Yasmeen memberhentikan kereta myvinya di hadapan pagar rumahnya. Seperti biasa, dia keluar dari keretanya dan membuka pintu pagar. Setelah pagar dibuka, dia masuk kembali ke dalam kereta dan memandu masuk ke halaman rumahnya.
Sesudah itu, dia mematikan enjin lalu keluar dari keretanya, sedang dia mengunci keretanya tiba-tiba seseorang menegurnya.
Lantas kepalanya dipusingkan ke belakang. Terkejutlah, setahu dia, rumah sebelah tiada orang. Siapa pula tegur dia.
"Hai, cikgu Yasmeen!" tegur seorang perempuan. Yasmeen mengerdipkan matanya melihat wajah perempuan itu.
"Eh, mak Ayman kan? Puan Ayda?" Wanita itu hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Sejak bila pindah sini? Setahu saya, rumah ni kosong."
"Baru je masuk. Saya tak sangka kita berjiran!"
Yasmeen hanya tersenyum. Tiba-tiba Ayman datang.
"Eh, cikgu Yasmeen!" tegur Ayman dengan senyuman manisnya itu. Spontan Yasmeen tarik senyum lebar.
'Eh, tetibe terindu ayahnya!'
"Hai, Ayman!"
"Lepas ni, Ayman tak boleh ponteng sukahati.. cikgu dah ada kat sebelah." usik Ayda. Ayman memuncung.
"Mana ada Ayman ponteng sesuka hati.." mereka berdua hanya ketawa.
"Cikgu Yasmeen?" Laju kepala Yasmeen menoleh ke arah wajah lelaki pujaannya itu. Pakaian lelaki itu hanya santai sahaja. T-shirt hitam dan berseluar pendek.
'Hm, nampak seksi!'
"Hai, encik Hafeez."
"Abang, sayang baru tahu yang cikgu Yasmeen jiran kita, tu pun masa sayang angkat baju, nampak cikgu tengah buka pagar." cerita Ayda. Yasmeen tersenyum.
"Saya masuk dululah.. badan dah berlengas ni."
"Okey, nanti jemputlah datang rumah!" ajak Ayda. Yasmeen hanya menganggukkan kepalanya, terus pintu rumah dibuka.
*****
Yasmeen berbaring di katil. Wajahnya penuh dengan senyuman.
"Hmm, jejaka idaman dah ada dekat sebelah. Boleh lah ni aku dapatkan dia..." dia senyum dan pusingkan tubuhnya dan matanya tertutup bersama bayangan dia dan Hafeez.
________
Hari ahad, adalah hari cuti, jadi pagi itu Yasmeen hanya duduk bersantai di luar rumahnya.
Sedang leka memerhatikan sekeliling, dia ternampak Hafeez dan Ayda, sedang berpelukkan. Hatinya terus diasak cemburu. Dia berpaling dengan muka masam mencuka.
"Tak perlu kot, nak tunjukkan kemesraan diorang depan aku. Ihh." gumamnya. Tak selama itu, dia terdengar bunyi kereta keluar dari rumah Hafeez.
Yasmeen nampak Hafeez melambai tangan ke arah kereta yang dipandu isterinya. Spontan Yasmeen menghampiri pagar rumah jirannya.
"Encik Hafeez! Puan Ayda kemana?"
Hafeez tersentak. Dia memandang Yasmeen lantas tersenyum. Sejak balik daripada bercuti mereka makin rapat.
"Jangan lah panggil encik, panggil Hafeez je." ujar Hafeez sambil berpeluk tubuh. Yasmeen tersenyum mesra.
"Hari ni dia kena masuk kerja. Ramai patient pula dia."
"Ouh, isteri awak doktor?" tanya Yasmeen, teruja. Hafeez ketawa.
"Iya, tapi dia doktor haiwan."
"Ouhhhh." Hafeez menghampiri pagar rumah Yasmeen. Jantung Yasmeen berdegup kencang. 'Ih dekat-dekat pulak dia ni.'
"Awak, saya nak tanya satu soalan boleh?"
"Apa dia?"
"Kenapa awak pindah sini?"
"Kami pindah sini sementara je. Saya tengah cari rumah baru." beritahu Hafeez. Yasmeen hanya mengangguk faham.
"Ni dah mandi ke belum ni?" tanya Hafeez. Yasmeen tersipu-sipu apabila mata Hafeez terarah baju tidurnya.
"Haha, nak mandi lah ni. Okey bye!" Yasmeen terus masuk ke rumahnya. Sempat telinganya mendengar Hafeez mentertawakannya. Cis.
*****
Usai sahaja memasak, Yasmeen terus mengusya rumah sebelahnya. Dia ternampak Hafeez sedang duduk bersantai sedang membaca surat khabar.
"Hafeez." panggil Yasmeen. Yasmeen tersenyum melihat Hafeez berjalan menghampiri pagar rumahnya.
"Kenapa Yasmeen?"
"Tunggu Ayda ke?" tanya Yasmeen.
"Iya, dia kata dia balik makan kejap lagi." ujar Hafeez.
"Ouh, awak dah masak ke?"
"Sudah." Yasmeen mengetap bibirnya. Alah baru nak ajak dia makan kat rumah aku. 'Ihh gatal kau, Meen!'
"Kalau macam tu..." sengaja dia menyentuh tangan Hafeez yang menepek di pagarnya.
Hafeez nampak terkedu, tetapi Hafeez tidak menepis. Yasmeen pula sengaja mengusap kekura tangan Hafeez apabila lelaki itu tidak menepis tangannya. Hafeez hanya membiarkan, malah dia hanya tersenyum.
Yasmeen menyelitkan rambutnya ke telinga.
"Mesti awak masak sedap, saya nak rasa boleh? Btw, saya ada masak kari ayam. Awak bagi masakan awak pada saya, saya bagi masakan saya pada awak, okey tak?" Yasmeen tersenyum comel, seraya itu dia melepaskan tangan Hafeez.
"Wah mesti sedap tu, boleh je. Sekejap ye." Hafeez terus masuk ke dalam rumahnya.
Yasmeen tersenyum puas. 'Dia tak menolak, mungkinkah dia juga suka pada aku?' Yasmeen senyum gatal.
YOU ARE READING
Yang Kedua
Romance(COMPLETE) ✓ Kali pertama melihat wajah lelaki itu, hati Yasmeen tekad untuk memiliki lelaki itu, walaupun lelaki itu telah mempunyai dua permata hati, iaitu isteri dan seorang anak lelaki. Berjayakah Yasmeen memiliki lelaki itu? Abang ada sayang je...