10. Wangi

2.4K 71 9
                                    

  "Awww" Maya Akasya memegang sisi perut sebelah kirinya dengan kerutan pada muka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  "Awww" Maya Akasya memegang sisi perut sebelah kirinya dengan kerutan pada muka.

  "Hey,  kenapa? " Ray yang terkejut dari tidurnya itu pantas bangun dan duduk bersila.  Dia membantu Maya untuk bangun.

  "Sakit? " Maya hanya mengangguk perlahan bagi menjawap soalan Ray Muzam itu.

  "Kenapa kau bangun?  Sekarang baru pukul empat pagi. " Maya hanya diam.

  Ray bertindak untuk bangun pantas Maya menjawap.

  "Saya nak pergi tandas" Maya menutup mulutnya kerana sedar bahawa dia sudah meninggikan suaranya.

  "Kenapa macam tu? " soal Ray Muzam sedikit tergelak.

  "Takut awak potong lidah saya" jawap Maya beserta sengihan.

  "Tak ada maknanya,  jom aku bawak kau pergi tandas" Maya hanya mengangguk lalu mengikuti langkah suaminya. 

  Maya berjalan sedikit perlahan kerana sakit pada perutnya masih terasa.

  Ray hanya memerhati pergerakan Maya itu.  Serba salah,  tapi tetap ada dendam.

  "Awak boleh keluar tak?  Saya malu lah" Maya tersengih pada Ray.

  "Biar betul kau malau? " Ray menayangkan muka yang sedikit terkejut.  Tidak lama kemudian,  Ray tergelak.

  "Saya malulah,  sebab awak... "

  "Eih,  kau tengok baju kau sekarang.  Baju kau tu aku yang tukar tau?  Jadi,  badan kau tu dari atas sampai bawah aku dah tahu bentuk macam mana"

  Potong Ray yang menyebabkan Maya sedikit panik.  Dia menilik baju tidur yang dipakainya,  ni bukan bajunya .

'Damn!  Mamat ni dah tengok badan aku' bisik Maya Akasya.

  "Kau dah kenapa muka macam tu?  Cepat boleh tak? " Maya hanya mengangguk,  fobianya masih ada.

  "Maya dah sihat? " tanya Datin Amna Nafisah yang sedang menghidangkan makanan di atas meja.

  "Dah mama. " Jawap Maya Akasya dengan senyuman yang manis.

  "Tengoklah siapa jaga" sapuk Ray Muzam.

  Datin Amna Nafisah hanya menjeling sekilas pada anaknya itu.  Dia masih sibuk untuk bertekak dengan anak sulungnya pagi bergini.

  "Duduk,  aku nak keluar... "

  " nak pergi mana?  Isteri sakit pun sibuk nak keluar ke? " Datin Amna Nafisah pantas menarik lengan anak sulungnya itu.

  "Orang ada kerja lah Ma,  kawan orang dah tunggu tu"

  "Tak ada maknanya kawan tunggu ke,  apa.  Makan dulu" Datin Amna Nafisah menolak anaknya duduk di sebelah menantunya itu.

DARK MAFIA[C]Where stories live. Discover now