25

3.1K 120 5
                                    

Yasmeen mencampak baju-bajunya di dalam bagasi. Air mata yang merembes laju, tidak dihiraukan.

"Sayang." panggil orang itu. Yasmeen memandang wajah itu dengan mata yang merah.

"Jangan panggil aku sayang! Kau tipu aku! Kau curang dengan aku!" mengigil badannya apabila mendapat tahu Hafeez ditangkap khalwat dengan Fyka. Tu pun pelajar Hafeez yang bagitahu.

"Abang mintak maaf..Fyka perangkap abang sayang.." pujuk Hafeez lagi. Sakit hatinya melihat Yasmeen menangis kerananya.

"Dahlah, kau tak payah lah nak bohong aku. Aku tahu sangat lelaki curang macam kau! Dulu kau curang dengan arwah Ayda sekarang kau curang dengan aku.

Terima kasih la Hafeez. Kau membuktikan pada semua orang, yang kau tu memang lelaki curang. Tak cukup dengan seorang perempuan!" tuduh Yasmeen sehingga air mata lelaki seorang Hafeez mengalir.

Yasmeen tahu dia berdosa. Tapi hati dia sakit. Sakit sangat! Yasmeen menangis. Semalam baru sahaja mereka mahu mengecapi bahagia, tetapi harini hancur punah terus harapan mereka.

Yasmeen mengesat air matanya dengan kasar. Dia menarik bagasi dan menarik tangan Khaleef. Dia menghampiri Hafeez.

"Kita jumpa dekat mahkamah. Awak kahwin lah dengan perempuan tu." ujar Yasmeen. Dia melangkah keluar. Di luar, ada beberapa pelajar Hafeez di situ. Hafeez mengelengkan wajahnya.

"No! Abang takkan benarkan Meen pergi!" Hafeez menarik tangan Yasmeen. Yasmeen menepis dengan kuat.

"Lepaslah!" Jerit Yasmeen. Khaleef di sebelahnya sudah menangis. Ayman di sebelah Hafeez turut menangis.

"Abang tak nak hilang Meen! Meen tolong jangan pergi..." Tubuh Hafeez terlorot. Dia tidak peduli dengan pandangan pelajarnya lagi. Dia melutut di hadapan Yasmeen.

"Tolong jangan tinggalkan abang. Abang memang betul sayangkan Meen. Abang sayangkan Khaleef. Tolong jangan pergi.." Hafeez menangis teresak esak.

Yasmeen hanya terdiam menahan sebak. Hati dia tak sanggup mendengar esakan lelaki itu.

"Kak Meen.." Hani menegur Yasmeen. Matanya terus basah dengan air mata. Mungkin dia pun terkesan.

"Kesian sir Hafeez. Jangan lah tinggalkan sir. Nanti akak menyesal." Yasmeen mengelengkan kepalanya.

"Dia nak menyesal buat apa? Dia dah ada bini baru nanti. Betul kata kawan-kawan awak. Sir awak ni, memang kaki curang!" kutuk Yasmeen lagi seraya menarik tangan Khaleef.

Khaleef dan Ayman sudah menangis. Hafeez menunduk menahan rasa pilu, setelah itu dia menarik tangan Ayman masuk kebiliknya lalu menguncinya.

Tidak dihiraukan langsung tentang pelajar nya lagi. Hatinya tengah menangis.

*******



"Abang." Hafeez memandang benci wajah perempuan itu. Isteri barunya.

"Jangan panggil aku abang!" jerkahnya. Fyka tersentak.

"Puas kan hati kau sebab hancurkan hidup aku??" tengking Hafeez. Wajahnya didekatkan ke wajah Fyka. Mereka bersabung pandangan.

"Yes, memang i puas! I memang sengaja perangkap you! You tahu sebab apa? sebab i nak balas perbuatan perempuan tu! Sanggup dia rampas suami kakak i ? Yang masa tu, kakak i anggap dia sebagai adik dia!" Hafeez tergamam. Wajahnya keliru.

"Kau, kau sebenarnya siapa ha??" Fyka tersenyum sinis.

"Dulu kak Ayda ada bagitahu you yang dia ada adik perempuan dekat UK kan? I la tu. I memang tak suka duduk kat Malaysia! Tapi lepas i dapat tahu akak i mati sebab perempuan tu. Its to much! I akan ajar dia! And yes i dapat balas semua tu!" Fyka menarik senyuman puas. Hafeez mengetap bibirnya. Dia menolak kasar tubuh Fyka.

"Ayda tak mati sebab Yasmeen! Dia mati sebab kanser! Kau tak tahu ke haa??"

"Memanglah! Sebab dia selalu makan hati dengan sikap you tu! Sebab tu akak i mati!!" tengking Fyka lagi.

"Diam! Kurang ajar! Aku tak nak simpan kau lagi! Aku akan ceraikan kau! Dengar sini ea! Nur Syafyka-" muka Fyka mula pucat.

"Muhammad Hafeezuddeen!!" tiba-tiba papa menengking menjerit nama Hafeez.

"Apahal kau ni?? Nak ceraikan dia pula? Kau ni memang sukakan malukan keluarga kita kan??" jerkah papa. Hafeez merengus geram.

"Hafeez tak kira! Hafeez tak cintakan dia! Dia perangkap Hafeez!" Mama yang melihat hanya mengeluh.

"Dia dah jadi isteri kamu..Bimbinglah dia." ujar mama. Hafeez mengeleng laju.

"Sorry la. Dia memang tak layak untuk Hafeez! Never! Sekarang ni, Hafeez nak Meen! Hafeez nak cari Meen!" dia mengambil kunci keretanya. Wajahnya tidak terurus.

"Hafeez!" Mama mengejar Hafeez.

"Jangan buat gila la! Hari dah malam! Esok-esok kamu cari la Meen!"

"No, mama. Hafeez nak pergi sekarang!" dia membuka pintu keretanya. Lalu berlalu dari kawasan rumah itu.

"Ya Allah, apa nak jadi dengan anak menantu kita ni..." mama menangis. Papa memujuk. Fyka di belakang mereka hanya berpeluk tubuh.

Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat. Mama dan papa tergamam.

"Ya Allah! Hafeez?!"

*******

Hafeez membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Kepalanya terasa sakit.

"Aku- aku kat mana ni?" tiba-tiba sahaja dia teringat detik pertemuannya bersama Yasmeen.

"Meen.." air matanya merembes laju.. Dia memegang kepalanya yang sakit. Bertubi-tubi bayangan pertemuan dan bayangan bahagia dia bersama Yasmeen.

Dan makin lama membuatkan kepalanya makin sakit. Dia mengerang kecil.

Tiba-tiba pintu wardnya dibuka. Dia mendengar suara teruja mamanya.

"Hafeez! Hafeez dah sedar!"

Nafas Hafeez tersekat-sekat. Dia mencari-cari wajah Yasmeen. Dia mahu memberitahu Yasmeen bahawa dia sudah mengingati detik bahagia mereka bersama sebelum Ayda mendapat tahu dia curang.

"Meen. Hafeez nak Meen." air matanya mengalir. Sungguh saat ini, dia rindukan Yasmeen sepenuh hatinya!

Yang Kedua Where stories live. Discover now