritan Veron, mengalahkan budak perempuan dua belas tahun itu, Ray Muzam bangun daripada katil lalu mendapatkan isterinya. Sempat lagi lelaki itu menarik tuala bersamanya untuk menutup kepala isterinya.