Satu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya...
Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu..
__________________________________________________________________________________
"Jangan mati lagi , aku bel...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Maya Akasya memegang perutnya yang sakit. Keringat mula membasahi wajahnya. Wajahnya juga agak pucat serta kulitnya sejuk.
Maya Akasya menggunakan sisa tenaganya untuk mengurut perut yang sakit. Lantai yang sejuk membuatakan dirinya tidak selesa.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ketukan pintu dari luar memanggil Erin untuk menjenguk gerangan yang mengganggu tidurnya itu.
Erin membuka pintu lalu melilau mencari siapa yang mengetuk pintu tumahnya.
"Lay!?" Soalnya sedikit terkejut.
"Hye pretty. " Lay menayangkan senyuman manis kepada Erin yang masih tidak membuka pintu sepenuhnya.
"Awak buat apa dekat sini?" Soal Erin, ingin tahu.
"Aku nak tengok kau lah, sakit lagi ke? " Lay menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Oh, dah tak sakit. Ada apa-apa lagi ke? " Erin bersiap sedia untuk menutup pintu.
"Tunggu! " Lay menolak, kuat pintu itu sehingga gadis di hadapannya itu mengaduh sambil memegang pergelangan tangannya.
"Auuuuuw. " Erin mengurut perlahan tangannya.
"Eh, aku tak sengajan kau okay? " Lay masuk ke dalam rumah Erin. Gadis itu sedikit mengundur.
"Nak apa ni? " soal Erin, geram. Kalau bukan adik ipar kawannya, sudah lama dia tendang lelaki ini keluar dari rumahnya.
Setahunya, Lay Muzam lebih bertanggungjawab dan penyayang daripada Ray Muzam. Kerana itulah Maya Akasya sanggup mencari Erin walaupun ketika dia sakit di hospital untuk meminta maaf.
"Kau... "
"Aku okay tak payah risau. " Potong Erin.
"Kalau tak, aku nak kau buat rawatan dengan doktor pakar. Ni dua puluh ribu, untuk rawatan penggelangan tangan kau. Aku tak nak kerana aku, kau tak dapat rawat orang lagi. " Kata Lay Muzam sambil menghulurkan beg hitam yang tebal.