Satu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya...
Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu..
__________________________________________________________________________________
"Jangan mati lagi , aku bel...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Maya mengerutkan dahinya apabila melihat sekitarnya, waktu ini. Dia bangun dari baringan sebelum menuju ke arah pintu bilik tersebut. Belum sempat pintu itu dibukanta, terlihat seseorang yang masuk ke ruangan itu.
"Marsya? " Tanya Maya Akasya yang langkahnya sudah terhenti.
"Lah, kau dah kebapa bangun dari katil? Kau belum sihat lagi ni. Cepat baring balik. " Tubuh kecil Maya Akasya dibawa oleh Marsya ke katil.
"Kenapa dengan aku? " Tanya Maya sambil melihat Marsya yang mengemas katilnya.
"Adik ipar kau cari aku, dia cakap kau sakit. Aku ingatkan demam biasa, rupanya kau teruk kena belasah dengan Ray tu. What happened?" Marsya mengambil bekas kecil yang terisi cecair putih beserta kapas.
"Aku... "
"Kena pukul? " Soal Marsya terlebih dahulu. Dia menyapukan cecair itu pada birai bibir Maya Akasya.
"Jururawat mana? " Soal Maya Akasya mengalih topik perbincangan mereka.
"Adik-adik ipar kau tak nak orang lain tahu tentang keadaan kau sekarang ni. Termasuk lah Ray dan keluarga dia. Ha, sekarang ni Ray buat apa dekat kau? " Mata Coklat gelap milik Marsya menikap tepat mata coklat cair milik Maya Akasya.
"Aku.... "
"Kau nak takut apa Maya? Aku dekat sini kan? " Desak Marsya.
"Dia benci aku dari lima tahun lalu lagi. " Balas Maya Akasya, pasrah.
"Maksud kau? " Soal Marsya lagi.
"Hati yang ada dengan aku sekarang ni bukan lah hak milik aku, tapi ni milik tunang Ray Muzam iaitu Kak Ainina. Waktu tu keluarga aku terdesak sangat nak hati untuk aku sebab kemungkinan aku tak lama hidup. Jadi, diorang sanggup ke Kuala Lumpur semata-mata untuk dapatkan hati yang ingin didermakan kepada aku. " Maya menyambut huluran air daripada Marsya.
"Jadi, penderma yang sanggup tu ialah tunang dia? " Soal Marsya.
" Ia, dia sanggup dermakan hati dia tapi dengan syarat aku perlu lari jauh dari Malaysia sekurang-kurangnya tiga tahun. Aku dah lari selama lima tahun untuk belajar di London tapi aku tak sangka yang dia masih mencari aku. "
"Jadi, tunang dia mati? " soal Marsya , ingin tahu.
"Tak, kalau dia tak demakan hati dia pada aku, aku yakin dia dah bahagia dengan Ray Muzam. Kalau lah dia sanggup untuk potong kakinya yang hancur tu, kebarangkalian untuk bahagia dengan Ray tu masih ada lima puluh peratus. " Maya mengalirkan cecair jernih daripada wajahnya. Masih terbayang dibenak fikirannya amarah yang dikeluarkan oleh Ray Muzam tanpa sebab itu.
"Kau nangis? Aku buat apa? Aku suruh kau makan ubat je, nangis macam budak-budak lah kau ni. " Marsya menarik tubuh Maya ke dalam pelukannya dengan tawa.