FLASH BACK
Ray Muzam melangkahkan kakinya yang panjang itu dengan laju menuju ke arah satu figura yang sangat dikenalinya. Wajahnya amat bengis pada waktu itu, kelihatan terbit urat-urat pada permukaan kulitnya di bahagian dahi.Laju sahaja tangan itu mencengkam bahu seorang gadis yang kecil. Hanya dengan satu tarikan, gadis tersebut memusingkan badannya tanpa diminta.
"En-encik... " tutur gadis itu dengan wajah kebingungan apabila melihat tatapan lelaki berairis biru kehijauan itu tajam ke arahnya.
"Ini dikira amaran terakhir aku, jangan pernah terima hati Ainina. Ingat!? " gertak Ray Muzam yang menyebabkan bahu gadis kecil itu sedikit terhinjut akibat terkejut.
Pantas gadis itu memusingkan balik badannya lalu berlari ke arah pintu sebuah bilik rawatan.
Ray Muzam yang melihat itu tersenyum, puas. Dia dah selesai menakutkan budak itu daripada menerima hati yang hendak diberikan kepadanya daripada tunangnya. Dia sudah mempunyai banyak rancangan untuk masa yang mendatang bersama Ainina walaupun gadis kesayangannya itu sudah tidak sempurna lagi.
Dalam masa yang sama, di rumahnya sudah banyak peralatan yang boleh digunakan untuk Ainina selepas dia berkahwin nanti supaya dapat memudahkan kehidupan harian gadis itu termasuklah kerusi roda dan pembantu rumah.
Tiba-tiba Ray Muzam ditepuk dari belakang. Ray Muzam pantas berpaling melihat empunya badan.
"Tuan, gawat ni... " lelaki itu cuba untuk menenangkan dirinya dengan menarik dan menghembus nafas perlahan.
"Kenapa?" Tanya Ray, mendatar.
"Syarikat kita di Italy nak dimusnahkan oleh Vito! " katanya dengan cemas.
"Kau santai lah Veron, Si Vito tu boleh buat apa je? Dia tak ada kemahiran untuk musnah-memusnah ni. " kata Ray Muzam santai. Tumpuan utamanya kali ini ialah supaya Ainina menerima untuk pembedahan pemotongan kaki dan tidak memberikan organ hati milik gadis itu kepada orang asing.
"Tuan Muda Ray! " Danish berlari dan berhenti tepat di hadapan Ray Muzam yang sedang berpeluk tubuh itu.
"Yang ni kenapa pulak? " Dia sedikit tergelak dengan wajah Danish yang kemerahan, panas munkin.
"Orang kita dekat Italy... Sepuluh orang dang mati dan dua puluh dua orang cedera akibat runtuhan menara syarikat tuan muda" berkerut seribu dari licin Ray Muzam setelah mendengar khabar tersebut. Pantas saja tangannya yang tadi memeluk tubuh itu naik mengurut pelipisnya, perlahan.
"Macam mana boleh terjadi? "
"Vito memang nekad untuk musnahkan syarikat tuan muda di Italy dan membuang nama tuan dari tanah Italy tu" Danish memandang Veron apabila terdengar nada dering daripada telefon lelaki itu.
"Bala... " ucap Veron apabila baru sesaat meletakkan telefon ke telinganya.
"What happen!? " tanya Ray Mauzam kepada Veron.
YOU ARE READING
DARK MAFIA[C]
БоевикSatu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya... Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu.. __________________________________________________________________________________ "Jangan mati lagi , aku bel...