28

3.3K 133 11
                                    

Pagi itu, Yasmeen masuk ke dapur menyiapkan makanan. Sedang dia menyediakan makanan, tiba-tiba tangannya diretap. Terkejut dia.

"Hei, kenapa ni?" membesar matanya melihat wajah tidak puas hati Fyka.

"Kau jangan melampau ea!" tengking Fyka tiba-tiba.

"Apahal kau ni gila?"

"Kau yang gila sebab gilakan laki orang!"  Yasmeen ketawa besar apabila Fyka berkata sebegitu.

"Abenda kau cakap ni ha? Kau ke aku yang gila? Kau tu isteri kedua abang Hafeez je! Aku ni isteri pertama dia!" ujar Yasmeen dengan mata yang dibesarkan. Fyka mengetap bibirnya dengan geram.

"Kau tu perampas! Perampas laki kakak aku!"

"Kau pun sama lah gila! Kau rampas laki aku dengan kakak kau! Kau ni memang gila la! Kakak kau tu dah mati tahu tak, dah ada dalam kubur tu! Kau memang tak boleh move on ea?" akibat hilang nya rasa sabar dia berkata sebegitu di hadapan Fyka. Fyka seakan terkedu.

"Yasmeen!!" Yasmeen terkejut mendengar tengkingan tersebut. Matanya terkebil kebil melihat Hafeez di kerusi roda bersama mama. Wajah lelaki itu tegang.

"Ab-abang.." Fyka tersenyum. Wajahnya basah dengan air matanya.

"Ni ke, perempuan yang you sanjung ni? Sanggup kutuk kakak i!" setelah itu Fyka berlari pergi. Yasmeen tidak puas hati. Bila masa aku kutuk kakak dia?

"Kau memang dah melampau Yasmeen!"  Yasmeen mengeluh apabila lelaki itu berlalu pergi.

*******

"Kenapa Meen cakap macam tu?"

"Sorry ma.. Meen tak sengaja. Meen geram dengan Fyka. Dia provok Meen.. lagipun Meen tak kutuk pun arwah kak Ayda.." kata Yasmeen dengan sayu. Mama menepuk tangan Yasmeen.

"Mama faham.. pergi la pujuk Hafeez tu.. walaupun Meen tak kutuk arwah, tapi dia terasa juga tu..." Yasmeen memandang tubuh Hafeez yang termenung di hadapan kolam ikan. Dengan perlahan dia menghampiri Hafeez.

"Abang.."

"Pergi." ujar Hafeez dengan nada dingin. Yasmeen menunduk ke lantai.

"Meen mintak maaf.."

"Aku tak suka orang cakap macam tu dekat arwah isteri aku." kata Hafeez lagi dengan dingin.

"Ye, Meen tahu. Meen tak sengaja. Maafkan Meen." pinta Yasmeen. Air matanya dikesat kasar.

"Dah la Meen. Kau balik lah. Kau datang sini lagi menyakitkan hati aku adalah." ujar Hafeez lagi. Seraya itu dia menghayunkan kerusi rodanya ke dalam rumah.

Yasmeen terus menekup mukanya menahan tangisan. Sakit hatinya mendengar ayat itu daripada suaminya.

______

Yasmeen meletakkan bajunya ke dalam bagasi. Wajahnya merah akibat banyak sangat menangis. Dia memerhatikan sekeliling biliknya.

'Baik aku pergi. Aku ada pun bukan menyenangkan hati dia.'

Yasmeen mengangkat bagasinya ke lantai. Sebaik sahaja dia keluar daripada bilik tersebut, Ayman datang menghampirinya.

"Mama! Mama nak kemana?" tanya Ayman dengan wajah pelik.  Yasmeen tersenyum seraya mengusap rambut Ayman.

"Mama nak keluar dari rumah ni.. Papa Ayman tak suka mama ada kat sini..." ujar Yasmeen lagi dengan sayu.

"Eh mana ada. Sebelum mama datang.. hari-hari papa mengamuk nak kan mama!" kata Ayman dengan wajah bersungguh. Yasmeen tergamam. Dia mengesat air matanya.

"Betul ke, Ayman?" Ayman mengangguk laju.

"Betul. Ayman tak tipu. Tipu kan dosa. Papa selalu menangis panggil nama mama. Cuma Ayman macam pelik lah, kenapa mama ada kat sini, papa layan mama teruk?" kata Ayman dengan pandangan pelik pula.

Yasmeen memandang lama wajah Ayman. Budak-budak tak pandai menipu. Ya allah suamiku, kenapa la kau buat aku macam ni? Kau nak apa sebenarnya?

Yasmeen membuka pintu bilik Hafeez dan Fyka. Ah, sakit pula hati mengenangkan bilik ini bilik Hafeez dan Fyka.

Yasmeen melihat Hafeez sedang terbaring sambil membaca buku. Dengan perlahan, dia menjatuhkan bagasi. Hafeez terkejut lantas bukunya diletak ke perutnya.

"Meen dah nak pergi dah. Harap abang halalkan makan minum Meen. Meen tak kacau abang dah." seraya itu bagasi tersebut diangkatnya. Wajah Hafeez ketika itu nampak terpinga pinga.

Sebaik sahaja Yasmeen memusingkan badannya, tiba-tiba lelaki itu bersuara.

"Kau nak tinggalkan aku?" kejung terus tubuh Yasmeen. Dia mengeluh.

"Abang juga kata tadi, kehadiran Meen ni lagi menyakitkan hati abang." terdengar keluhan kasar daripada mulut Hafeez. Yasmeen hanya berdiri tegak tanpa memandang Hafeez.

"Pergi lah Meen. Aku dah cacat. Takkan siapa nakkan aku lagi. Kau layak bersama dengan lelaki yang sempurna, yang tak cacat macam aku." suara Hafeez terdengar lemah. Yasmeen memejamkan matanya. Selepas itu dia menarik nafasnya.

"Walaupun abang lumpuh, Meen tetap sayang abang. Tapi abang.. abang layan Meen macam tak de perasaan.. Meen terima abang walaupun abang dah lukakan hati Meen.. tapi abang tetap layan Meen macam takde perasaan." Yasmeen menahan air matanya daripada terus mengalir. Tiada lagi suara daripada Hafeez.

"Meen pergi dulu." Yasmeen terus keluar daripada bilik itu.

Hafeez memandang tubuh Yasmeen yang menghilang. Wajahnya mendung. Tubir matanya terasa panas. Seraya itu dia menangis.

"Meen. Jangan pergi Meen, Meen.." panggilnya dengan suara tersekat-sekat. Dengan susah payah dia turun katil.

Akibat tubuhnya yang lumpuh, dia jatuh terjelepok di sisi katil. Wajahnya basah dengan air mata.

"Meen, sampai hati Meen tinggalkan abang.." Hafeez menangis teresak-esak. Dia mengesotkan tubuhnya ke pintu bilik.

"Meen..." panggilnya dengan tangisan yang pecah. Tiba-tiba satu pasang kaki di hadapannya. Tubuh itu melutut di hadapannya.

"Abang! Kenapa ni?" sebaik sahaja memandang wajah itu, dia terus memeluk. Hafeez menangis teresak-esak.

"Jangan tinggalkan abang. Please..." rayu Hafeez dengan tangisan yang pecah. Yasmeen mengusap rambut Hafeez.

"Meen takkan tinggalkan abang."

Yang Kedua Where stories live. Discover now