12

2.8K 109 6
                                    

Wajah Ayda menunduk menunggu khabar berita suaminya itu dari ICU. Tangannya mengeletar. Kalaulah dia tidak berlari di tengah jalan, sudah tentu suaminya tidak mengalami kemalangan sampai masuk ICU!

"Kak.. kak Ayda.." Ayda tersentak apabila mendengar suara itu. Lantas dia mendongak. Nafasnya turun naik menahan marah memandang wajah itu.

"Kau buat apa kat sini ha, betina??" jerit Ayda. Mama dan papa yang baru sampai menenangkannya.

"Ayda kenapa ni bising-bising? Kat hospital ni kan.." tegur mama Hafeez.

"Betina ni buat apa kat sini?? Suruh dia balik!! Ayda benci dia!!" jarinya dituding pada tubuh Yasmeen. Sungguh dia benci pada wanita itu saat ini.

"Bawak bersabar Ayda, dia isteri Hafeez juga..." ujar mama dengan serba salah. Ayda merengus geram.

"No, Hafeez takde isteri lain!! Ayda seorang je isteri Hafeez. Kau keluar la betina!!" halau Ayda. Yasmeen yang sedih dihalau oleh Ayda, mula menangis teresak esak.

"Meen, balik lah dulu...." kata papa. Yasmeen hanya mengangguk lemah. Ya Allah, semoga abang selamat... doanya. Dengan longlai, dia meninggalkan hospital itu.

*******

Pagi itu, Yasmeen datang lagi ke hospital mahu tahu keadaan suaminya walaupun dia tahu, Ayda akan menghalaunya lagi. Kali ini, dia tak kira, dia nak juga jumpa suaminya itu!

"Kau datang lagi eh, betina?" tengking Ayda dengan kasar. Dia memandang benci wajah wanita itu. Yasmeen hanya menunjukkan wajah tenang.

"Saya ada nama. Nama saya, Yasmeen. Hafeez tu suami saya juga!" ujar Yasmeen tanpa getar.

"Kurang ajar!" Ayda mahu menampar wajah Yasmeen, tetapi tidak jadi apabila doktor baru keluar dari ICU. Bergegas dia berjalan ke arah doktor.

"Doktor! Macam mana dengan suami saya??" tanya Ayda. Wajahnya cemas.

"Alhamdulillah, suami puan selamat. Puan boleh tengok suami puan. Dia dah sedar. Tapi jangan ramai-ramai ye." Yasmeen dan Ayda merasa lega.

"Alhamdulillah.. saya jumpa suami saya dulu!" Ayda terus masuk ke dalam ward. Yasmeen di belakangnya, juga mengekori Ayda.

Yasmeen masuk ke dalam ward tersebut. Sayu hatinya melihat keadaan suaminya itu.

"Abang... Ayda datang abang..." Ayda mengenggam erat tangan Hafeez.

"Abang..." Yasmeen mahu memegang tangan Hafeez tetapi Ayda memarahinya.

"Jangan sentuh suami aku!" Yasmeen mahu membentak.

"Dia sua..."

"Awak berdua siapa?"

Mereka berdua tersentak. Mereka memandang wajah Hafeez. Hafeez memadang mereka dengan wajah tanda tanya.

"Abang.. ni Ayda.. isteri abang.. abang..abang tak ingat??" ujar Ayda dengan nada bergetar.

Jantung Yasmeen berasa berdebar-debar. Bagai nak pecah dadanya apabila Hafeez tidak mengingati mereka.

"Tak.. saya.. saya tak ingat..." Hafeez memegang kepalanya.

"Its okey, abang.. abang rehat dulu.." Yasmeen di sebelah Hafeez hanya diam. Tiba-tiba Hafeez memandangnya.

"Awak pula siapa?"

"Sa-" baru sahaja Yasmeen mahu memberitahu siapa dia, Ayda menyampuk.

"Dia tu sepupu abang." Yasmeen terus memandang wajah Ayda dengan rasa tidak puas hati. Mata Ayda mencerlung tajam. Yasmeen mengeluh.

"Ya..sa-saya sepupu awak." Tergagap Yasmeen mengiakan dengan senyuman hambar.

"Okey.." Hafeez memejamkan matanya.




*********





Yasmeen menangis teresak-esak. Dadanya ditekap kuat. Sungguh dia tak sanggup sebenarnya untuk buat semua itu! Dia teringatkan perbualannya bersama Ayda.

"Aku nak kau tinggalkan Hafeez."

"No! Dia suami saya!" Mata Yasmeen membulat. Kepalanya digeleng laju. Ayda memandang tajam ke arah Meen.

"Kau ni tak paham bahasa ke ha? Tinggalkan jela dia! Lagipun dia percaya kau tu sepupu dia."

"Tak-tak.. saya takkan tinggalkan dia." Yasmeen mula menangis teresak-esak. Dia cintakan Hafeez! Dia takkan tinggalkan Hafeez!

"Hey perampas!! Kau sedar tak kau tu perampas! Sekarang ni, hanya aku je isteri dia! Bukan kau atau sesiapa! Kau boleh berambus!" tengking Ayda.

Yasmeen terus menangis, dia memegang tangan Ayda meminta simpati. Tetapi Ayda menepis.

"Tolonglah kak, saya merayu pada akak. Saya cintakan abang Hafeez sangat-sangat. Lagipun, Sa-saya mengandungkan anak abang Hafeez. Tolong jangan pisahkan anak saya dengan abang Hafeez. Anak ni, anak dia juga.."

Ayda memandang Yasmeen dengan perasaan bercampur baur.

"Kau mengandungkan anak dia?? Aku peduli apa?? Aku kata berambus, berambus!! Jangan cuba-cuba jumpa Hafeez lagi! Berambus!!!" Ayda teruz meninggalkan Yasmeen. Yasmeen menangis menahan rasa sakit. Dia tidak sanggup!

Yang Kedua Where stories live. Discover now