"Maya, teruk sangat luka dekat pinggang Ray ni! " Kata Erin sambil memandang rakan sekerjanya itu."Kenapa? " Tanya Maya Akasya, risau.
"Luka kena tikam? Macam mana dia kena tikam? " Soal Lay Muzam bertalu-talu.
"Semalam ada orang yang cuba bunuh saya, tapi Ray datang untuk selamatkan. Mungkin waktu tu dia kena tikam. " Jawab Maya Akasya. Dia juga seperti cacing kepanasan bila mengetahui keadaan suaminya.
"Tak apa, aku tolong. " Lay mengangkat tubuh tegap abangnya itu keluar daripada bilik yang menepatkan kakak iparnya itu.
Keadaan hospital swasta itu sangat sunyi pada pagi hari. Kelihatan doktor juga masih tidak ramai yang datang, yang tinggal hanyalah doktor yang bekerja malam tadi dan ingin pulang pada pagi ini. Jururawat juga tidak ramai.
"Maya, aku call tiga ketul tu untuk temankan kau. Jadi kau jangan ke mana-mana ya? " Lay berlari ke arah yang ditunjuk oleh Erin.
"Aku pun nanti akan suruh Marsya jaga kau. " Maya Akasya hanya mengangguk mendengar itu.
"Awak, boleh keluar. " Arah Erin setelah Lay Muzam membaringkan tubuh abangnya."Kalau aku cakap tak nak keluar? Kau nak marah lah? " Soal Lay Muzam yang mengundang emosi gadis itu.
"Dekat sini ada jururawat yang bantu saya, awak boleh keluar. " kata Erin dengan lagak yang masih tenang.
"Tak nak. " Jawab Lay Muzam, datar.
Erin hanya menjeling lelaki yang berada di hadapannya itu. Dia tidak mahu pergaduhan berlaku di bilik bedah ini. Jadi, Erin bertindak dengan menarik lengan Lay Muzam keluar.
Setelah keluar, Lay Muzam merentap kuat lengannya sehingga membuatkan Erin sedikit mengaduh.
"Jangan pegang aku! " Amarah Lay Muzam.
"Saya nak ajak awak pergi salin pakaian! Mana boleh pakai macam ni dekat bilik bedah! " Muka gadid itu memerah, marah.
"Okay jom" kali ini Lay Muzam mengizinkan Erin menarik tangannya. Namun Erin hanya berlari anak meninggalkan lelaki itu.
YOU ARE READING
DARK MAFIA[C]
AzioneSatu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya... Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu.. __________________________________________________________________________________ "Jangan mati lagi , aku bel...