PRANG!!
"Hey, you ni dah kenapa baling-baling mangkuk tu?? Taknak makan, cakap lah!" tengking Fyka sambil menolak tubuh lumpuh Hafeez.
"Aku cakap, aku taknak makan! Kau tak faham bahasa ke ha?? Pergi! Pergi! Berhambus!!" tengking Hafeez pula. Mama datang ke bilik mereka dengan wajah cemas.
"Ni kenapa ni? Ya Allah.. Hafeez? Kamu tak nak makan ke?" tanya Mama. Hafeez mengelengkan wajahnya. Wajahnya nak menangis.
"Taknak! Hafeez nak Meen, nak Meen!!" jerit Hafeez. Fyka di sebelahnya geram.
"Hey, you ingat perempuan tu nak ke jaga tubuh you yang cacat ni?" perli Fyka.
"Fyka! Jangan biadap! Hafeez suami kamu!"
"Suami apa kalau i pun, dia tak hiraukan?"
"Kamu tu, jaga la Hafeez elok-elok. Jangan nak menengking sahaja!" marah Mama. Fyka mula rimas.
"Mama nak jaga dia, jaga! I malas nak jaga! Menyusahkan! Aku pun ada juga kerja aku! Nak menghadap dia je!" Fyka terus keluar. Hafeez mengetap bibirnya. Saat ini sungguh dia mahukan Yasmeen. Dia amat benci pada Fyka.
"Ini semua salah mama dengan papa! Kalau tak dah lama Hafeez ceraikan dia!" Mama memeluk tubuh Hafeez.
"Sabar lah sayang.." Hafeez menangis. Mama ikut menangis. Dia akan cuba cari Yasmeen. Sudah sebulan anaknya seperti ini.
Tapi di mana? Sebab dia sudah tidak berhubung dengan keluarga Yasmeen lagi sejak kejadian yang berlaku antara Yasmeen dan arwah Ayda.
*****
Yasmeen merenung ke luar jendela. Entah kenapa sejak akhir ni, kerap kali dia termimpikan Hafeez. Mungkin dia rindu. Tiba-tiba air matanya tumpah. Betul, dia rindu sangat akan suaminya dan juga anak tirinya itu.
"Meen." tegur ibu.
"Ibu.."
"Kamu bila nak balik jumpa Hafeez?" Yasmeen mengerutkan dahinya.
"Aik, halau nampak?" usik Yasmeen.
"Isk bukan halau. Tapi awak tu, still isteri dia. Berdosa tau tinggalkan suami."
"Biarlah ibu.. dia dah bahagia dengan bini baru dia..." Yasmeen terdiam.
"Ibu.. adakah ini balasan Meen sebab rampas abang Hafeez dari Kak Ayda?" Ibu mengelengkan wajahnya.
"Sudah takdir hidup Meen macam ni.. Siapa kita nak pertikaikan.. Meen kena redha.. mungkin ditakdirkan, Meen hidup bermadu. Meen kena terima dengan tabah." nasihat Ibu. Yasmeen terdiam.
Ye betul kata ibu, mungkin memang ditakdirkan jodoh Hafeez bersamanya dan Fyka. Dia kena terima dengan lapang dada walau hatinya sakit.
"Tapi, Hafeez tak cari Meen.." ibu mengeluh.
"Ibu mintak maaf sebab rahsiakan daripada Meen. Ibu dapat tahu 3 hari lepas daripada adik." wajah Yasmeen berubah. Dadanya berdebar.
"Ke- kenapa ibu?"
"Hari tu adik nampak family Hafeez kat hospital. Adik tegur diorang. Lepastu family mertua Meen cakap, Hafeez ada buat checkup. Adik tanya sebab apa? Rupanya dah sebulan Hafeez eksident. Dia.. Dia lumpuh." bagai nak tercabut jantung Yasmeen mendengarkan itu. Dia menekup mulutnya.
"Ya Allah.. abang..."
******
Hafeez membuka matanya apabila mama memanggil namanya. Dia terpisat-pisat sambil menggosok matanya.
YOU ARE READING
Yang Kedua
Romance(COMPLETE) ✓ Kali pertama melihat wajah lelaki itu, hati Yasmeen tekad untuk memiliki lelaki itu, walaupun lelaki itu telah mempunyai dua permata hati, iaitu isteri dan seorang anak lelaki. Berjayakah Yasmeen memiliki lelaki itu? Abang ada sayang je...