Hafeez tersedar apabila terasa pingangnya dipeluk. Seraya itu dia menolak kasar tangan itu. Fyka mengeliat kecil.
Dengan perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya. Berkerut kerut dahinya apabila kakinya menjejak ke lantai. Berkali-kali dia cuba menstabilkan tubuhnya, akhirnya dia terjatuh kesakitan.
Fyka tersedar daripada tidur apabila terdengar erangan Hafeez. Terus dia membuka lampu kecil di meja kecil sebelahnya. Dia memandang tubuh Hafeez yang terduduk menahan kesakitan.
"You buat apa tu? You sedar tak you tu cacat. Siapa yang nak tolong angkat you?" ujar Fyka sambil berpeluk tubuh. Wajahnya penuh senyuman sinis.
"Aku nak ke tandas. Tolonglah angkat aku ke tandas!" ujar Hafeez. Mukanya berkerut menahan sakit. Fyka menjulingkan matanya.
"I takde masa! I mengantuk! Esok i ada kelas! Lain la you, tak kerja. Ye lah, dah jadi cacat kan..." kutuk Fyka, selepas itu dia menyambung tidur. Hafeez mengetap bibirnya.
Dia malas nak bergaduh dengan Fyka. Jadi dengan perlahan- lahan dia mengesot tubuhnya ke tandas.
Sesekali dia memandang tajam tubuh Fyka yang sedang nyenyak dibuai mimpi.
"Tak guna punya perempuan!"
*******
"Arghh!" terkejut nak mampus wajah Fyka apabila melihat Hafeez bersandar di dinding di dalam bilik air dengan mata yang terpejam.
"Oh my god! Mati ke?" dia meletakkan jarinya di hidung Hafeez selepas itu dia menghembus nafas lega.
"Ingatkan mati la tadi. Eei! Menyusahkan orang la jantan ni! Aku nak mandi. Ishh." dia menyepak tubuh Hafeez setelah itu dia menutup pintu bilik air dan keluar daripada biliknya.
_______
Yasmeen menarik nafas perlahan-lahan. Sejujurnya dia takut nak masuk bilik Hafeez. Takut suaminya itu menghalaunya. Dengan perasaan berdebar-debar dia memulas pintu tersebut.
"Abang..." panggil Yasmeen dengan perlahan. Dia memerhatikan sekeliling. Dia pelik apabila tidak nampak batang hidung Hafeez.
"Mana abang? Setahu aku, Fyka keluar sorang je tadi." masih dia ingat Fyka memandangnya dengan pandangan tidak puas hati. Tapi dia peduli apa. Dia menonong je pergi masuk dapur.
"Abang.. mana abang ni?" dia memerhatikan sekeliling. Yasmeen mengaru rambutnya yang tidak gatal.
"Mana dia ni? Abang..." matanya ke arah bilik air. Dia melekapkan telinganya di pintu. Selepas itu dia mengelengkan kepalanya.
"Tak de bunyi air... eh mustahil dia mandi sendiri.. dia mana boleh berjalan.." tidak semena itu jantungnya berdegup kencang.
"Entah-entah..." dia terus memulas pintu biliknya. Alangkah terkejutnya dia melihat Hafeez tersandar di dinding dengan mata yang terpejam.
"Abang!!"
******
Yasmeen mengesat airmatanya yang mengalir. Hafeez yang melihat merengus kasar.
"Kau dah kenapa nak nangis bagai ni? Aku belum mati lagi lah! Aku tertidur je dekat bilik air tu!" ujar Hafeez. Wajahnya hanya masam.
"Malam ni, abang tidur dekat bilik Meen!" Mata Hafeez membulat.
"No! Aku tak nak tidur dengan kau."
"Jangan risau. Meen akan tidur kat sofa. Abang tidur atas katil. Kalau Meen ada, Meen boleh tolong abang ke tandas."
"Tak payahlah! Aku nak duduk bilik ni. Fyka ada. Dia boleh tolong aku." Yasmeen mengelengkan kepalanya.
"Tak boleh. Dia tak tolong abang kan? Dia biarkan abang dalam bilik air tu kan? Dia tak tolong abang!" patutlah dia pelik apabila Fyka guna bilik air bawah, rupanya..... dia tinggalkan Hafeez dalam bilik air! Orang tu dah la lumpuh.
Hafeez hanya diam apabila Yasmeen tahu yang Fyka tidak membantunya semalam.
"Aku taknak."
"Abang jangan degil! Biar Meen jaga abang. Fyka memang melampau!" kata Yasmeen. Wajahnya bengang. Hafeez senyum hambar.
"Time aku dah sakit baru kau nak jaga aku? Dulu kau juga yang tinggalkan aku!" kata Hafeez dengan sinis. Yasmeen memandang tajam wajah Hafeez.
"Meen tinggalkan abang sebab abang curang dengan Meen! Abang penyebab Meen pergi!" Yasmeen tidak mengalah.
Sejujurnya dia masih sakit hati lagi. Tetapi disebabkan rasa sayang dan kasihan dia pejamkan mata dia je.
"Kalau aku tak sakit, kau takkan datang dekat aku!" kata Hafeez lagi. Wajahnya sudah kemerahan.
"Cakap lah apa abang nak cakap. Malam ni, abang kena tidur dalam bilik Meen!" tegas Yasmeen selepas itu cepat-cepat dia berlalu keluar. Hafeez hanya mengeluh keras.
*******
Hafeez mengelengkan kepalanya berkali-kali. Wajahnya dipalingkan daripada menatap wajah Yasmeen.
Yasmeen mengetap bibirnya. Nak je pinggan di tangannya itu hempuk kat muka Hafeez.
"Abang jangan mengada-gada! Makan sikit." dia menyua bubur ke mulut Hafeez. Hafeez mengelengkan wajahnya.
Yasmeen pandang Hafeez kecil besar- kecil besar sahaja. Geram dengan perangai suaminya itu.
"Abang makan! Kalau tak, Meen kiss abang!" Hafeez memandang Yasmeen dengan pandangan tak puas hati.
"Aku taknak lah! Hari-hari aku makan benda tu!"
"Abang nak makan apa ni?" tanya Yasmeen dengan geram. Hafeez memandang Yasmeen dengan senyuman sinis, selepas itu dia memeluk tubuhnya.
Matanya memandang tubuh Yasmeen atas bawah.
"Aku nak makan kau. Boleh?" Hafeez menjongketkan keningnya, seraya itu menjilat bibirnya.
Yasmeen terkejut. Dalam keadaan lumpuh macam ni pun, kepala otak Hafeez berfungsi pula memikirkan itu.
"Kenapa terkejut? Kau ingat aku lumpuh macam ni, aku tak boleh beraksi atas ran-" belum sempat Hafeez menyudahkan ayat, Yasmeen menutup mulut Hafeez.
"Meen masakkan abang nasi goreng." setelah itu dia bangun daripada katil dengan hati yang panas. Hafeez memerhatikan tubuh Yasmeen dengan senyuman sinis.
YOU ARE READING
Yang Kedua
Romance(COMPLETE) ✓ Kali pertama melihat wajah lelaki itu, hati Yasmeen tekad untuk memiliki lelaki itu, walaupun lelaki itu telah mempunyai dua permata hati, iaitu isteri dan seorang anak lelaki. Berjayakah Yasmeen memiliki lelaki itu? Abang ada sayang je...