27. Pisah

2.1K 59 3
                                    

  "Tak payah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  "Tak payah.. " potong Maya Akasya tanpa memandang wajah Ray Muzam.

  "Kenapa?  Badan kau panas ni Maya. " Ray tetap berlalu pergi tanpa menghiraukan Maya Akasya.

  Beberapa minit kemudian,  pintu dibuka dari luar.  Ray membawa bekas kecil beserta tuala.  Baru sahaja ingin meletakkan tuala itu pada wajah Maya,  pantas gadis itu menepis menggunakan tangan kecilnya.

  "Tak nak lah! " Tengking Maya Akasya.

  "Kau nak lawan aku ke? " Ray menjengilkan matanya kedalam mata isterinya itu.

  "Lepaskan saya! " jerit Maya tanpa ragu.  Bibirnya sedikit bergetar itu digigit untuk membuang ketakutan itu.

  "Aku nak rawat kau,  aku nak kau sihat balik.  Macam tu je.  Jangan macam ni Maya,  aku merayu sangat.  Beri aku peluang untuk jaga kau sebelum aku hantar kau ke Terengganu. " Rayu Ray Muzam.

  Maya yang mendengar itu terus mencari anak mata biru kehijauan milik suaminya.

  "Terengganu? " soalnya dengan kening diangkat sebelah.

  "Ya,  Terengganu.  Aku nak kau duduk dengan umi. Asalkan,  kau terima aku untuk jaga kau beberapa hari lagi. " Ray meraih lembut tangan Maya Akasya yang terhias dengan jarum itu.

  Maya hanya mengangguk mendengar permintaan suaminya itu.

  "Rindunya tilam! " Lay Muzam menjatuhkan tubuhnya di atas tilam king yang kelihatan mewah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  "Rindunya tilam! " Lay Muzam menjatuhkan tubuhnya di atas tilam king yang kelihatan mewah itu.

  Dia sudah dua malam tidak tidur kerana perlu menguruskan projek yang dipersetujui papanya minggu lepas.

  Dia juga tidak pasti berapa lama lagi dia perlu tinggal di bumi Italy ini,  kerana papanya telah mempertanggunjawabkan dia dan Danish untuk menyelesaikan segalanya.

  Apatah lagi,  projek ini perlu berurusan dengan kawan baik papanya sendiri.

  "Kalau ye pun rindu,  mandi lah dulu.  Badan kau berpeluh teruk tadi kan? " Marah Vito yang membawa segelas air putih lalu dihulurkan kepada Danih yang duduk menyilangkan kaki di atas kerusi itu.

DARK MAFIA[C]Where stories live. Discover now