22

2.7K 104 7
                                    

Yasmeen mengemas bajunya bersama baju-baju anak dan suaminya. Dia teruja nak bercuti dengan suaminya dan anaknya dan dengan pelajar-pelajar suaminya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

"Assalammualaikum Meen, Meen tengah siap-siap ke tu?" tanya suara itu di corong telefon. Yasmeen tersenyum.

"Haah Kak Milah. Tadika macam mana? Okey?" tanya Yasmeen.

"Okey je. Meen tu, dah sebulan tak masuk mengajar. Anak-anak murid rindu lah." Yasmeen memuncung. Dia pun rindukan anak muridnya itu.

"Meen tak pasti bila boleh mengajar balik. Alah Kak Milah jaga la dulu tadika tu. Jadi bos." usik Yasmeen.

"Ish taknak lah akak." Yasmeen tergelak.

"Dont worry kak. Nanti adik Yasmeen tolong tengokkan. Akak pun tolonglah tengokkan dulu. Insyaallah lagi 2,3 bulan Meen mengajar balik." selepas Meen diceraikan oleh abang Hafeez. Tetapi Yasmeen hanya mampu bercakap dalam hati.

"Meen, dah sudah ke?" tiba-tiba Hafeez masuk ke bilik bertanya kepadanya.

"Ha, okey la Kak. Saya dah nak pergi dah. Kirim salam semua.. Terutama sekali dekat Farish hehe." kata Yasmeen sambil ketawa. Selepas itu dia mematikan telefonnya. Matanya mendongak memandang Hafeez. Hafeez memandangnya dengan tajam. Yasmeen pelik.

"Kenapa abang pandang saya macam tu?" Hafeez berpeluk tubuh.

"Siapa Farish yang awak cakap tu?" Yasmeen mengerutkan dahinya. Farish? Scandal kecil dia tu? Yasmeen tersenyum lebar.

"Ouh Farish. Dia tu scandal saya." kata Yasmeen lalu menarik bagasi ke luar bilik. Mata Hafeez membulat.

"What? Scandal awak??" dia menghalang Yasmeen daripada keluar.

"Apa abang ni? Tepilah!"

"Berani ye awak pasang scandal belakang saya??" marah Hafeez. Yasmeen memandang Hafeez dengan gerun.

"Ap-apa abang ni-" Yasmeen terundur ke belakang apabila Hafeez menolak Yasmeen dengan tubuhnya.

"Suami kau, kau tak nak layan. Ada hati nak pasang scandal?" berubah terus wajah Yasmeen apabila Hafeez sudah bertukar panggilan. Okey, ni marah betul ni!

"Abang! Abang dah salah faham!" kata Yasmeen dengan wajah pucat.

"Bagitahu aku sekarang apa yang salah faham? Sebelum aku-" tak sempat Hafeez menyudahkan ayatnya Yasmeen terus memotong.

"Farish tu scandal kecil saya la! Dia tu baru umur 5 tahun! Dia tu suka panggil saya scandal dia..Tu je!" kata Yasmeen dengan laju.

Pergerakkan Hafeez terus terhenti. Dia menjauh dari Yasmeen, wajahnya nampak tergamam lalu keluar dari bilik itu. Yasmeen menarik nafas lega.

"Pelik-pelik je la dia ni! Tapi.. kenapa dia nak marah? Kan kitorang dah nak bercerai?? Ah serabut!" Yasmeen mengambil bagasi lalu keluar dari biliknya.

Lepas kejadian tadi, Hafeez hanya membisu di dalam kereta. Wajahnya nampak merah. Tak tahu lah, merah sebab malu atau merah sebab tahan marah. Hanya kedengaran suara Yasmeen sahaja melayan anak-anak.

Sampai destinasi, Yasmeen dan anak-anak teruja melihat pemandangan di hadapan mereka. Pantai! Mereka keluar daripada kereta tersebut.

Sedang Yasmeen dan anak anaknya teruja melihat pantai tiba-tiba terdengar jeritan perempuan memanggil nama Hafeez.

Yasmeen menoleh. Dia nampak seorang perempuan berpakaian seksi menghampiri suaminya. Matanya membulat melihat perempuan itu memeluk suaminya.

Hatinya sakit!

"Eh apa you ni? I dah cakap kan, jangan sentuh i! I tak suka la!" rungut Hafeez. Matanya ke arah Yasmeen. Dia tahu Yasmeen nampak, tapi Yasmeen hanya pura-pura tidak nampak.

"Alah, takde orang nampak pun." kata Fyka. Dia memandang sekeliling. Matanya ternampak Yasmeen. Dia senyum sinis.

"Opss i tak tahu pula ada bini you, dia nampak ke? Oh my god!" Fyka pura-pura terkejut.

"Tolonglah jangan buat perangai kat sini!" tegas Hafeez. Fyka hanya tersenyum-senyum.

"You nampak kacak, sayang harini. Auch hati i tergolek." puji Fyka melambung. Apa taknya, Hafeez nampak kacak berpakaian t-shirt hitam dan seluar tracksuit hitam.

Macam tak sangka lelaki itu dah kahwin dan mempunyai dua anak. Kembang la juga Hafeez bila ada orang puji dia.

*******

Hari ni mereka duduk dalam chalet je merehatkan badan sebelum memulakam aktiviti untuk malam ini.

"Malam ni kita ada aktiviti apa ea, abang?" tanya Yasmeen.

"Makan-makan je."

"Ouh makan-makan. Bbq ke? Ishh, tak sabarnya..Nak Meen tolong apa nanti?" Hafeez tersenyum melihat wajah teruja Yasmeen.

"Petang nanti awak tolong lah buatkan air ke, perap ayam ke. Yang lelaki nanti tolong set up kan barang untuk bbq nanti." Yasmeen hanya terangguk-angguk. Dia mengerutkan dahi apabila teringatkan perempuan tadi.

"Yang perempuan gedik tadi tu siapa?" tanya Yasmeen dengan selamba. Tersengih Hafeez apabila Yasmeen memanggil Fyka perempuan gedik. Benda memang betul kan.

"Ouh dia tu kawan saya..Pensyarah juga. Nama dia Fyka. " Yasmeen mengetap bibirnya. Ouh itu la Fyka, kekasih hati dia? Sungguh hati Yasmeen waktu tu hancur!

"Ouh sama subjek dengan awak?"

"Nope. Dia subjek Account." Yasmeen mencebik.

"Kenapa dia ikut sekali? Tak suka lah. Dah la gedik." 'tak suka dia mengedik dengan laki aku!' Hafeez ketawa kecil.

"Kenapa? Awak jeles ea?" Yasmeen mencebik lagi.

"Nak buat apa jeles? Kita kan dah nak bercerai." terus diam Hafeez. Sentap. Muka dia pun nampak muram.

Yang Kedua Where stories live. Discover now