5

2.5K 101 19
                                    

"Ayman, tak balik lagi ke?" tegur Yasmeen apabila ternampak Ayman hanya duduk seorang diri di buaian.

Ayman pandang Yasmeen. "Belum. Mak dengan papa tak ambil lagi." katanya dengan wajah muram. Yasmeen merasa kasihan lalu dia menghampiri Ayman.

"Kalau macam tu, balik jelah dengan cikgu." Ayman memandang wajah Yasmeen dengan mata yang terkedip.

"Boleh ke cikgu?"

"Mestilah boleh. Lagipun, kita kan berjiran." kata Yasmeen seraya itu tersenyum. Ayman tersenyum dan hanya mengangguk.

"Okey, jom." Yasmeen memimpin jari kecil Ayman, lantas mereka melangkah ke arah kereta Yasmeen.

_______

"Thanks tau hantar Ayman balik ke sini." ujar Hafeez. Riak wajahnya serba salah. Bukan dia sengaja tidak mengambil Ayman dari sekolah, tetapi disebabkan dia sibuk dengan pelajarnya di kolej.

Yasmeen hanya tersengih. "Its okey awak. Lagipun rumah kita sebelah je."

"Sampai hati papa tak ambil Ayman.." ujar Ayman dengan muncung panjangnya. Hafeez mengeluh lantas dia duduk mencangkung di hadapan Ayman.

"Sorry la sayang.. papa lupa la.. lagipun papa busy tadi. Sorry, okey." pujuk Hafeez.

Ayman senyum sedikit. "Yelah papa, Ayman paham." ujar Ayman lalu masuk kedalam rumah.

"Hafeez, saya okey je kalau saya hantar Ayman balik. Kita kan berjiran."

Hafeez bangun dan berdiri di hadapan Yasmeen sambil tersenyum.

"Boleh ke ? Kalau macam tu, nanti saya bayar lebih okey. Haa, petang ni awak busy ke? Saya nak ajak awak joging dekat taman depan tu." ajak Hafeez.

Mendengarkan itu,  Yasmeen simpan senyum teruja.

"Saya okey je, okey lah saya masuk dulu, bye. Pukul 6 ye, kita pergi joging?" tanya Yasmeen, spontan dia mengusap dagu Hafeez. Hafeez nampak terkedu, tetapi  lelaki itu hanya tersenyum.

"Iya."

"Okey." Yasmeen terus masuk ke rumah sambil tersenyum geli hati. 'Sikit lagi Meen, kejap lagi Hafeez akan jadi milik kau.'

Dia senyum jahat.

*******

"Haa kejap, saya penatlah awak!" nafas Yasmeen turun naik. Dah lama tak bersenam. Pancitlah.

"Alah, baru 1 round meen." kata Hafeez. Tubuhnya nampak bersemangat. Yasmeen mencebik. Badan macam atlet bolehlah. Mesti selalu main gym ni.

"Awak, sumpah saya tak larat. Awak lari lah dulu, saya tunggu sini okey." putus Yasmeen. Dia dah tak larat nak berlari!

"Betul ni?" Yasmeen hanya mengangguk lalu dia duduk di satu bangku.

"Ye, pergilah." lantas Hafeez berlari meninggalkan Yasmeen.

Setengah jam kemudian, Yasmeen nampak Hafeez berjalan ke arahnya dengan nafas termengah-mengah. Yasmeen perhatikan Hafeez. Dia tarik senyum di bibir.

'Haih penat macam tu pun nampak hot!'

Lantas dia berlari ke arah Hafeez lalu menarik tuala di bahunya.

"Alah berpeluh dah awak.." dia mengelap peluh-peluh di tubuh dan wajah Hafeez. Hafeez hanya tersenyum senang.

"Thanks." selepas itu Yasmeen menghulurkan air kepada Hafeez. Hafeez terus ambil lalu dibukanya. Dia menyimbah air itu ke mukanya. Yasmeen terpana. 'Omg so hot and sexy!' Yasmeen senyum gatal.

Hafeez yang perasan Yasmeen memandangnya sambil tersengih, tersenyum.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?" tanya Hafeez sambil menonggang air tersebut. Turun naik halkumnya menelan air tersebut. Yasmeen tersipu-sipu.

"Dah sudah ke? Nak lari lagi?" tanya Yasmeen. Wajahnya merah-merah apabila Hafeez tersenyum mengusik padanya.

"Merahnya muka awak Yasmeen.." usik Hafeez. Yasmeen memukul manja dada bidang Hafeez.

"Ishh." tiba-tiba Hafeez memeluk pingangnya. Wajah mereka mendekat.

"Apa ish-ish, hm?" Yasmeen mengerdipkan matanya. Tak sangka Hafeez memeluk pingangnya. Matanya melilau memandang sekeliling. Nasib takde orang nampak.

"Hafeez.."

"Ops, sorry." Hafeez meleraikan pelukan di pinggang Yasmeen. Wajahnya nampak merah. Yasmeen berdeham.

"Jomlah kita balik. Nanti Ayman cari pula." ujar Yasmeen. Ayda balik pukul 8 malam, manakala Ayman pula sedang tidur. Tu yang Hafeez joging dengan Yasmeen je.

"Hm, jom."

******

Sebulan berlalu, hubungan Yasmeen dan Hafeez makin rapat. Mereka selalu berjoging bersama. Malah masakan mereka selalu bertukar-tukar satu sama lain.

Yasmeen keluar daripada rumah apabila tedengar bunyi hon motor. Mesti pos laju! Dia membetulkan bajunya. Bajunya agak seksi. Saja nak tunjuk kat Hafeez.

"Terima kasih ya." Yasmeen menjeling ke arah lelaki pos laju tersebut. Tak berkelip matanya melihat tubuh seksi Yasmeen. Sesudah itu, lelaki itu berlalu.

"Hai, Hafeez!" tegur Yasmeen apabila ternampak Hafeez duduk bersantai di bangku.

"Hai, Meen."

"Mana Ayman?"

"Ayman tengah tidur.. Hmm, Meen.." Hafeez melangkah ke pagar rumah jirannya. Yasmeen nampak Hafeez menelan air liurnya melihat pakaian Yasmeen. Yasmeen simpan senyum.

"Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak.."

"Apa dia?"

"Hmm, saya taknak cakap dekat sini.." dia memandang rumah jiran-jirannya. Yasmeen menjongketkan keningnya.

"Maksud awak?"

"Boleh saya masuk rumah awak?" tanya Hafeez. Yasmeen tersenyum teruja.

"Boleh, tapi ikut pintu belakang.." kata Yasmeen seraya itu memegang tangan Hafeez. Hafeez hanya tersenyum sambil mengengam tangan Yasmeen.

Yang Kedua Where stories live. Discover now