"Vroom-vroom. Cepat kejar papa!" Khaleef terkekek mengejar kereta mainan papanya.
"Ayman." panggil Yasmeen. Ayman yang sedang membuat kerja sekolahnya, terus berlari ke dapur.
"Ye mama?"
"Ayman panggil papa, ajak makan." arah Yasmeen. Ayman hanya menganggukkan kepalanya seraya berlari ke arah ruang tamu.
"Papa, jom makan!" Yasmeen menghidangkan makanan di atas meja. Bermacam makanan yang ada di atas meja. Yasmeen nampak Hafeez berjalan ke arah meja.
"Dah takde mulut ke nak panggil saya makan?" perli Hafeez. Dia geram apabila Yasmeen membalas dengan cebikan. Selepas itu, Yasmeen berjalan melepasi Hafeez.
Tetapi tiba-tiba Hafeez menarik tangannya. Yasmeen terkejut. Dia terjatuh di riba Hafeez.
"Ee, apa abang ni? Anak nampak kang!" kepalanya terjengah-jengah ke ruang tamu.
"Ayman makan kemudian. Dia kata dia nak habiskan dulu kerja sekolah dia. You, stay with me." kata Hafeez dengan bersahaja. Yasmeen mengetap bibirnya.
"Okey fine, lepaskan saya dulu!" kata Yasmeen dengan geram. Hafeez melepaskan pelukannya. Cepat-cepat Yasmeen ke kerusi lalu duduk. Jantungnya berdegup kencang.
"Makanlah sekali."
"Tak selera." kata Yasmeen sambil menjeling tajam. Hafeez hanya senyum kecil seraya menyuap nasi ke mulut Yasmeen.
"Ish apa abang ni? Saya tak nak makan. Abang makan lah."
"Nganga mulut." arah Hafeez. Yasmeen hanya menjeling tajam. Tetap dia menganga makan nasi tu. Hafeez senyum lebar.
"Good girl."
Suasana sunyi sepi. Yasmeen memerhatikan Hafeez. 'Hm makan pun kacak.' hampir dia menopang dagu melihat Hafeez menyuap nasi ke mulutnya. Tiba-tiba Hafeez memandangnya. Cepat-cepat matanya ke arah lauk. Hafeez senyum.
"Saya nak mintak maaf." kata Hafeez tiba-tiba. Yasmeen menjongketkan keningnya.
"Saya dah insaf dah. Taknak minum arak lagi." Yasmeen buat wajah bosan. Haritu mintak maaf, ni mintak maaf lagi. Bukan ini yang dia mahukan.
"Yelah." Kata Yasmeen sambil bermain kukunya.
"Kenapa awak tak nak bercakap dengan saya lagi?"
"Kan kita tengah bercakap ni." kata Meen sambil mengerutkan dahinya. Hafeez mengelengkan wajahnya. Suapan dan kunyahannya terhenti.
"Tak. Awak sekarang dah lain. Dulu sebelum saya pergi kerja awak selalu salam tangan saya. Sekarang. Awak dah tak salam tangan saya dah." Yasmeen menjulingkan matanya. Lah terasa ke.
"Saya rasa macam awak jijik dengan saya. Sebab saya dah minum arak tu.." luah Hafeez. Wajahnya nampak keruh.
Yasmeen terdiam. Dia dah lama maafkan suaminya itu, cuma dia rasa sakit hati je. Rasa sakit hatinya lebih kepada bila dia dapat tahu suaminya ada orang lain. Yasmeen menghembuskan nafasnya.
"Mana ada saya jijik dengan abang.."
"Kalau tak jijik dengan saya, buktikan." Yasmeen terkejut mendengarkan itu. Bukti apa pula? Hafeez memandangnya dengan lama. Mata Yasmeen terkebil-kebil. Nak kata dia pakai baju haram, takde la pula. Baju sopan je dia pakai.
"Apa maksud abang ni?"
"Saya suruh awak buktikan yang awak tak jijik dengan saya je." kata Hafeez dengan selamba. Dia makan lagi semula.
"Bukti? Bukti apa?" Hafeez menjongketkan keningnya seraya itu menarik senyuman penuh makna.
"Tidur dengan saya."
******
"Tak guna punya lelaki. Nasib baik lah aku sayang. Kalau tak dah kena dah flying kick aku! Eii, sangap sangat ke dia ni?" kutuk Yasmeen. Selepas itu dia mengetuk kepalanya.
"Dah kalau dia asyik nampak aku pakai baju haram, mana lah dia nak tahan!" rungut Yasmeen. Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Gelabah Yasmeen. Cepat-cepat dia baring, memejamkan matanya.
Dia terasa katil terhenyak di sebelahnya. Dia buat-buat tidur.
"Tak payahlah buat-buat tidur." Yasmeen terkejut. Macam mana dia tahu aku buat-buat tidur?
"Baik awak bangun, sebelum..." Hafeez senyap. Yasmeen terus memejam matanya mendengar perkataan selanjutnya dari Hafeez.
Tiba-tiba deruan nafas Hafeez terasa di telinganya.
"I kiss you." membulat terus mata Hafeez. Dia bangun dari pembaringannya. Dia membetulkan bajunya. Hafeez ketawa kecil.
"Bangun pun. Kenapa awak tak pakai baju haram tu?" perli Hafeez. Yasmeen mencebik. 'Aku dah buang! Takkan pakai lagi!'
"So, are you ready?" Yasmeen tersentak mendengarkan itu. Dia teringat malam pertamanya bersama lelaki itu. Benda itu lah suaminya tanya dulu. Dadanya bedegup kencang.
"Ready apa ni?" Yasmeen buat-buat tanya.
"Tidur dengan saya." Mata Yasmeen membulat. Dengan kasar dia bangun dari katil tersebut.
"Awak ingat saya murah ke ha? Kita kan dah nak bercerai!" marah Yasmeen. Mata Hafeez terkebil-kebil.
"Bila masa saya cakap awak murah? Saya suruh awak tidur dengan saya je. Tidur kat sebelah saya. Awak kan dah lama tak tidur kat sebelah saya?" beritahu Hafeez. Yasmeen tergamam. Okey. Aku dah salah faham ke? Spontan Yasmeen mengaru kepalanya tak gatal. Memang selama ni, dia tidur di bilik anaknya pun.
Hafeez tersengih. "Kenapa ni? Awak fikir lain ea? Kalau awak nak barang saya. Saya boleh bagi." kata Hafeez sambil tersenyum gatal. Mata Yasmeen mencerun. Dia naik ke atas katil tersebut lalu terbaring.
Hafeez hanya tersenyum lebar. Wajahnya didekat ke telinga Yasmeen.
"Goodnight Yasmeen. Thanks buktikan pada saya yang awak tak jijik dengan saya."
Yasmeen hanya diam membatu. Tanpa sedar, air matanya meleleh membasahi pipinya.
YOU ARE READING
Yang Kedua
Romance(COMPLETE) ✓ Kali pertama melihat wajah lelaki itu, hati Yasmeen tekad untuk memiliki lelaki itu, walaupun lelaki itu telah mempunyai dua permata hati, iaitu isteri dan seorang anak lelaki. Berjayakah Yasmeen memiliki lelaki itu? Abang ada sayang je...