14

2.7K 115 2
                                    

"Good morning sayang.." ucap Hafeez seraya mencium ubun-ubun Ayda. Ayda hanya tersenyum.

"Abang dah nak pergi kerja dah?" tanya Ayda dengan suara seraknya.

"Ya sayang.. Ayman, meh sini salam mak."Hafeez mengamit tangannya Ayda tersenyum melihat Ayman berjalan ke arahnya. Ayman mencium tangan Ayda.

"Belajar rajin-rajin ye sayang.." pesan Ayda seraya mengusap lembut rambut anaknya itu. Ayman mengangguk dengan senyuman manisnya. Sebijik senyuman manis ayahnya.

"Baik mak! Hehe."

"Okeylah, abang dengan Ayman gerak dulu. Jangan pergi mana-mana, awak tu tak sihat tau." pesan Hafeez pula.

"Ye abang.. Ayda tahu.. Ayda bukan larat pun.."

"Good girl, dah jom Ayman."

"Bye mak!" Ayman melambai ke arah Ayda. Ayda membalas sambil tersenyum. Pintu biliknya ditutup. Ayda mengeluh. Setahun berlalu. Setahun itu juga penyakit kansernya tidak sembuh.

Dia kesiankan suaminya yang bersusah payah menjaganya. Tidak semena dia teringatkan Yasmeen. Dia memejam matanya.

"Meen..mesti anak dia dah besar.. maafkan akak, Meen..." dia tahu dia tak patut buat macam tu. Dia sudah pisahkan seorang isteri dengan suaminya.

Dan paling teruk, dia pisahkan seorang anak daripada ayahnya. Sungguh dia rasa serba salah yang mendalam!

_______

Sesudah menghantar Ayman ke sekolah, kereta Hafeez melencong ke arah rumah mama dan papanya. Sebelum itu, sempat dia singgah di 7 eleven.

Ketika Hafeez melangkah ke arah 7 eleven, matanya tertancap pada raut wajah seseorang. Wajah yang dia kenal dan lama tidak berjumpa.

"Yasmeen!!"

Yasmeen yang bersama Khaleef tersentak. Dia memandang wajah lelaki itu. Hafeez. Hafeez menghampiri Yasmeen. Yasmeen mula cuak.

"Alamak.. macam mana ni..." Gumamnya.

"Meen, lamanya tak jumpa awak, ke mana je selama ni?" tanya Hafeez dengan senyuman lebarnya. Yasmeen hanya tersenyum hambar.

Dia masih tidak ingatkan aku lagi. Ya Allah, hati aku sakit.

"Hmm, ya...." entah apa dia nak kelentongkan Hafeez!

"Papa?" tiba-tiba kedengaran suara Khaleef.

Hafeez memandang wajah anak kecil itu. Dia tersentak melihat wajah itu. Yasmeen mula cuak.

"Hai, boy! Anak awak, Meen?"

"Papa! Papa!" Khaleef menarik-narik seluar Hafeez.

"Nama awak siapa ni? so cute..." Hafeez mencangkung seraya mencuit pipi comel Khaleef.

"Ini anak saya, nama dia Khaleef." ujar Yasmeen. Dadanya berdebar. Hafeez merenung wajah Khaleef. Lama.

"Papa..." Khaleef memeluk tubuh Hafeez. Hafeez membalasnya dengan senang.

"Muka dia macam, muka saya. Siapa suami awak?" Hafeez memandang wajah Yasmeen. Dia menjongketkan keningnya. Yasmeen mula gelisah.

"Dia kerja. Haa, kami pergi dulu ye." kata Yasmeen sambil menarik tangan kecil Khaleef.

"Wait, saya nak tahu, kenapa muka Khaleef macam saya?" tanya Hafeez. Dia cuma pelik, kenapa wajah Khaleef sama wajahnya semasa dia kecil? So weird.

Yasmeen merengus geram. "Mana lah saya tahu. Maybe dulu saya terkenankan wajah awak. Khaleef, jom balik sayang." dia menarik tangan Khaleef, tetapi Khaleef menangis, dia terus memeluk tubuh Khaleef.

"Khaleef, jomlah sayang. Kita balik ye." pujuk Yasmeen.

"Nanak! Nanak! Nak papa!" Khaleef menangis, tangannya menarik tangan Hafeez. Hafeez hanya memandang kaku wajah Khaleef yang menangis.

"Jom kita balik!" tegas Yasmeen seraya itu menarik kasar tangan Khaleef dari baju Hafeez lalu mereka berlalu.

Hafeez terkebil-kebil melihat situasi itu. Masih terdengar suara tangisan Khaleef walaupun mereka sudah jauh meninggalkannya.

"You are sus.."

*****


"Abang.. termenungkan apa tu?" tegur Ayda.

"Tak menungkan apa la sayang.." kata Hafeez sambil tersenyum manis. Dia masih terkenangkan wajah Khaleef, anak Yasmeen.

"Abang.. ada benda yang Ayda nak bagitahu.." Hafeez memandang wajah cengkung Ayda. Dia sedih dengan keadaan Ayda.

Sungguh dia takut akan kehilangan Ayda apabila mendapat tahu Ayda ada kanser barah setahun yang lalu.

"Apa dia sayang.." dia mengusap wajah Ayda.

"Ayda bagitahu ni, abang jangan marah ye?" Hafeez mengerutkan dahinya.

"Cakap jelah sayang. Apa dia?"

"Sebenarnya, abang ada satu lagi isteri." ujar Ayda dengan tenang. Mata Hafeez membulat.

"Apa sayang cakap ni? Eh, merepek apa ni?" Wajahnya berkerut hebat. Binggung.

Ayda mengeleng wajahnya. "Ayda tak merepek, abang. Abang ada isteri lain. Isteri kedua abang." Hafeez mengelengkan kepalanya. Tak mungkin dia pernah curang dengan isterinya itu.

"Sayang tak sihat ni, sayang rehat ya." Hafeez menolak lembut tubuh Ayda. Tubuh Ayda hanya mengeras.

"No abang, Ayda cakap betul. Abang ada isteri lain. Kalau abang nak tahu, Yasmeen tu isteri abang!" terus terang Ayda. Dia dah tak sanggup simpan rahsia ni lagi. Dia rasa hidup dia dah tak panjang. Dia nak tengok suaminya bahagia.

"Ap-apa ni??" Hafeez memegang kepalanya. Matanya terpejam dengan kerutan dahinya.

"Masa Yasmeen tinggalkan abang, dia mengandungkan anak abang. Maybe sekarang anak dia dah berumur 2 tahun. Abang.. dia tu isteri abang, dan abang dah ada anak dengan dia."

Hafeez mengelengkan kepalanya. Dia memandang tajam wajah isterinya itu. No, dia tak pernah berlaku curang dengan isterinya itu.

"Dah, diam. Abang nak awak tidur..Tidur!" paksa Hafeez. Dia menolak lembut bahu Ayda sehingga Ayda berbaring di katil. Sesudah itu dia bangun, tetapi tangannya ditarik oleh Ayda.

"Please trust me, abang..." Rayu Ayda.

"Tidur sayang, abang tak nak dengar perkataan merepek dari sayang lagi. Tidur!" tegas Hafeez. Ayda hanya terdiam.

Hafeez menarik nafasnya. Yasmeen? Isteri keduanya? Apa semua ni?

Yang Kedua Where stories live. Discover now