"Abang minta maaf. Abang sengaja buat macam tu sebab nak uji Meen. Abang minta maaf.." dia mencium tangan Yasmeen dengan lembut. Yasmeen hanya tersenyum.
"Abang ingatkan Meen macam Fyka tak nak jaga abang.. tapi Meen tak macam Fyka. Meen jaga abang walaupun abang berkasar dengan Meen. Im really sorry baby." Yasmeen terkedu apabila Hafeez memanggilnya baby.
"Baby.." panggil Hafeez. Hafeez memegang kedua pipi Yasmeen. Yasmeen memandang Hafeez dengan kaku.
"Baby.. kenapa ni?" mata Yasmeen terkebil kebil memandang Hafeez.
"Abang dah kenapa panggil Meen, baby?" tanya Yasmeen dengan wajah pelik. Hafeez tersenyum. Dia membawa kedua belah tangan Yasmeen lalu dibawa kedua pipinya pula.
"Sebab Meen baby abang lah.. dulu kan abang panggil Meen baby?" Hafeez buat muka comel. Mata Yasmeen terkebil-kebil. Wajahnya terkejut. Yasmeen menarik pipi Hafeez. Hafeez ketawa kecil.
"Baby, abang dah ingat kisah manis kita berdua dulu.. Abang rindukan semua itu.." kepala mereka berlaga. Tiba-tiba terdengar esakan Yasmeen. Hafeez cuak.
"Hey baby kenapa ni? Dont cry baby.." Hafeez memeluk Yasmeen..Makin kuat Yasmeen menangis di dalam pelukan Hafeez.
"Betul ke abang dah ingat? Meen bersyukur sangat-sangat." Hafeez mencium ubun ubun Yasmeen.
"Abang dah ingat baby. Abang mintak maaf sebab abang tak ingat baby. Abang memang suami tak guna.." Yasmeen memandang wajah Hafeez lantas mengelengkan wajahnya.
"Abang lelaki yang terbaik untuk Meen. Maafkan Meen sebab tinggalkan abang. Meen terpaksa." Hafeez hanya menganggukkan kepalanya.
"Sebenarnya abang tahu kenapa Meen tinggalkan abang. Sebelum Ayda meninggal dia ada tulis satu nota. Dia bagitahu Meen tinggalkan abang sebab Ayda yang suruh. Maafkan Ayda ye baby?"
"Meen tak pernah berdendam dengan arwah kak Ayda. Meen redha masa tu tinggalkan Abang. Meen minta maaf."
"Dah baby. Tak payah minta maaf lagi. Abang yang patut minta maaf. Baby.." Hafeez mengenggam kedua belah tangan Yasmeen.
"Abang janji abang lepas ni, abang akan masak. Abang akan jaga anak-anak. Abang akan bawa baby dan anak-anak pergi bercuti. Abang janji takkan curang dengan sayang lagi. Selamanya cinta abang untuk Meen." janji Hafeez. Yasmeen tersenyum.
"Masak? Macam mana abang nak masak untuk Meen?" tanya Yasmeen dengan manja. Hafeez terdiam..Wajahnya nampak keruh. Matanya ke arah kakinya. Yasmeen serba salah.
"Kita buat rawatan ye untuk abang? Abang nak?" tanya Yasmeen.
"Demi baby, abang sanggup." Yasmeen senyum lega apabila melihat senyuman manis Hafeez. Tapi sekejap apabila teringatkan Fyka.
"Fyka.." wajah Yasmeen muram apabila teringatkan Fyka. Hafeez mengeluh apabila teringat isteri keduanya itu.
"Fyka yang perangkap abang Meen.. abang akan ceraikan dia." Yasmeen terkejut.
"No, abang. Abang suami dia..Meen.. Meen sanggup terima dia. Abang bimbing la dia." kata Yasmeen. Walaupun hatinya sakit apabila tersedar akan hakikat itu. Hafeez hanya mengeluh berat.
******
Hari demi hari kesihatan Hafeez makin membaik dengan sokongan Yasmeen. Hafeez menjalani rawatan kakinya sehingga dia mampu berjalan. Sedar tak sedar sudah 6 bulan berlalu mereka bersama kembali.
Perlahan-lahan Hafeez bangun daripada sofa. Dia cuba menstabilkan tubuhnya tanpa bantuan tongkat. Badannya terhuyung hayang menstabilkan tubuhnya.
Entah apa silapnya, dia hampir terjatuh tetapi ada tangan yang menyambut tubuhnya.
"Abang!" Yasmeen memeluk tubuh Hafeez. Hafeez hanya tersengih-sengih.
"Abang.. abang tak tu sihat lagi.. kena guna tongkat lagi." bebel Yasmeen seraya mengambil tongkat di dinding biliknya.
"Abang ingatkan abang da boleh jalan tanpa tongkat tu.." kata Hafeez perlahan. Wajahnya menunduk. Yasmeen tersenyum.
"Abang sabar ye? Suatu hari nanti abang boleh berjalan tanpa pakai tongkat, okey? Dah sekarang, jom makan. Meen bawa makanan untuk abang." ujar Yasmeen sambil mengangkat pinggan di tangan.
"Wah, sedapnya baby." Hafeez terus menikmati masakan daripada Yasmeen. Yasmeen hanya tersenyum senang.
"Mama!" Yasmeen dan Hafeez sama-sama memandang ke arah Ayman.
"Kenapa sayang?"
"Ada auntie kat bawah tu. Dia marah-marah." Yasmeen mengerutkan dahinya.
"Auntie mana ni?"
"Ala auntie Fyka lah." membulat terus mata mereka berdua.
"Apa lagi dia nak tu?" kata Hafeez dengan bengang. Pinggan ditolak ke tepi. Hilang rasa nak makan.
"Abang, Fyka tu isteri abang juga.."
"Isteri apa macam tu? Selama 6 bulan ni, ada ke dia jenguk abang? Ada? Takde kan?" Hafeez merengus kasar. Yasmeen mengeluh.
"Takpela. Meen pergi tengok." Yasmeen terus keluar daripada bilik. Kakinya melangkah ke arah ruang tamu.
Kelihatan Fyka sedang duduk di sofa dengan muka yang masam. Sebaik sahaja Yasmeen memunculkan dirinya, Fyka terus bangun menghampiri Fyka dengan wajah yang marah.
"Mana laki aku??"
Yasmeen menjongketkan keningnya. Dia berpeluk tubuh.
"Dah 6 bulan abang Hafeez duduk dengan aku, baru kau nak cari dia?" tanya Yasmeen dengan sinis. Fyka merengus kasar.
"Ada aku peduli? Mana dia?? aku nak laki aku!!" jerit Fyka.
"Eh kau diam la! Kau tak malu ke dengan budak-budak??" Fyka memandang Ayman dan Khaleef dengan jelingan tajam.
"Cukup 6 bulan kau bawa lari suami aku tu, aku nak kau pulangkan balik dia pada aku!" teriak Fyka.
"Okey, dia ada kat atas. Kau tanya la dia. Dia nak ikut kau ke tak?" ujar Yasmeen dengan sinis. Fyka terus ke tingkat atas.
Sebaik sahaja sampai di bilik tidur Hafeez dia membuka pintu bilik tersebut.
"Abang!" panggil Fyka dengan senyuman lebar. Hafeez memandangnya tanpa perasaan.
"Kau nak apa datang sini?" katanya dengan nada mendatar. Fyka tersenyum.
"I nak ambil you balik lah. Dah lama sangat you duduk rumah ni.."
"Aku tak nak!"
"No, i ni isteri you juga tau."
"Isteri? 6 bulan ni, kau buat apa? Ada kau cari aku?" tanya Hafeez dengan perasaan geram. Fyka senyum.
"Im sorry. I tahu i isteri tak guna. I nak you kembali pada i. I miss you so much." Mendengarkan itu, Hafeez ketawa besar.
"What? Rindu? Hey, selama aku hidup dengan kau, ada ke kau layan aku baik-baik? Takde Fyka! Kau layan aku macam sampah! Sekarang, aku nak kau balik! Jangan muncul depan aku lagi!" halau Hafeez. Sungguh dia benci melihat wajah Fyka. Fyka menangis teresak-esak.
"Maafkan lah i Hafeez, i rindu you Feez. I cintakan you."rayu Fyka.
"Pergi mampus dengan cinta kau tu! Cinta aku pada Yasmeen seorang je! Not you! Berambus! Meen! Halau dia! Abang tak nak tengok muka perempuan ni lagi." Yasmeen yang selama ni, menyorok di belakang pintu terus menghampiri Fyka yang menangis teresak-esak itu. Yasmeen berasa kasihan.
"Balik dulu." Fyka memandang Yasmeen dengan airmata basah.
"Aku nak dia balik.." kata Fyka lemah. Yasmeen menganggukkan kepalanya.
"Iya. Aku tahu. Kau balik dulu. Aku pujuk dia."
Fyka hanya menganggukkan kepalanya lantas dia berlalu dari bilik tersebut. Yasmeen memandang Hafeez dengan keluhan yang berat.
YOU ARE READING
Yang Kedua
Romance(COMPLETE) ✓ Kali pertama melihat wajah lelaki itu, hati Yasmeen tekad untuk memiliki lelaki itu, walaupun lelaki itu telah mempunyai dua permata hati, iaitu isteri dan seorang anak lelaki. Berjayakah Yasmeen memiliki lelaki itu? Abang ada sayang je...