Yasmeen memeluk erat bantal peluknya. Sesekali tangannya mengusap bantal peluknya. Dia mengerutkan dahinya apabila dia terpegang sesuatu. Dengan susah payah dia membuka matanya.
Dia terkejut sebaik sahaja dia membuka matanya. Dia tengah peluk Hafeez. Cepat-cepat dia bangun dari pembaringannya. Dia teringatkan hal semalam. Dia memejam kan matanya.
Dia bangun dengan perlahan, tidak mahu mengejutkan suaminya itu. Sebaik sahaja dia bangun, Hafeez menangkap tangan Yasmeen sehingga Yasmeen terjatuh di dalam pelukan Hafeez.
"Morning." ucap Hafeez seraya mencium seluruh wajah Yasmeen. Yasmeen mula rimas.
"Apa abang ni?"
"Kenapa ni? Semalam kan kita dah..." Hafeez menjongketkan keningnya. Wajah Yasmeen muram. Dia membelakangkan tubuhnya.
"Semalam tu, kita tak patut..." Yasmeen menunduk. Tiba-tiba dia rasa pingangnya dipeluk dari belakang. Wajah Hafeez menepek di bahu Yasmeen.
"Why? Awak tak suka?"
"No. Tapi, kita kan nak bercerai." Yasmeen dengar Hafeez mengeluh. Pelukan juga dileraikan.
"Awak memang nak bercerai dengan saya ke?" Yasmeen terdiam. Hafeez mengeluh lagi.
"Im sorry Meen. Saya nak awak stay dengan saya. Saya tak akan ceraikan awak. Saya nak kita bina hidup baru." Yasmeen tergamam.
Tiba-tiba Hafeez memeluknya. Bahunya dicium oleh Hafeez.
"Nak tak, kita bina hidup kita yang baru? Saya dah mula sayangkan awak.." luah Hafeez. Air mata Yasmeen jatuh mengalir. Tak tahu nak bersyukur ke tak.
"Sayang.. im talking with you." Hafeez memusingkan tubuh Yasmeen, seraya itu dia memegang pipi Yasmeen.
"Saya sayangkan awak sangat-sangat.. sekarang ni, saya cuba cintakan awak. Awak nak tak hidup dengan saya sampai bila-bila?" tanya Hafeez lagi dengan lembut. Tiba-tiba Yasmeen menangis teresak-esak.
"Heyy, kenapa sayang menangis ni? Dont cry sayang.." dia memeluk tubuh Yasmeen. Yasmeen terus menangis di pelukan Hafeez.
Sungguh dia rasa gembira saat ini. Tapi dia nak Hafeez ingat tentang kisah cinta hidup mereka dulu...
*******
Hafeez memerhatikan wajah ceria Yasmeen bersama pelajar-pelajarnya. Dia tersenyum kecil. Fyka disebelahnya memandang benci.
"You tersengih-sengih ni kenapa?" perli Fyka.
"I tengah tengok bini i. Sibuk je you." Fyka mencebik. 'Tak boleh jadi ni, makin lama makin menyampah aku tengok perempuan tu!'
"You, hari ni kita last kan, kat sini?"
"Yelah. You nak tambah hari lagi ke?" tanya Hafeez. Matanya masih terarah ke isterinya.
"Saja tanya." Hafeez hanya menganggukkan kepalanya.
"You, sini lah pandang i." ujar Fyka dengan manja. Hafeez memandangnya dengan pelik. Fyka mengerdipkan matanya. Selepas itu, Hafeez ketawa besar.
"Daripada i tengok you, baik i tengok bini i." selepas itu, dia berlari ke arah Yasmeen lalu memaut pinggang Yasmeen. Pelajarnya bersorak teruja. Fyka hanya memandang dengan benci.
"Siap la kau perempuan. Game ni, akan start tak lama lagi. Lepas ni, hidup kau akan menderita macam mana kau buat akak aku menderita!" ujarnya dengan wajah yang penuh hasad dengki.
_________
Hafeez tersedar dari tidurnya, matanya terpisat-pisat. Yasmeen disebelahnya bergerak sedikit. Mukanya berkerut tanda tidak suka dengar bunyi telefon Hafeez. Cepat-cepat Hafeez mengangkat telefonnya. Fyka.
"Hello you!" Mata Hafeez membesar apabila terdengar suara cemas Fyka.
"Apahal you?" dia melihat jam di dinding. Baru pukul 4 pagi.
"Tolong i, you...."
"Tolong apa pula?" dengan malas dia menjawab. Tangannya mengelus rambut Yasmeen.
"Tolong i, i takut.. Ada orang dalam bilik i, cepat la datang sini." kata Fyka sambil menangis. Hafeez gelabah.
"What? Ada orang? Tu la i cakap, jangan berani sangat tidur sorang. Kejap lagi i sampai!" terus Hafeez mematikan talian. Dia mencium dahi Yasmeen, lantas dia berlari ke luar ke bilik Fyka.
Hafeez mengetuk bilik Fyka bertalu-talu
Fyka membuka pintu biliknya. Dengan cemas, Hafeez masuk ke dalam bilik itu."Mana? Mana orang tu??" Hafeez mencari-cari penyangak itu. Tiba-tiba terdengar bunyi pintu ditutup. Hafeez terus menoleh ke arah Fyka. Fyka hanya senyum menggoda. Wajah Hafeez bertukar bengis.
"You tipu i!" Fyka hanya tersengih. Dia menghampiri Hafeez lalu memeluk Hafeez. Hafeez menepis. Wajahnya ke lantai. Tak sanggup tengok tubuh Fyka yang terlampau seksi.
"Kenapa you tak nak tengok i? Takut tak tahan?" ejek Fyka. Hafeez menarik nafasnya.
"Stupid! Berani ye kau tipu aku! Sial punya perempuan!" maki Hafeez. Fyka hanya ketawa mengejek. Dia menolak Hafeez ke katil, lalu dia menindih tubuh Hafeez.
"Stop it, Fyka! Kau gila ke?? Kau tu kawan sekerja aku! Aku ni suami orang!"
"I peduli apa you tu suami orang? Janji i suka you!" dia menyentuh bibir Hafeez. Hafeez mengelak. Sungguh dia tak tahan dengan semua ni. Dia memejamkan matanya, berdoa agar dia menahan godaan seorang Fyka.
Tiba-tiba ketukan pintu bertalu-talu. Bulat terus mata Hafeez. Dia memandang wajah selamba Fyka. Dia dah tahu siapa yang mengetuk bilik Fyka.
"Kau!"
Fyka hanya tersenyum jahat.
YOU ARE READING
Yang Kedua
Romansa(COMPLETE) ✓ Kali pertama melihat wajah lelaki itu, hati Yasmeen tekad untuk memiliki lelaki itu, walaupun lelaki itu telah mempunyai dua permata hati, iaitu isteri dan seorang anak lelaki. Berjayakah Yasmeen memiliki lelaki itu? Abang ada sayang je...