39.Best Friend

1.3K 43 1
                                    

  "Lay,  nasib kau sempat sampai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  "Lay,  nasib kau sempat sampai.  Aku takut. "

  "Macam mana boleh mati lampu satu condominium ni?  Tak bayar bil ke apa? " Soal Lay Muzam sambil menyalakan beberapa lampu kecil yang dibawanya. 

  Pintu rumah itu dibuka luas olehnya,  bimbang orang-orang pakat mengata.  Sudahlah dia datang ke rumah anak dara orang,  ditambah pula dalam gelap seperti ini.  Pasti ada yang akan mengata.  Bukan manusia kalau tiada perasaan ingin tahu.

  Risau pula nanti kena nikah percuma.  Bukannya tidak mahu,  tapi dia dah rancang pernikahan yang terbaik untuk dirinya sendiri.

  "Tak tahu,  aku baru lepas mandi tadi.  Ingatkan kawan serumah aku ada,  rupa-rupanya dia tidur rumah kawan sekerja dia hari ni.  Katanya,  esok dia perlu jadi guru pengirim. " Balas Erin agak ketakutan.  Mana tidaknya,  di tingkat ini hanya ada tiga buah rumah yang betuan,  selebihnya rumah kosong atau tuannya jarang pulang.

  "Aku dah pasang lampu lampu ni.  Harap membantulah,  ke kau nak aku tidur sini? " Soal Lay Muzam dengan wajah nakalnya.

  "Eh,  tak payah.  Nanti tak pasal-pasal aku kena nikah dengan kau pulak.  Tak nak lah aku."

  "Kenapa tak nak?  Bukan ke kau suka? "

  "Dah,  kau boleh balik.  Aku nak tidur ni. " Erin menolak-nolak tubur Lay Muzam untuk keluar.

  "Kau ni,  kasar betul.  Ingat,  pergelangan tangan kau tu belum total sembuh lagi. " Lay Muzam melangkah keluar daripada rumah Erin.

"Maya,  muka kau pucat je ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Maya,  muka kau pucat je ni.  Kau demam ke? " Soal Marsya yang baru sahaja masuk ke ruangan ubat itu.

  "Aku main kejar-kejar dengan Ray petang tadi sampai penat.  Lepas tu baru je balik kerja petang tadi tiba-tiba kena panggil sebab ada kes kemalangan.  Tak pasal-pasal penat. " Jawab Maya Akasya panjang lebar.

  "Eh,  dengar cerita rumah Erin mati lampu.  Dia okay tak? " Soal Marsya lagi.

  Setahu dia,  Erin diantara kawannya yang bermasalah dengan kegelapan.  Masih ingat ketika suasana tiba-tiba gelap di bilik mayat sewaktu di London dahulu,  tak pasal-pasal kepala Lia dan Erin bengkak akibat terlanggar antara mereka berdua. 

DARK MAFIA[C]Where stories live. Discover now