8

2.5K 91 6
                                    

"Wah cantiknya anak ibu ni..." puji ibu sambil membetulkan baju Yasmeen. Yasmeen tersipu malu. Dia memusingkan badannya menghadap wajah ibunya.

"Ibu.. terima kasih sebab terima Hafeez.." luah Yasmeen. Selepas keluarga Hafeez datang ke rumah untuk meminangnya, Yasmeen terus berterus terang pada keluarganya bahawa sebenarnya Hafeez itu suami orang.

Ibu dan ayah marah pada mulanya, tetapi setelah dipujuk akhirnya mereka akur.

"Jadi isteri yang baik ye sayang.. Meen kena sedar, bermadu ni susah.. Meen faham kan?" Yasmeen hanya mengangguk faham. Dalam keluarganya, maksunya juga telah dimadukan oleh suaminya. Sampai sekarang maksu membenci madunya sendiri.

Maksu kata hatinya sakit. Dan sekarang, maksu langsung tidak datang ke majlisnya. Maksu kecewa kerana Yasmeen sanggup merampas suami orang. Yasmeen hanya pasrah. Memang salahnya, mencintai suami orang.

"Tu, pihak lelaki dah sampai tu. Jom." Yasmeen mengekori langkah ibunya. Sebaik keluar daripada bilik, dia tersenyum melihat Hafeez sedang duduk di hadapan tok kadi.

******

Flashback.

Yasmeen mengangkat begnya ke dalam kereta. Lagi seminggu dia mahu bernikah dengan Hafeez. 'Ih tak sabarnya!'

Sedang dia leka menyusun begnya, seseorang menegurnya.

"Hai cikgu Yasmeen, nak balik kampung ke??" Yasmeen memandang wajah itu, lantas dia tersenyum.

"Haah kak. Ada orang nak kahwin."

"Ouhhh."

"Sayang, abang pergi dulu." Hafeez mencium seluruh wajah Ayda. Yasmeen yang melihat, merasa cemburu.

"Abang ni, malu la Meen tengok!" tegur Ayda tersipu sipu. Hafeez memandang wajah masam Yasmeen. Dia rasa serba salah.

"Haha, apa lah kau orang ni.. saya belum kahwin tau..." gurau Yasmeen. Ayda hanya ketawa. Wajah Hafeez nampak serba salah.

"Erk maaf, abang tak perasan. Abang pergi dulu. Assalamualaikum." Lantas Hafeez masuk ke dalam keretanya.

"Waalaikumsalam. Baik baik abang."

"Nak kemana encik Hafeez tu?"

"Dia ada outstation kat pahang.. Okeylah akak masuk dulu. Elok-elok bawa kereta tu." pesan Ayda. Yasmeen hanya tersenyum.

end flashback

*****



Akhirnya dengan sekali lafaz, Hafeez sudah menjadi suami Yasmeen. Hafeez menghampiri Yasmeen, dia tersenyum lebar melihat wajah cantik isterinya itu.

"Assalammualaikum baby.." bisiknya. Yasmeen tersenyum lalu menjawab salam tersebut. Dahinya dicium lembut oleh suaminya itu. Selepas itu, Yasmeen mencium tangan Hafeez.

"Selamat bernikah sayang." ucap ibu. Yasmeen hanya tersenyum gembira.

________

Malam itu, penat sudah mencuci periuk, Yasmeen terus masuk ke biliknya. Yasmeen menghempas tubuhnya ke katil.

"Haih penat gak kahwin..." gumamnya.

"Penat ke baby?" Yasmeen terkejut mendengar suara itu. Lantas dia bangun dari pembaringan. Dalam samar- samar, dia nampak Hafeez sedang tersenyum di sudut katil.

"Abang ni, terkejut Meen tau."

"Hehe. Sorry baby. Dah, pergilah mandi.. abang tunggu." bisiknya di telinga Yasmeen.

"Abang ni, terkejut Meen tau, tiber ada kat sini." apa taknya, tadi kat sudut katil, ni tiba-tiba dekat belakang dia. Seram ni. Dia bangun lalu masuk ke bilik air. Hafeez hanya ketawa.

Selepas membersihkan diri, Yasmeen ke meja soleknya. Dia memakai lotion dan skincare. Dari cermin dapat dia lihat senyuman menawan suaminya itu. Gulp! Dia menelan air liurnya. Sesudah itu dia naik atas katil.

"Baby penat ke?" Yasmeen yang sedang menarik selimut memandang wajah Hafeez.

"Penat la juga. Tapi dah kurang sebab Meen dah mandi." katanya lalu membaringkan tubuhnya. Dadanya masih berdegup kencang.

Tiba-tiba pingangnya dipeluk oleh Hafeez. Wajah suaminya terlalu dekat di pipinya.

"Are you ready?" bisik Hafeez seraya mencium pipi Yasmeen. Yasmeen memejamkan matanya. Dadanya berdegup kencang.

"Lajunya degupan jantung baby." usik Hafeez. Yasmeen hanya menjeling. Hafeez ketawa kecil.

"Takut ea?" Yasmeen hanya mengangguk laju. Takut la nyah!

"Its okey. Abang kan berpengalaman, hm?" Bibir Hafeez mendekat dengan bibir Yasmeen lalu dia memagut bibir Yasmeen. Mata Yasmeen terkebil-kebil.

"Izinkan abang?" tanya Hafeez dengan senyuman penuh ikhlas. Yasmeen tersenyum lantas menganggukkan kepalanya. Hafeez hanya menarik senyuman lebar.

Yang Kedua Where stories live. Discover now