7

2.5K 98 10
                                    

"Abang...." panggil Yasmeen. Ketika itu mereka duduk bersantai di ruang tamu rumah Yasmeen.

"Ye, baby."

"Bila abang nak halalkan baby?" tanya Yasmeen.

Hafeez yang sedang mengusap rambut Yasmeen terhenti terus usapannya, dia terdiam. Yasmeen mendongak kepalanya, memandang wajah kacak Hafeez.

"Ishh, diam pula dia."

"Yasmeen.. Yasmeen nak bermadu ke?" tanya Hafeez. Riak wajahnya serba salah. Yasmeen terdiam.

"Abang cintakan kak Ayda lagi?" Wajah Hafeez nampak serba salah apabila Yasmeen menanya soalan itu.

"Tapi, Meen taknak bermadu..." luah Yasmeen. Hafeez mengeluh. Dia meraup wajahnya.

"Baby.. janganlah cakap macam ni.. abang.. abang masih sayangkan Ayda..." luah Hafeez. Yasmeen mencebik. Dia hanya diam.

"Baby.. say something.. abang takkan ceraikan Ayda..." dia cintakan Ayda, dan dalam pada masa yang sama dia juga cintakan Yasmeen.

Yasmeen bangun dengan kasar. Sakit hati!

"Abang tak cintakan meen ke? kalau macam tu, kita berpisah jelah." ujar Yasmeen sambil berpeluk tubuh.

Mata Hafeez membulat, dia bangun dan memegang kedua bahu Yasmeen.  "Apa baby cakap ni?! baby nak berpisah dengan abang?!"

Yasmeen angguk kepala. Dalam pada masa yang sama hati dia sebu, dia takut jika Hafeez betul-betul tinggalkan dia. Dia mahu uji lelaki itu sahaja.

"Abang tak cintakan Meen."

"Apa Meen cakap ni? sampai hati Meen kan? abang cintakan Meen!"

"Apa abang ni? abang cakap abang cintakan kak Ayda! maknanya abang tak cintakan Meen!" bentak Yasmeen. Hafeez meraup wajahnya dengan kasar.

"Meen, abang cintakan Ayda dan Meen. Tolong la jangan macam ni, abang taknak berpisah dengan Meen."  Hafeez melekapkan jarinya dengan jari Yasmeen.

"Abang janji, abang akan berlaku adil."  Yasmeen ketap bibirnya. Sakit pula hatinya mendengarkan itu.

Wajah Hafeez dipandang. "Betul abang akan berlaku adil? betul abang cintakan Meen?" 

Hafeez hanya menganggukkan kepalanya. "Ye baby, abang cintakan baby sangat-sangat. Tolonglah jangan minta perpisahan." ujar Hafeez dengan bersungguh. Yasmeen terharu, dia nampak wajah ikhlas Hafeez terhadapnya itu.

"Ok fine. Meen setuju untuk bermadu. Tapi abang kena janji dengan Meen." Yasmeen duduk di sebelah Hafeez.

"Abang kena adil. Abang jangan pilih kasih!" ujar Yasmeen lagi. Hafeez tersenyum. Wajahnya nampak lega.

"Thanks baby. Abang janji abang adil.  I love you so much." Hafeez mengenggam erat jari jemari Yasmeen. Yasmeen senyum senang.

"Esok kita jumpa mama papa abang. Pasal nikah kita, abang taknak Ayda tahu."

"Haa? Abang nak rahsiakan daripada kak Ayda?" tanya Yasmeen, wajahnya terkejut.

"Ya sayang, satu hari nanti abang akan berterus terang dengan Ayda. Abang taknak dia tertekan." ujar Hafeez. Yasmeen terdiam, lalu dia mengangguk.

"Okeylah kalau macam tu." Hafeez hanya tersenyum senang.

*******

"Akak, saya balik dulu ye." kata Yasmeen. Yasmeen nampak tergesa-gesa.

"Awal Yasmeen balik harini? Nak dating ea?" usik Kak Milah. Yasmeen hanya ketawa.

"Ada-ada jelah akak ni, Yasmeen pergi dulu. Bye!" Yasmeen berjalan keluar dari tadika itu. Kak Milah keluar mengekori Yasmeen.

Dari jauh dia nampak Yasmeen masuk ke dalam sebuah kereta dengan senyuman manisnya. Kak Milah mengerutkan dahinya. Dia macam kenal dengan kereta tersebut.

"Itu macam kereta ayah Ayman je?"

________

"Abang, Meen nervous lah..." kata Yasmeen. Wajahnya tampak gusar.

"Lah baby, jangan lah macam ni.. mama papa abang okeylah baby.. jom." pujuk Hafeez. Yasmeen memegang lengan Hafeez.

"Jap, diorang bagi ke abang kahwin dengan Meen?"

Hafeez hanya ketawa kecil.

"Bagi lah, Meen juga nak kita cepat kahwin kan? Abang pun dah tak sabar nak sentuh Meen. 3 bulan abang tahan." ujar Hafeez dengan wajah nakalnya itu.

"Ihh, itu pula yang difikirnya!" Yasmeen menjeling. Hafeez ketawa.

"Abang gurau je, Meen. Lagipun, abang lelaki. Lelaki boleh kawin 4..." Yasmeen menjeling tajam.

"Abang jangan mengada ea! Cukup lah dua!"

"Hahahaha! abang gurau je baby. Dah jom masuk." Hafeez keluar daripada keretanya. Dengan rasa berdebar, Yasmeen keluar dari kereta Hafeez.

Hafeez menunggunya sambil tersenyum, seraya itu tangan Yasmeen ditarik.

"Trust me, diorang okey." pujuk Hafeez. Yasmeen hanya tersenyum hambar. Mereka menuju ke arah pintu rumah besar tersebut.

"Assalammualaikum." pintu dibuka. Dada Yasmeen makin berdebar apabila pintu dibuka.

"Waalaikumsalam." terpacul seorang wanita berusia di muka pintu. Matanya tajam melihat Hafeez berpegang tangan bersama wanita lain selain isterinya.

"Mama..."

*******



"Hafeez..." wanita berusia itu memicit dahinya. Yasmeen mula cemas melihat riak wajah wanita itu.

"Im sorry ma.. Hafeez cintakan Meen.." luah Hafeez seraya memandang wajah Yasmeen. Yasmeen mengangguk sedikit kepalanya dan mengenggam erat tangan Hafeez.

"Apa kurangnya Ayda tu, Hafeez? Tell me." tanya mama dengan tegas.

"Tiada kurangnya Ayda tu.. cuma.. hati Hafeez ni nakkan Meen.. tapi cinta Hafeez pada Ayda tak berubah pun, mama, papa.. tolong bagi restu pada kami.. Hafeez merayu pada mama dengan papa.." rayu Hafeez. Yasmeen menahan rasa sebak. Terharu dengan Hafeez. Hafeez betul-betul cintakan Yasmeen.

"Ayda tahu ke?" tanya papa pula, sedari tadi hanya diam. Hafeez terdiam. Wajahnya menunduk.

"Dia.. dia tak tahu. Hafeez nak rahsiakan dulu dari dia.."

Mama hanya mengelengkan wajahnya. Dia memandang tepat wajah Yasmeen. Wajahnya garang.

"Yasmeen, why Hafeez? Awak tahu kan, Hafeez ni suami orang? Why him? Kenapa bukan dengan orang lain?" tanya mama kepada Yasmeen. Yasmeen menelan air liurnya.

"Mama..."

"You shut up, Hafeez. Mama bercakap dengan Meen." Mama memandang tajam ke arah Hafeez. Hafeez terus terdiam.

"Ma-maafkan saya. Saya cuba buang perasaan saya pada Hafeez. Tapi saya tak boleh. Saya terlalu cintakan Hafeez. Saya merayu pada auntie dan uncle, restui kami.." rayu Yasmeen pula. Mama dan papa berpandangan.

"Baiklah, kalau itu yang kamu berdua nak. Hafeez, kamu kena bersikap adil. Jangan ada sifat pilih kasih terhadap isteri isteri kamu." putus papa. Mereka berdua tersenyum lega. Mama hanya terdiam.

Yang Kedua Where stories live. Discover now