Yasmeen menolak tubuh Hafeez dengan kasar. Hafeez tersentak. Yasmeen duduk di sofa dengan wajah masam.
"Apa ni abang? Adik? Adik apa ni? Jangan buat Meen macam ni boleh tak?" rungut Yasmeen. Hafeez mengeluh kecil.
"Sorry la buat awak tak selesa. Saya saja je nak kenakan awak. Saya masuk dululah." ujar Hafeez lagi. Kakinya melangkah ke arah tangga.
"Abang." langkah Hafeez terhenti apabila Yasmeen memanggilnya. Dia memandang Yasmeen. Air liurnya di telan.
"Abang yakin nak ceraikan Meen?" Yasmeen menyelak baju haramnya sampai tubuhnya terdedah. Spontan Hafeez memusingkan tubuhnya. Tak sanggup melihat tubuh seksi isterinya itu. Dia memejamkan matanya.
"Ya, saya akan ceraikan awak." setelah itu, secepat kilat langkah nya ke arah tangga.
Yasmeen mengeluh. Bajunya ditarik kasar. Dia meraup mukanya.
"Ingatkan dah tarik baju, dia tak tahan, rupanya.. haihh..." dia terus masuk ke bilik anaknya.
________
Yasmeen mengusap rambut Ayman dan Khaleef dengan penuh kasih sayang. Ayman bergerak sedikit, lepastu matanya terbuka.
"Mama.. mama tak tidur lagi?" tanya Ayman dengan mata yang kuyu. Yasmeen hanya tersenyum.
"Kejap lagi mama tidur, tidur la sayang.." Yasmeen menepuk perlahan bahu Ayman. Tak lama selepas itu, Ayman tertidur.
Yasmeen menarik nafasnya. Dia memandang wajah Ayman dan Khaleef bersilih ganti.
"Ya Allah, aku tak nak bercerai dengan abang Hafeez. Ya Allah, aku sayang abang Hafeez, aku cintakan dia. Aku sayang anak-anak aku. Jangan lah pisahkan kami semua Ya Allah." air mata yang perlahan turun di pipi, disekanya. Dia berbaring di sebelah Khaleef, lalu dia tertidur. Tanpa sedar Hafeez memerhatinya. Dia menarik nafas dengan berat. Selepas itu, pintu tersebut ditutup.
_____
"Fyka, serius la apa yang you nak buat ni?" tanya lelaki di sebelah Fyka. Fyka yang sedang menikmati muzik club memandang wajah kacak lelaki itu. Dia menarik senyuman sinis.
"I serius." minuman kekuningan keemasan itu dia teguk dengan laju. Lantas lelaki itu menarik gelas itu dengan kasar. Mata Fyka mencerun.
"Jangan minum banyak lagi. You tu esok ada class." kata lelaki itu. Fyka hanya merengus kasar. Dia memerhatikan sekeliling. Mencari seseorang. Dia memandang lelaki di sebelahnya kembali.
"Luth, ada nampak Hafeez?" tanyanya seraya matanya melilau mencari kelibat lelaki itu. Hujung bibir Luth terjungkit sinis.
"Kenapa? Rindu dia ke?"
"Of course lah. I akan dapatkan dia." kata Fyka dengan yakin.
"You betul-betul nakkan dia atau you saja je nak kena kan dia?" Fyka tersengih.
"Macam yang i cerita kat you tu lah. I akan balas perbuatan isterinya itu." katanya dengan wajah pyscho. Luthfi mencebik.
"Whatever."
Fyka hanya tersenyum sinis. Dari jauh dia nampak Hafeez berjalan masuk ke kelab tersebut. Dia tersenyum teruja.
"He coming!" jerit Fyka, lantas dia menuju ke arah Hafeez. Luthfi di sebelahnya hanya mengeluh.
"Hai sayang, i rindukan you!" Fyka mengusap dada Hafeez. Hafeez menarik tangan Fyka. Terus panjang muncung Fyka.
"I datang sebab nak hilangkan stress i je." kata Hafeez. Fyka tersenyum penuh makna. Dia duduk di sebelah Hafeez.
"Pasal isteri you?" Fyka serkap jarang. Hafeez hanya terdiam. Melihat Hafeez hanya diam, dia menghulur secawan arak kepada Hafeez.
Mata Hafeez membulat.
"You gila?"
"Minum jelah. Hilangkan rasa stress you tu." pujuk Fyka. Hafeez mengeleng.
"I takkan minum air kencing syaitan." Fyka mencebik.
"You dah masuk tempat setan, why not you try sekali? Please, sekali je Hafeez. Minum ni dapat hilangkan you punya stress." pujuk Fyka lagi dengan senyuman menggoda. Namun Hafeez tetap mengeleng tak nak. Fyka geram.
"Ok fine. Dasar jantan takde telor." Membulat terus mata Hafeez.
"Apa you cakap?"
"Kenapa? Dah betul kan i cakap? Penakut. Tak nak cuba rasa. Bukannya i suruh you pergi minum sebotol pun." perli Fyka dengan sinis. Hafeez mengetap bibirnya. Dengan rakus dia minum arak tersebut. Fyka hanya tersenyum puas.
******
Yasmeen berlari laju ke arah pintu rumah. Bagai nak pecah pintu tersebut apabila Hafeez terus menerus mengetuk pintu tersebut.
"Sabarlah! Iskk!" Yasmeen membuka pintu tersebut, sebaik sahaja terbuka matanya membulat melihat keadaan tidak terurus pada tubuh Hafeez. Deria baunya menangkap bau yang tidak menyenangkan.
"Bau apa ni? Eww yuks! Abang! Abang minum arak ke ha??" jerkah Yasmeen. Langkah Hafeez terhuyung-hayang.
"Hey, kau jangan nak jerkah-jerkah aku. Aku ni suami kau!" tengking Hafeez mula. Mukanya high. Yasmeen memandang wajah Hafeez dengan geram.
"Apa abang buat ni? Kenapa abang minum arak haa??" marah Yasmeen. Tubir matanya mula bergenang. Terasa gagal menjadi isteri Hafeez.
"Diam lah, kau tak perlu tahu." dia duduk bersandar di sofa. Matanya terpejam.
"Abang memang melampau! Abang dah tak ingat tuhan ke? Dah tak ingat dosa?" Mata Hafeez terbuka. Wajahnya garang.
"Kau tak payah sibuk dengan dosa aku!" dia bangun dari duduknya. Hafeez memicit kepalanya seraya itu memandang tubuh Meen. Selepas itu dia ketawa besar.
"You want me? You are so sexy tonight." ujar Hafeez dengan pandangan ghairah. Yasmeen terkelu. Terlupa pula dia harini pakai baju haram tu.
Hafeez menghampiri Yasmeen dengan terhuyung hanyang. Pandangan penuh nafsu terhadap Yasmeen. Sesekali dia menjilat bibirnya.
"Abang jangan dekat dengan Meen!" marah Meen seraya mengundur dirinya. Hafeez hanya tersenyum sinis dan mendekati Yasmeen. Baru sahaja dia ingin memeluk Yasmeen, dia termuntah di baju Yasmeen.
"Abang!!" teriak Yasmeen sambil menunjuk wajah geli. Muntah Hafeez dekat baju dia!
Hafeez pula sudah jatuh pengsan!
YOU ARE READING
Yang Kedua
Romance(COMPLETE) ✓ Kali pertama melihat wajah lelaki itu, hati Yasmeen tekad untuk memiliki lelaki itu, walaupun lelaki itu telah mempunyai dua permata hati, iaitu isteri dan seorang anak lelaki. Berjayakah Yasmeen memiliki lelaki itu? Abang ada sayang je...