13

2.7K 115 12
                                    

Sebulan berlalu, Yasmeen mendapat tahu bahawa Hafeez sudah pulih dari kecederaannya, daripada mama mertuanya. Dia bersyukur, mama mertuanya sudi menyampaikan berita itu padanya.

Hafeez sudah sihat, cuma dia mengalami amnesia sementara. Dia  tidak mengingati isterinya yang kedua.

Pagi itu, Yasmeen datang ke kolej suaminya itu. Sungguh dia tidak dapat menahan rasa rindu nya pada Hafeez.

"Eh Meen, lama dah tunggu?" tanya Hafeez. Dia sudah maklum dari isterinya, yang Yasmeen mahu bertemunya, sebelum Yasmeen pulang ke kampung.

"Tak lama pun.." kata Yasmeen. Dia menahan rasa sebak melihat wajah suaminya itu.

"Ada apa nak jumpa abang ni? Kejap lagi abang nak lunch dengan isteri abang." kata Hafeez sambil tersenyum manis. Yasmeen menunduk. Sungguh dia tak kuat melihat senyuman manis suaminya itu.

"Ouh ya, btw, Meen pregnant ke? Hari tu Meen datang, tak nampak pula perut besar?" tanya Hafeez. Matanya terhala ke perut Yasmeen. Yasmeen tersenyum sambil menyentuh perutnya.

"Ya, Meen pregnant." ujar Yasmeen, dia menatap matanya suaminya dengan lama.

"Ouh yeke. Siapa suami Meen? Erk abang tak ingatlah..." Hafeez tersengih dengan riak wajah serba salah. Yasmeen hanya tersenyum.

"Dia kerja jauh..abang..." selepas itu, dia terus mencapai tangan Hafeez. Hafeez terpaku. Lantas Hafeez menarik tangannya dengan perlahan sambil tersenyum hambar. Yasmeen menghela nafasnya dengan berat.

"Halal kan makan minum Meen, lepasni Meen dah tak jumpa abang dah." kata Yasmeen dengan mata yang berkaca.

"Haa??" mata Hafeez terkebil-kebil. Dia tak faham maksud Yasmeen. Yasmeen tersenyum.

"Takpelah, itu je Meen nak cakap. Abang jaga diri ye. Meen pergi dulu."

"Ouh .. okey..." Yasmeen terus berlalu dari situ. Dadanya begitu sakit. Selamat tinggal suamiku... Kesian anak mama tak dapat jumpa papa...

Dia terpaksa tinggalkan Hafeez. Demi kebahagian Hafeez.


















































































































2 tahun berlalu.

"Khaleef! Cuba jangan kacau abang tu, abang tu nak buat kerja sekolah." tegur Yasmeen, apabila melihat anak kecilnya itu menganggu anak muridnya.

"Ala biarlah.. Khal nak kawan dengan titew..." ujar anak muridnya itu.

"Haip, pergi buat kerja yang cikgu Milah suruh tu." kata Yasmeen. Anak muridnya hanya tersengih. Dia menyambung menulis.

"Meen, kak Milah nak mintak cuti besok, boleh tak?" tanya Kak Milah.

"Boleh je kak.." kata Yasmeen sambil tersenyum manis.

"Okey." Yasmeen memandang wajah Khaleef, dia teringatkan ketika dia memberitahu pada Kak Milah, yang dia sedang mengandung. Memang Kak Milah terkejut. Yelah, kahwin tak jemput, tiba-tiba dapat tahu Yasmeen sedang mengandung. Dia teringat perbualannya bersama Kak Milah.

"Kak Milah.."

"Ye Meen?"

"Saya nak beritahu akak sesuatu.."

"Apa dia?"

Yasmeen memandang perutnya yang sedikit membuncit. Mata Kak Milah terarah ke perut Yasmeen.

"Hmm, akak nak tanya Meen, Meen mengandung ke?" tanya Kak Milah dengan wajah serba salah. Yasmeen hanya tersenyum seraya menganggukkan kepalanya. Kak Milah terkejut.

"A-anak siapa?"

"Meen dah kahwin. Ni anak Meen dengan Hafeez." ujar Yasmeen. Kak Milah mengerlipkan matanya. Masih belum mencerna dengan apa yang Yasmeen beritahunya.

"Kah-kahwin? Bila Meen kahwin? Akak tak tahu pun??" Yasmeen tampak serba salah.

"Sorry, Meen buat kecil-kecilan je. Tak jemput ramai orang..." Kak Milah hanya mengangguk faham. Yasmeen lega melihat respons Kak Milah.

"Siapa suami Meen? Akak kenal ke? Meen cakap tadi, namanya Hafeez ya? Dia kerja apa?"

"Dia.. Dia suami orang kak..." ujar Yasmeen. Matanya memandang perutnya. Kak Milah membulatkan matanya.

"Srs...la?"

"Ye, Hafeez tu ayah kepada Ayman, anak murid kita." makin membulat mata Kak Milah mendengarkan itu.

"Jadi, yang aku nampak hari tu? Betul la?" gumamnya. Yasmeen hanya tersenyum kecil.

"Kitorang dah berpisah dah.."

"Apa? Dalam keadaan Meen pregnant macam ni??" Kak Milah mengelengkan kepalanya.

"Takde jodoh.." ujar Yasmeen dengan nada yang bergetar. Kak Milah hanya mengeluh.

"Ma..Mama.." lamunan Yasmeen tersentak apabila Khaleef memanggilnya namanya. Dia tersenyum memandang wajah comel Khaleef. Hmm, macam muka ayahnya juga. Sejibik.

"Ye sayang, sayang nak apa? Nak susu ya?" Yasmeen mengusap sayang rambut Khaleef. Khaleef menepek pipinya ke dada Yasmeen.

"Pa-pa..." tiba-tiba jantung Yasmeen berdegup kencang.

"Nak papa." ujar Khaleef lagi. Yasmeen mencium dahi Khaleef. Tubir matanya bergenang.

"Nanti kita jumpa papa ye." resah mengingatkan itu. Hafeez. Dapat ke dia terima hakikat, yang Khaleef ni anak kandung dia juga?

Yang Kedua Where stories live. Discover now