22. Ulat Bulu

2.2K 72 8
                                    

  Sampai sahaja di rumah,  Danish,  Veron dan Zarif diarahkan untuk balik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  Sampai sahaja di rumah,  Danish,  Veron dan Zarif diarahkan untuk balik.  Mereka diberi rehat selama satu minggu beserta upah menjaga Maya Akasya  RM5000 seorang.

  "Kenapa diorang cuti? " Tanya Maya Akasya sambil mengangkat beg miliknya.

  Ray Muzam menghulurkan tangannya untuk mengangkat beg yang diangkat oleh isterinya.

  "Oh,  terima kasih. " Maya hanya tersenyum melihat suaminya itu.

  "Aku nak luangkan masa dengan kau.  Kau lupa ke,  yang kau dah menghilang dari pandangan aku beberapa minggu? "

  Maya hanya mengangguk,  faham.  Dia mengekori suaminya yang sudah mendahuluinya.

  Mereka berdua masuk ke dalam bilik masing-masing untuk membersihkan diri. 

  Selesai mandi,  Maya Akasya mempersiapkan dirinya untuk mengemas rumah tiga tingkat ini.  Dia mengatur bahagian yang hendak dibersihkan olehnya.

  Maya lekas ke ruang tamu bawah untuk mengelap meja, sofa dan perabut lainnya.  Dia juga membuang segala sampah yang beteraburan beserta menyusun majalah yang lama ke bawah meja manakala majalah baru diletak atas meja.

  Selesai bahagian ruang tamu,  dia mengelap almari besar yang berada pada penjuru rumah itu.  Kedudukan almari tersebut hanya bersebelahan dengan ruang tamu.

  Di dalam almari terdapat susunan gambar, sijil dan anugerah-anugerah yang pernah didapatkan oleh suaminya itu.

  Maya melihat pada beberapa keping gambar Ray bersama Ainina,  dia tidak kisah kerana dia sudah terbiasa dengan perkara ini.

  Maya Akasya menghentikan kerjanya apabila terasa ada seseorang di belakangnya.  Pantas gadis itu memusingkan tubuhnya menghadap ke belakang.

  Belum sempat terkejut,  tubuhnya didorong ke belakang sehingga belakang badannya menyentuk permukaan almari.

  Mata bulatnya memandang renungan tajam mata biru kehijauan Ray Muzam. 

  "K-kenapa? " soal Maya Akasya sambil melarikan sedikit wajahnya daripada bertembung dengan wajah Ray Muzam.

  "Kau... " Halus bisikan Ray Muzam pada telinga Maya Akasya membuatkan gadis itu sedikit meremang.

  "Cantik.. " Sambungnya lagi lalu mengunci pergerakan Maya dengan kedua belah tangannya.

  "A-awak,  saya tak boleh nafas lah. " Maya sedikit mencungap kerana terasa seperti ruangan dadanya sempit.

  "Aku akan lepaskan kau kalau kau jawap soalan aku ni. "

  "A-apa? "

   "Kau memang suka melayan lelaki eih? "

   "Awak! " Maya Akasya menolak tubuh Ray Muzam menjauhinya dengan sepenuh tenaganya.  Namun,  Raya hanya berganjak satu langkah sahaja.

DARK MAFIA[C]Where stories live. Discover now