46.Garis Dua

1.6K 42 3
                                    

  "Maya makan lah sikit,  kau tak sihat ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  "Maya makan lah sikit,  kau tak sihat ni. " Pujuk Marsya yang mula risaukan sahabatnya ini. Maya sedari semalam tidak menyentuh makanannya. 

  Maya Akasya habiskan waktunya dengan menangis dan termenung sejak mengetahui khabar tentang kematian Ray Muzam. Maya Akasya juga langsung tidak menunjukkan dirinya sejak itu.

  "Muka kau pucat ni, mesti kau kurang rehat. Dah lah dari semalam tak makan dan minum. Ni dah pukul satu Maya, sampai bila kau nak duduk macam ni je? Kalau Ray ada..."

  " Apa maksudkau dengan kalau Ray ada? Kau pun nak cakap yang suami aku dah tak ada lah ni!?" Potong Maya Akasya apabila tersinggung dengan apa yang dikatakan sahabatnya itu.

  "A-aku..."

  "Kau keluar, aku tak nak tengok muka kau kat sini! Keluar lah!" Maya Akasya bangun dari duduknya lalu menolak tubuh Marsya yang sedikit tinggi daripada dirinya itu. Marsya yang kebingungan hanya akur lalul berjalan ke muka pintu. Dirinya juga terasa simpati terhadap sahabatnya itu. 

  Padahal, sebelum ini gadis yang bernama Maya Aksya merupakan gadis yang ceria dan sangat pandai menyembunyikan perasaan dirinya sendiri. Timbul juga rasa bersalah kepada Maya apabila tersilap menyebut tengtang Ray Muzam.

  "Kau dah jumpa betina tu dekat mana?" Soal Lay Muzam sambil menaip sesuatu menggunakan Laptop Acer Swift 3 miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  "Kau dah jumpa betina tu dekat mana?" Soal Lay Muzam sambil menaip sesuatu menggunakan Laptop Acer Swift 3 miliknya. Setelah pulang daripada kelab malam milik Dayyan, dia terus memanggil Zarif Amsyar untuk membantunya mencari Siska. Dia yakin sekiranya Siska ditemukan, pasti lelaki misteri itu bersamanya.

  Tambahan pula, dia mengetahui bahawa lelaki itu turut berada bersama Ray Muzam di dalam gedung itu ketika letupan berlaku. Veron Kaiser yakin lelaki itu dapat menyelamatkan diri kerana di tangannya mempunyai senjata beserta dengan orang suruhan yang ramai. Boleh sahaja dia selamat dan Ray Muzam mati di tempat kejadian.

  Terdapat tanggapan lain daripada Danish Hazik yang menyatakan Ray Muzam masih hidup. Selama sepuluh tahun mereka bersama, jarang Ray Muzam kalah dengan pihak lawannya.

   'Jika betul Ray sudah  tiada, tunjukkan aku pusaranya.' Terngiang-ngiang apa yang dikatakan Danish Hazik sebentar tadi.

  Ketukan daripada bilik kerja Ray Muzam mengganggu kerja Lay Muzam dan Zarif Amsyar. Mereka berdua serentak memandang ke arah seseorang yang berada dibalik pintu itu. Terlihat erin yang membawakan beberapa mangkuk nasi bubur kepada mereka.

DARK MAFIA[C]Where stories live. Discover now