47.Together

1.4K 40 2
                                    

  

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  

  Selesai sahaja mengambil barangnya di lobi, Maya Akasya berjalan melalui lorong yang telah dikhaskan untuk doktor hospital itu sahaja. Sedang dia mengantur langkah berhati-hati, matanya sudah menangkap dua orang lelaki yang berbadan tegap sedang berbual tanpa mengendahkan keadaan sekeliling.

  Mana taknya, orang lain duk pandang mereka berdua sedari tadi , tetapi mereka boleh beriak biasa tanpa terganggu dengan pandangan mereka itu. Maklumlah, mereka berdua berbadan tegap, tinggi,agak berotot dan boleh dikatakan jejaka idaman lah.

  Itu tidak termasuk lagi dengan cara pemakaian mereka yang kemas dan bersih beserta dengan kenderaan yang dinaiki oleh mereka.

  "Akak lambat, so akak kena belanja kami." Sapa Jay Muzam dengan senyuman.

  "Ya akak belanja, Jay nak makan apa?" Maya Akasya melemparkan senyuman manis kepada Danish Hazik yang turut bersama mereka itu.

    "Kita makan KFC nak?" Soal Jay Muzam.

  "Are you kidding me Jay? Just KFC?" Maya Akasya meneliti wajah remaja di hadapannya itu sedikit sinis. Mana mungkin dia hanya inginkan KFC, pasti makanan lain lebih menarik. Maya sangat menghafal sifat adik-adik iparnya, jadi tak hairan jika Maya sedikit terkejut mendengarkan itu. Ray Muzam dan adik-adiknya jarang menyukai makanan bergoreng buktinya , donut dan kek di dalam peti semuanya dihabiskan olehnya sendiri.

  Tak hairan lah dalam setahun dua ini berat badannya semakin menaik tanpa amaran. Maya Akasya masih memerhatikan Jay Muzam yang tersengih seperti kerang busuk itu. Sudah tahu apa yang diinginkan Jay Muzam, terus diajaknya ke kedai makan itu.

  Setibanya di situ, Jay Muzam terlompat girang. Terlompat ya, bukan sengaja lompat.

  "Akak, Jay nak letak banyak budu dan sambal belacan boleh? Sebab Jay dah lama puasa daripada makan makanan selera Pantai Timur ni." Kat Jay Muzam sedikit memujuk.

  "Jay boleh makan semuanya, akak belanja." Maya Akasya tersenyum girang melihat adik iparnya itu. Dia juga tidak menyangka bahawa Jay Muzam sangat menyukai makanan kampung seperti ulam-ulaman ini. 

  Jay Muzam sangat berbeza dengan abang-abangnya yang lebih gemar dengan makanan Barat. Walaupun berkhasiat, tapi tidak kena dengan lidah Melayu Maya Akasya ini. Nasibnya baik bila Jay Muzam dapat menemaninya untuk makan makanan kampung terutamanya ulam-ulaman dan budu.

  "Danish nak makan apa?" Maya Akasya bertanya kepada anak buah kesayangan suaminya itu apabila perasan lelaki itu termenung sedari tadi. Kalau berterusan macam ni, boleh jadi patung model yang selalu ada di mall tu.

  "Saya?" Danish sedikit kebingungan apabila disoal bergitu. Baginya, lebih baik dia menjaga Puan Muda dan Tuan Mudanya daripada sebarang ancaman. Maklumlah, disini ramai orang. Dia sedikit bimbang dengan keadaan Maya Akasya yang lagi membawa zuriat Ray Muzam di kawasan orang ramai ini.

DARK MAFIA[C]Where stories live. Discover now