Satu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya...
Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu..
__________________________________________________________________________________
"Jangan mati lagi , aku bel...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"A-awak.. "
Belum sempat gadis kecil itu menghabiskan percakapannya, pipinya yang putih itu ditampar oleh Ray Muzam.
"Siapa yang benarkan kau masuk dalam bilik ni! " tengking lelaki itu.
Tuala yang menutupi kepala dan bahu Maya Akasya jatuh kelantai akibat tamparan itu. Maya masih memgang pipi yang memerah itu.
"Tch... Tak sangaka aku nikah dengan orang bisu! " marah Ray Muzam lagi.
"S-saya.. "
"Saya apa! "
"Mak cik tadi yang bawa saya ke sini. Katanya ni bilik ... Ark...." Sekali lagi kata-kata belum habis dikeluarkan daripada bibir merah delima itu. Rambut yang separuh basah itu ditarik kuat oleh Ray Muzam.
"Awak... Sakit lah! " jerit Maya Akasya apabila terasa seperti rambutnya ingin terpisah daripada kulit kepalanya itu, pedih.
"Ikut aku! " mereka berdua berjalan menuju ke arah sebuah lagi bilik yang tidak jauh daripada tempat bereka berada.
Badan gadis kecil itu ditolak ke atas lantai. Sedikit mengaduh dia apabila punggungnya mencium permukaan lantai yang keras itu. Tangannya pula laju memegang ikatan kain batik pada dadanya yang ingin terlepas. Rambut coklat pekat miliknya dibetulkan.
"Ni barulah bilik kau... " bisik lelaki itu pada telinga Maya Akasya. Maya hanya mengangguk dan menyeka cecair jernih yang keluar daripada matanya itu.
Pantas Ray keluar daripada bilik itu. Dendam tetap dendam tapi kalau lauk terhidang di hadapannya ini terlampau terdedah, lain pula jadinya nanti.
Maya yang tinggal di dalam bilik itu mengilingkan kepalanya lalu menekup seluruh wajahnya itu pada celah pahanya.
'Baru beberapa jam bergelar isteri, dah teruk aku kena' bisik hatinya yang sakit itu.
Dia bangun daripada duduknya lalu cuba untuk keluar dari bilik itu secara senyap. Dia perlu mencari pakaian miliknya.
Pergerakannya agak hati-hati pada waktu itu. Sebelum dia melihat satu bilik yang pintunya terbuka. Dia endahkan sahaja lalu berjalan ke arah bilik Ray Muzam.
Namun, esakan daripada seseorang mengganggu sistem pendengarannya. Matanya dialihkan pada pintu itu.
"Nak tengok ke tak? " soalnya pada diri sendiri. Keadaan sangat sunyi, kalau ada benda lain kan naya.
"Tak payah lah. Risau pulak nanti makhluk lain yang muncul. " katanya lagi, juga pada diri sendiri.
Dia tetap berjalan ke arah bilik Ray Muzam dengan langkah yang sedikit laju itu. Tapi, dia tetap diganggu dengan tangisan yang semakin kuat itu.
"Tch, aku ada kerja lain ni.. Jangan lah kacau" marahnya apabila terasa ingin melihat apa yang berlaku di dalam bilik itu.
"Tengok sikit, tak jadi apa-pa kot. " katanya lalu melangkah ke arah pintu itu.