18

2.7K 121 4
                                    

"Saya dah fikir masak-masak. Saya akan ceraikan awak." bagai ada batu yang terhempap di kepalanya apabila Hafeez membuat keputusan sebegitu. Yasmeen bersandar di pintu. Tiba-tiba tubuhnya terlorot jatuh.

Air matanya jatuh berlinangan di pipi. Kemudian, terdengar esakan kecil darinya. Mukanya ditekupkan. Yasmeen memeluk erat kedua belah kakinya. Sungguh saat ini hatinya sakit dan hancur.

"Sam-sampai hati abang nak ceraikan Meen..." Yasmeen mengesat air matanya. Masih teringat ungkapan suaminya itu. Sebaik sahaja suaminya berkata sebegitu, Hafeez terus masuk ke biliknya, meninggalkan dirinya yang masih terkelu dan terkedu.

______

Hafeez termenung. Di hadapannya kelihatan beberapa orang menari mengikut rentak lagu.

"Hai, you." Hafeez masih diam walaupun orang itu menegurnya.

"Hey you, whats up?" perempuan di hadapannya itu memegang lengan Hafeez. Hafeez tersentak, lantas menarik lengannya dengan kasar.

"Dont touch me." kata Hafeez, mendatar. Perempuan di hadapannya mencebik.

"Kenapa you ni? Takde mood je?" tanya perempuan itu. Kepalanya digoyang mengikut rentak muzik bising.

Hafeez memandang tepat wajah perempuan itu. Fyka. Nama perempuan itu Fyka. Sudah seminggu mereka berkenalan. Fyka adalah pensyarah juga di kolej Hafeez.

"You tak ada baju sopan ke? Kenapa kat kolej you lain, kat sini you lain pula?" perli Hafeez. Di kolej, berpakaian sopan. Di kelab, pakai baju macam tak cukup kain.

"Ala rileks la you, ni kan kelab. Lagipun siang i jadi kucing sopan. Malam, i jadi.. kucing miang. Miawww." Fyka membuat muka mengoda. Hafeez hanya mencebik.

Sebenarnya dia tak pernah pun ke kelab malam, tetapi setelah berkenalan dengan Fyka, dia jadi selalu datang ke kelab tersebut. Ajaran Fyka.

"Kenapa ni, apa yang ada dalam kepala otak you tu?" tanya Fyka seraya memeluk tubuh Hafeez. Hafeez mengetap bibirnya. Wajahnya bertukar bengis.

"Fyka, i dah cakap kan.." Fyka meleraikan pelukannya seraya mengangkat kedua belah tangannya ke atas. Gerun pula melihat wajah masam Hafeez.

"Okey-okey. Im sorry. Ish kedekut betul la you ni." Fyka memuncung. Hafeez menjeling.

"I dah ada isteri okey. I tak selesa you buat i macam tu." ujar Hafeez lagi. Cakap sahaja pasal isteri, dia teringatkan keputusannya haritu. Tiba-tiba dia rasa keliru. Fyka di sebelahnya hanya mencebik.

"Dah la, i nak balik." Hafeez bangun dari kerusi lantas bergegas pergi dari situ.

"Sayang! Tunggulah i!" Fyka mengejar langkah panjang Hafeez. Hafeez menghentikan langkahnya, hampir sahaja Fyka melanggar badan sasa Hafeez.

"Ish apa you ni, nasib baik tak kena hidung i tau, kalau tak mesti dah kemek!" rungut Fyka. Hafeez memandang Fyka.

"Apa you panggil i tadi?" tanya Hafeez dengan kerutan dahinya. Fyka tersenyum.

"Sayang? Why?" Fyka tersenyum senyum melihat wajah blur Hafeez.

"Jangan panggil i macam tu lagi!" pesan Hafeez dengan wajah dingin. Lantas dia berlalu meninggalkan Fyka. Fyka hanya menarik senyuman sinis.

*****

Yasmeen mencurah air sejuk di dalam cawan, selepas itu dia meneguk. Rasa lega air sejuk itu melalui kerongkongnya.

Matanya ke arah jam di dinding. Sudah pukul 12 tengah malam. Yasmeen mengetap bibirnya. Sudah 3 hari suaminya itu balik lambat. Kalau belum pukul 2 pagi, belum tentu suaminya belum balik lagi.

Yasmeen termenung. 'Kemana aja dia pergi? Dia dah ada- dah ada perempuan lain? Sebab tu dia nak ceraikan aku?' Yasmeen mengelengkan wajahnya. 'Tak mungkin.'

Ralit dia termenung, tiba-tiba terdengar bunyi pintu rumah dibuka. Lantas dia meletak cawan di tepi lalu ke ruang tamu.

Hafeez. 'Aik balik cepat pula. Selalu pukul 2 pagi baru nak balik.' Yasmeen mencengkak pingangnya.

"Abang, lambat ye abang balik." tegur Yasmeen. Sakit pula hatinya dengan suaminya itu.

Hafeez memandang Yasmeen. Mata nya tak berkelip memandang tubuh Yasmeen. Tubuhnya hanya terpaku di situ. Yasmeen berasa pelik.

"Abang ni kenapa? Meen cakap macam tu, terus kejung ke kat situ?" tanya Yasmeen dengan nada tertahan. Hafeez terus kaku di hadapannya. 'Apahal ni? Ada hantu ke kat sebelah aku?' Yasmeen menghampiri Hafeez.

"Abang!" Yasmeen menepuk bahu Hafeez. Hafeez seakan tersedar.

"Apa ni, tepuk-tepuk bahu orang?" marah Hafeez dengan wajah masam mencuka.

"Abang tu kenapa? Meen tanya elok-elok kan?" Yasmeen perasan yang mata Hafeez terus menerus di dadanya.

Tiba-tiba Yasmeen rasa nak pengsan. Matanya terkebil-kebil memandang Hafeez. Hafeez sekarang memandangnya dengan pandangan yang sukar dia nak tafsir.

"Baju apa awak pakai tu?" tanya Hafeez sambil berpeluk tubuh. Mata nakalnya memandang tubuh Yasmeen atas bawah. Seksi!

Yasmeen baru teringat, dia pakai baju haram! Laila la, gatal sangat bagi baju haram tu kat dia. Dia saja nak pakai, sebab dia tahu suaminya itu balik lambat malam ni. Secepat kilat dia menutup tubuhnya. Hafeez berdecit.

"Takde guna awak nak tutup kalau semua dah terdedah. Tangan awak bukan besar sangat.." ujar Hafeez lagi. Kakinya melangkah ke arah Yasmeen. Dengan perlahan tubuh Yasmeen berundur ke belakang.

Hafeez terus melangkah ke arah Yasmeen, Yasmeen pula makin berundur sampai kakinya terkena kaki sofa. Spontan dia berhenti.

"Abang jangan macam-macam!" gerun dia melihat wajah ghairah Hafeez. Hafeez menolak Yasmeen jatuh ke sofa. Meen menjerit kecil. Hafeez terus naik ke tubuh Meen.

Nafas Yasmeen tersekat-sekat apabila wajah Hafeez mendekat dengan wajahnya. Harum wangian di tubuh Hafeez buat Yasmeen rasa nak pengsan. Baru balik kerja pun, wangi lagi.

"Awak nak bagi Ayman dengan Khaleef, adik lagi ke?"

Yang Kedua Where stories live. Discover now