15

2.9K 116 5
                                    

"Abang!" jerit Ayda. Hafeez yang baru habis mandi, bergegas menghampiri Ayda yang sedang menahan sesak nafasnya.

"Sayang? sayang okey ke tak ni??" ujar Hafeez dengan wajah yang cemas.

"Abang..." Ayda memanggilnya dengan nada yang sayu.

"Sayang, abang bawak awak ke hospital ye sayang?" mengalir air mata Hafeez melihat wajah pucat Ayda.

Ayda mengelengkan kepalanya. "Ayda taknak. Ayda rasa, masa Ayda dah tiba.." ujar Aydan, lemah. Hafeez mengelengkan kepalanya dengan wajah basah dengan air matanya. Seraya itu dia mengangkat tubuh kecil Ayda.

"Abang.. cari Yasmeen ye abang? Cari.. cari anak abang sekali..." ucap Ayda sebelum menutup matanya.

Hafeez yang sedang mendukung Ayda meraung apabila Ayda menutup matanya.

"Ayda!! Jangan tinggalkan abang!!"






**********





Hafeez menangis teresak-esak di hadapan pusara Ayda. Diusap tanah yang masih merah. Dia tidak sangka terlalu cepat Ayda meninggalkannya.

'Sayang.. abang minta maaf sebab pernah duakan sayang..' Hafeez mengesat air matanya yang laju turun ke pipinya.

"Papa.. mak..." Hafeez memandang wajah sendu anaknya, lantas dia memeluk erat tubuh Ayman. Ayman menangis kecil.

"Hafeez.." Hafeez mendongak memandang wajah mamanya.

"Meen.. Meen dah datang." mendengarkan nama itu, riak wajahnya terus bertukar dingin. Dia mengesat air matanya dengan kasar.

"Mama suruh la tunggu dulu.." katanya dengan suara mendatar. Mama hanya mengangguk.

"Relakan pemergian dia ye Hafeez.." Hafeez hanya terdiam. Dia belum dapat menerima semuanya.


*****



Yasmeen memandang sekeliling rumah tersebut. Selepas dia melawat kubur Ayda, Hafeez membawanya ke rumah tersebut. Dia berasa pelik. Tetapi dia diamkan dulu.

Yasmeen tersentak apabila Hafeez duduk dihadapannya. Dia menarik senyum, tetapi Hafeez tidak membalasnya. Hanya riak dingin sahaja dia tunjukkan.

"Kenapa awak bawak saya kesini?" tanya Yasmeen. Hafeez memandang wajah Yasmeen.

"Khaleef tu anak saya kan?" Yasmeen terkelu. Hafeez memandang tajam wajah Yasmeen.

"Ap-apa awak merepek ni?" Yasmeen memalingkan wajahnya.

"Ayda dah ceritakan semuanya pada saya. Awak isteri kedua saya. Saya tak tahu macam mana saya boleh duakan isteri saya.." dia ketawa tetapi dalam keadaan kecewa.

"Memandangkan awak isteri kedua saya, tolong stay dengan saya. Buat saya ingat awak balik." pinta Hafeez. Yasmeen terkelu. Betul ke apa yang aku dengar ni?

"Boleh ke?"

"Erk.."

Hafeez bersandar tubuhnya ke sofa seraya memicitkan kepalanya.

"Kenapa awak mengaku yang awak tu sepupu saya?" dia kecewa juga apabila mendengar pengakuan tersebut daripada arwah Ayda.

Yasmeen terkelu. Kepala ditunduk sambil bermain kukunya. "Sa-saya.."

Hafeez mengeluh kecil. "Takpelah, saya faham kenapa awak buat macam tu, huh, bodohnya saya." Yasmeen hanya terdiam.

"Awak boleh stay dengan saya. Bantu saya untuk ingat awak kembali." ujar Hafeez lagi, lalu berlalu meninggalkan Yasmeen di situ.

******

'Bantu saya untuk ingat awak kembali. Awak boleh stay dengan saya.' Yasmeen tidak tahu, dia mahu gembira atau buat tiada apa yang berlaku? Tapi yang pasti dia bersyukur sangat Hafeez minta dia stay bersama lelaki itu.

Yasmeen menyiapkan sarapan untuk Hafeez dan anak-anaknya. Yasmeen tersenyum lebar apabila melihat kelibat Hafeez dan Ayman.

"Abang, jom makan. Saya dah buat breakfast." Hafeez memandang Yasmeen seraya mengelengkan kepalanya.

"Sorry saya dah lambat. Saya makan kat kolej je." kata Hafeez dengan suara mendatar. Ayman mengekori langkah papanya apabila tangannya ditarik. Monyok terus budak tu tak dapat makan.

"Ha, okey..." Yasmeen hanya memerhatikan langkah panjang Hafeez bersama Ayman.

Tengah hari itu, Yasmeen datang ke kolej Hafeez dengan membawa makanan tengah hari.

"Hai, boleh saya tahu bilik sir Hafeez kat mana?" tanya Yasmeen apabila bertembung dengan beberapa pelajar perempuan disitu.

"Bilik sir Hafeez dekat sana... erk.. boleh saya tahu, akak ni siapa?"

"Saya isteri sir Hafeez." beritahu Yasmeen. Wajah pelajar perempuan itu berubah.

"Bukan isteri sir dah meninggal ke semalam?" Yasmeen terus terdiam.

"Erk takpelah, terima kasih ye." Yasmeen terus berlalu dari situ. Setelah dapat tahu bilik Hafeez, dia terus masuk ke bilik suaminya itu. Yasmeen nampak Hafeez sedang tekun di meja kerjanya.

"Abang."

Hafeez tersentak mendengar suara Yasmeen. Kepalanya diangkat.

"Kenapa datang sini?" tanyanya dengan nada dingin. Yasmeen tersenyum, dia meletakkan mangkuk tingkat di atas meja.

"Jom kita makan. Meen dah masakkan untuk abang." ujar Yasmeen seraya membuka penutup mangkuk. Hafeez yang melihat terliur.

"Susah je datang sini bawa makan, saya boleh makan kat cafe je." katanya. Yasmeen hanya tersenyum. Lantas mereka makan bersama.

*****

Hafeez masuk ke dalam rumahnya dengan wajah yang tegang. Dia menghempaskan tubuhnya ke sofa. Matanya terpejam.

Dia teringat pandangan pelajar terhadapnya di kolejnya tadi. Sakit hatinya apabila mereka mengatanya. Mereka kata, dia lelaki tak guna, baru mati bini dah ada yang baru!

Dia membuka matanya, dia ternampak Yasmeen berjalan ke arahnya, dia menjeling dan merengus geram.

"Abang dah balik?"

"Soalan apa awak tanya ni?" katanya dengan kasar. Yasmeen nampak terkejut tetapi dia hanya tersenyum. Hafeez bangun dari sofa dengan kasar.

"Saya nak bagitahu awak ni, tak payah datang kolej saya bawa makanan, saya boleh makan kat cafe." ujarnya dengan suara mendatar. Yasmeen mengerutkan dahinya.

"Tapi, kenapa?"

"Awak dengarlah jelah cakap saya, jangan banyak songeh!" selepas itu dia berlalu meninggalkan Yasmeen yang termangu.

Yang Kedua Where stories live. Discover now