11

2.7K 104 10
                                    

"Baru balik bang?" tanya Ayda sambil berpeluk tubuh. Wajahnya nampak tegang.

"Yelah sayang.. abang penat ni.. tolong ye.." dia meninggalkan bagasi tersebut di sebelah sofa, selepas itu tubuhnya dihempaskan ke sofa. Matanya dipejamkan.

"Penat apa? Penat melayan perempuan tu??" jerit Ayda. Mata Hafeez terbuka apabila terdengar jeritan Ayda kepadanya.

"Sayang ni dah kenapa? Abang balik nak marah-marah pulak!"

"Abang ingat, Ayda tak tahu ke haa?? Abang curang dengan Ayda kan??" tuduh Ayda. Air matanya mula meleleh.

Hafeez mengeluh lantas memicit-micit dahinya.

"Apa yang awak merepek ni, Ayda??"

"Awak kata saya merepek?? Ni apa??" Ayda campak berkeping-keping gambar di meja hadapannya. Hafeez mengambil dengan kasar. Matanya membulat melihat gambarnya mesra dengan Yasmeen di mall. Lidahnya terkelu.

"Itu scandal abang kan?? Sampai hati abang!! Abang tipu Ayda!! Abang curang dengan Ayda!!! Ayda benci abang!!!" jerit Ayda, lantas berlari keluar dari rumah tersebut.

Hafeez cemas, dia mengejar langkah si isteri.

"Ayda!! Ayda!! dengar dulu abang explain!" Hafeez memegang tangan Ayda. Ayda menepis dengan kuat.

"Let me go! Abang pergi lah dengan scandal abang tu!!" jeritnya. Muka nya merah menahan tangis.

"Ayda, dia bukan scandal abang!"

Ayda membeliakkan matanya. "Habistu, siapa??" Hafeez menelan air liurnya. Dia menatap mata garang Ayda.

"Dia.. Meen.. isteri kedua abang. Madu Ayda.." ucapnya perlahan. Ayda terkedu. Tubuhnya terlorot jatuh. Hafeez terus menghampiri Ayda. Sebaik sahaja dia mahu menyentuh bahu Ayda, Ayda mengelak.

"Jangan sentuh Ayda!!!" dia menekup mukanya. Bahunya terhinggut menahan tangis.

"Sampai hati kau! Aku percayakan kau, aku anggap Meen tu macam adik aku, kau buat aku macam ni?? Korang ni memang sial!!!" Ayda mula mengamuk. Wajahnya tampak kecewa.

"Maafkan abang, Ayda.." dia memeluk tubuh Ayda.

"Aku benci kau!!! Lepas lah bodoh!!!"

"Jangan pergi Ayda...." Air mata Hafeez berlinangan.

"Lepas!!!" Ayda menolak tubuh Hafeez, Hafeez jatuh terlentang, lantas Ayda lari meninggalkannya.

"Ayda!"

"Papa!!" Hafeez memandang Ayman. Wajah Ayman basah dengan air mata. Hafeez berlari ke dalam rumah lantas mengambil kunci kereta.

"Jom sayang, kita cari mak!"

*******

"Ya Allah, mana isteri aku Ya Allah..." matanya melilau mencari kelibat isterinya itu. Dahlah malam, dia risaukan isterinya itu.

"Papa! itu mak!" jerit Ayman dengan tangannya dituding ke satu arah. Kelihatan Ayda sedang berjalan seorang diri.

"Ya Allah, isteri aku!" dia memberhentikan kereta lalu dia keluar dari kereta itu.

"Ayda!! Ayman, duduk dalam kereta tu diam-diam!" pesan Hafeez. Ayman hanya mengangguk.

Hafeez mengejar Ayda.

"Ayda! Sayang, awak nak pergi mana ni sayang? Dah malam ni!"

"Kau cari aku apasal hah?? kau pergi lah dekat bini muda kau tu!!" jerit Ayda Mukanya comot dengan air mata yang berlinangan di pipinya.

"Abang mintak maaf sayang.. jom kita balik, kita bincang elok-elok ye?" pujuk Hafeez.

Ayda mengelengkan kepalanya. Dadanya ditumbuk dengan tangisannya. Dia menangis teresak-esak.

"Nak pujuk apa lagi? Kau dah kahwin dengan dia. Kau tipu aku. Kau kata, kau cintakan aku je, sekarang apa dah jadi haa?? Apa dah jadi?? Kau tipu aku....!" Ayda menumbuk dada bidang Hafeez. Hafeez memejamkan matanya dan hanya merelakan perlakuan isterinya terhadapnya.

"Abang mintak maaf.. abang cintakan Ayda.. " Hafeez memegang kedua belah tangan Ayda. Ayda mengelengkan kepalanya.

"Bohong!! Tepilah!" Ayda menolak tubuh Hafeez lantas berlari ke tengah jalan. Hafeez menjerit memanggil nama isterinya. Matanya membesar apabila terlihat sebuah kereta dengan laju ke arah Ayda.

"Ayda!!!!!" Hafeez terus berlari ke arah Ayda lalu menolak Ayda ke tepi jalan. Ayda terjatuh dan mengaduh sakit.

BAMMMM!!!

Ayda tersentak. Badannya sakit apabila Hafeez menolaknya jatuh. Dalam samar-samar dia nampak Hafeez terlentang di tengah jalan dalam berlumuran darah. Mata Ayda membesar.

"Ya Allah abang!!!"

******

Yasmeen tersenyum sambil memegang perutnya. Dia tak sangka, dalam perutnya ada bayi. Bayinya bersama Hafeez. Dia tidak sabar mahu memberitahu suaminya itu.

Elok je tadi lepas suaminya pergi, dia muntah-muntah lalu dia terus ambil keputusan untuk ke klinik. Dia berasa gembira apabila doktor mengesahkan dia sedang hamil.

"Sayang duduk dalam ni, elok-elok tau. Kita tunggu papa balik okey?" tangannya mencapai telefon. Sebaik sahaja dia ingin mendail nama suaminya, mak mertuanya menghubunginya.

"Hello ma... Haa.. Apa?? Hafeez kemalangan?? Ya Allah, suami aku!" air matanya berlinangan.

Yang Kedua Where stories live. Discover now