Pang!!
Mengigil tangan perempuan itu selepas menampar pipi lelaki di hadapannya.
"Apa kau ni ha? Lempang-lempang aku?? Kurang ajar!" Lelaki itu memandang orang-orang di sekeliling mereka. Semua memandang mereka dengan pandangan pelik, mengejek dan kasihan.
"Bukan setakat lempang je aku buat kat kau! Silap-silap aku kejar kau dengan parang! Nasib baik Icha tak kasik bawa!" jerit perempuan itu. Perempuan yang bertudung coklat di sebelahnya menarik-narik tangan perempuan mengamuk itu dengan muka serba salah.
"Balik! Aku kata balik! Tak malu ke ha jerit-jerit depan orang ramai??"
"Ouh malu? Biar lah! Biar semua orang tahu, yang kau suami tak guna, abang ipar tak guna! Kau sanggup, rogol adik aku???" mendengarkan itu, mata lelaki itu membesar termasuk orang di sekeliling mereka.
Perempuan yang bertudung coklat itu mula menekup mukanya sambil menangis teresak-esak.
"Baby, jom lah kita pergi tempat lain." ajak Hafeez. Dari tadi mereka menyaksikan drama tersebut. Ternganga Yasmeen melihat drama tersebut.
"Ishh sabar lah abang, Meen nak tengok lagi! Apa jadi dengan diorang." dia menepis tangan Hafeez. Hafeez mengelengkan kepalanya.
"Dah, baby jom!" lantas Hafeez menarik tangan Yasmeen. Yasmeen merengus tidak puas hati.
"Abang ni!" Yasmeen memandang Hafeez dengan tidak puas hati. Hafeez terus menarik tangan Yasmeen dan anak-anaknya.
______
"Meen? Asal termenung ni?" Hafeez duduk di sebelah Yasmeen yang sedang termenung. Anak-anak mereka pula sedang bermain.
"Hm, agak-agak apa nasib diorang yang tadi tu?" tanya Yasmeen dengan wajah muram. Hafeez mengelengkan wajahnya.
"Apa la baby ni.. kenapa nak tahu hal orang tu? Lagipun isteri dia tak patut malukan suami dia depan orang ramai tadi." ujar Hafeez. Yasmeen mencebik.
"Apa pula tak patut? Memang patut pun. Kurang ajar betul! Ada ke patut rogol adik ipar dia sendiri? Dia gila ke apa? Laki macam tu patut buang dalam laut je!" kata Yasmeen. Wajahnya merah menahan marah.
"Kesian adik ipar perempuan tu..." Yasmeen mengeluh.
"Dah la Meen, tak perlu tahu pasal dorang. Kita doakan diaorang baik-baik je. Diaorang bukan ada kena mengena dengan awak pun." ujar Hafeez acuh tak acuh. Yasmeen hanya buat muka. Selepas itu dia memegang tangan Hafeez.
"Abang, cerita la lagi pasal Fyka tu, bekas isteri abang tu?"
"Cerita apa lagi baby? Abang memang tak boleh nak sayangkan dia, nak cintakan dia macam abang sayang dan cintakan Meen." Yasmeen hanya terangguk-angguk.
"Yelah Meen tahu, tapi mustahil la abang tak nak dia." katanya dengan matanya dijulingkan. Hafeez memandang Yasmeen dengan pandangan hairan.
"Apa maksud Meen?"
"Yelah, takkan dia tak goda abang?" ujarnya dengan bibir dijuihkan. Jeles la tu.
Memang la jeles. Hari-hari dia fikir tentang itu bila Hafeez tak balik rumahnya. Hafeez ketawa lucu sehingga Yasmeen menepuk kuat bahunya.
"Tak lawak okey!" Yasmeen memeluk tubuhnya.
"Haha. Baby.. of course la dia selalu goda abang.. tapi, abang ingat baby. Abang taknak rosakkan dia walaupun abang tahu abang ada hak." Yasmeen tersenyum nipis.
********
"Abang memang tak sayangkan Fyka kan?" tanya Fyka perlahan. Ketika itu, mereka duduk bersantai sambil menonton tv.
YOU ARE READING
Yang Kedua
Romance(COMPLETE) ✓ Kali pertama melihat wajah lelaki itu, hati Yasmeen tekad untuk memiliki lelaki itu, walaupun lelaki itu telah mempunyai dua permata hati, iaitu isteri dan seorang anak lelaki. Berjayakah Yasmeen memiliki lelaki itu? Abang ada sayang je...