16

2.7K 127 2
                                    

Sebulan sudah Yasmeen tinggal bersama Hafeez tetapi hidup mereka tetap sama. Biasa je. Tiada gurau senda atau bermanja.

Hafeez selalu keluar pergi kerja awal , balik pulak sentiasa lambat. Yasmeen hanya diam sahaja, dia tahu dia hanya menumpang sahaja rumah itu.

"Sayang, kenapa menangis ni?" tanya Yasmeen apabila terdengar Khaleef menangis. Khaleef menangis teresak manakala Ayman kelihatan takut-takut.

"Ayman? Kenapa Khaleef menangis? Sayang.. dah jangan menangis.." pujuk Yasmeen.

"Nak menan...." kata Khaleef. Yasmeen nampak Ayman memegang mainan yang Khaleef mahukan.

"Ayman sayang.. bagi Khaleef main boleh?" Ayman terkebil-kebil, selepas itu dia memberi mainan tersebut kepada Khaleef. Tetapi dia hanya mencampak sahaja. Wajah Khaleef terus ceria.

"Ayman, jangan lah baling-baling macam tu, cuba bagi baik-baik.." tegur Yasmeen. Ayman menunduk.

"Ayman!" tiba tiba Hafeez memanggil Ayman. Suaranya tegas.

"Ni kenapa bagi mainan kat adik main campak je? Kalau kena kepala adik macam mana?" tegur Hafeez. Wajahnya nampak tegang.

"Mana ada Ayman baling!" kata Ayman dengan suara yang tinggi. Wajahnya nampak marah.

"Ha tengok tu, tinggikan suara tu? Ni papa tau! Bukannya cakap dengan kawan-kawan!" marah Hafeez. Ayman bengang, dia ke biliknya dengan kaki sengaja menghentak lantai.

"Hentak-hentak! Potong kaki tu karang!" marah Hafeez, setelah itu terdengar bunyi pintu tertutup kuat.

"Abang.. jangan lah marah Ayman tu.." Hafeez menjeling ke arah Yasmeen.

"Awak tu, jangan berlembut sangat dengan Ayman tu. Besar kepala budak tu kang!" ujar Hafeez dengan nada mendatar. Bergegas Hafeez mendukung Khaleef. Dia mengacah-acah si kecil itu sehingga si kecil itu tertawa riang.

Yasmeen yang melihat situasi itu hanya tersenyum. Dia bersyukur kerana Hafeez dapat menerima Khaleef itu anaknya.

*****


Yasmeen membuka pintu bilik Ayman. Kelihatan Ayman sedang duduk di birai katil sambil memeluk erat tubuhnya. Wajahnya muram. Segera Yasmeen ke arah Ayman.

"Ayman.." Ayman memandangnya, Meen tersentak melihat wajah Ayman basah dengan air matanya. Yasmeen cuak, dia mengusap air mata Ayman.

"Kenapa ni Ayman? Ayman sedih ye, papa marah Ayman?" Ayman memalingkan wajahnya.

"Papa dah tak sayang Ayman. Papa dah ada anak baru." ujar nya dengan nada sayu. Yasmeen mengeluh. Dia memeluk tubuh Ayman.

"Bukan macam tu sayang.. Papa marah Ayman, sebab papa sayang Ayman." Ayman memandang Yasmeen dengan mata terkebil. Yasmeen tersenyum seraya mengangukkan kepalanya.

"Papa marah Ayman sebab papa nak sedarkan Ayman, yang apa Ayman buat tu salah. Ayman tak patut buat adik macam tu. Lain kali, Ayman tak boleh buat macam tu kat orang. Nanti orang tak suka. Ayman nak ke orang tak suka kat Ayman?" dengan laju Ayman mengeleng.

"Ha, jadi kalau macam tu, mulai sekarang Ayman kena belajar adab. Adab sama mama dengan papa, dengan adik, dengan orang tua, dengan semua orang di sekeliling kita. Ayman nak orang suka Ayman kan?" Ayman tersenyum sikit seraya menganggukkan kepalanya.

"Okey kalau macam tu, tak mahu menangis lagi. Eii tak malulah, awak tu lelaki. Abang lagi." usik Yasmeen. Ayman hanya tertawa kecil.

"Cikgu.. kenapa Ayman kena panggil cikgu, mama?" Yasmeen tersentak mendengar soalan Ayman.

"Ayman tak suka ke panggil cikgu, mama?" duga Yasmeen. Ayman tersenyum.

"Suka!"

"Kalau macam tu, mulai sekarang panggil cikgu, mama okey? No more cikgu lagi."

"No problem, mama!" Yasmeen tersenyum lega.

"Dah, tidur. Esok nak sekolah." Yasmeen menepuk bantal, lalu kepala Ayman direbahkan di bantal tersebut.

"Night, mama..."

"Night..." Yasmeen mengusap sayang rambut Ayman. Walaupun Ayman hanya anak tirinya, dia sangat sayangkan pada budak kecil itu. Tanpa sedar, Hafeez melihat situasi itu.

Dia menghela nafasnya. Cadangnya mahu memujuk Ayman, tetapi lain pula yang jadi. Hatinya terasa sesuatu melihat Yasmeen melayani anaknya itu.

Hafeez memejam kan matanya, seraya itu mengelengkan kepalanya.

'Ah pedulikan semua itu, tak mungkin aku pernah duakan Ayda!' lantas kakinya ke arah bilik tidurnya.

Yang Kedua Where stories live. Discover now