23

2.8K 109 5
                                    

"Baik la isteri sir Hafeez, dah lah cantik." puji pelajar perempuan Hafeez. Ketika itu mereka sedang duduk berdua di atas pangkin. Yasmeen yang baru sahaja nak ke situ tersengih.

"Kan, dulu arwah isteri sir pun baik juga. Cuma yang tu pendiam sikit. Kak Meen peramah." kata nya lagi sambil kawan kawannya mengangguk setuju.

Yasmeen tersenyum bangga. Dia melihat anak-anaknya bermain air di samping suaminya. Sedang syok melihat pemandangan tersebut, muncul pula Fyka dengan gaya tergediknya itu. Panas terus hati Yasmeen.

"Kau perasan tak, Miss Fyka tu? Gedik semacam dengan sir Hafeez? Miss Fyka suka sir ke wey?"

"Yela kot. Aku dengar cerita. Miss Fyka tu girlfriend sir Hafeez." Membulat terus mata Yasmeen.

"Srslah? Ee apa la sir ni, bini bukan main cantik, nak curang lagi?"

"Eh tapi sir tu bukan kaki curang juga ke? Sebab masa arwah isteri dia ada, kak Meen tu jadi isteri kedua dia." mereka ketawa mendengarnya. Apa entah yang lucunya!

Yasmeen menahan geram. Baru je nak happy pelajar Hafeez puji dia, sekarang ni dia rasa nak terajang sorang-sorang pelajar Hafeez dan juga Si Fyka gedik tu! Dengan geram dia melangkah laju ke arah suami dan anaknya.

Sempat dia mendengar pelajar Hafeez bersuara.

"Alamak, Kak Meen!"

Yasmeen melangkah ke arah Hafeez dan anak-anaknya. Terlihat Fyka dah Hafeez seronok saling simbah-menyimbah air pantai itu. Seronok ye simbah-simbah air sesama. Wajah Yasmeen masam.

"Ayman, Khaleef. Jom balik bilik. Hari dah nak senja. Jom sayang." ajak Yasmeen. Dia memimpin tangan anak-anaknya. Wajah Hafeez dan Fyka langsung tak dipandang.

"Saya awak taknak ajak balik ke?" tanya Hafeez. Yasmeen memandang wajah Hafeez lalu mencebik.

"Abang mandi lah dengan dugong tu sampai esok pagi." perli Yasmeen. Dia lihat wajah Fyka bertukar merah. Dia mencebik lagi. Hafeez mengerutkan dahinya.

"Dugong?"

"Eii, bini you ni kan. Kurang ajar!" marah Fyka dengan pandangan tidak puas hati. Yasmeen hanya tersenyum sinis lalu meninggalkan mereka berdua.

******

"Hani, mana sir Hafeez?" tanya Yasmeen apabila tidak nampak batang tubuh Hafeez. Fyka pun sama! Tiba-tiba dia rasa nak menangis. Mana diorang pergi?

"Sir Hafeez dekat pantai tu haa, dengan miss Fyka. Eh jap, apa diorang buat tu?" Hati Yasmeen berdegup kencang mendengarkan itu. Lantas matanya ke arah pantai, tetapi di halang oleh Hani dan kawan kawannya. Mereka tersengih-sengih.

"Takde apa kak, orang lain tu. Jom kita sambung balik buat bbq." kata Hani sambil menolak tubuh Yasmeen. Kawan kawannya hanya tersengih hambar. Yasmeen memandang tajam ke arah wajah anak murid Hafeez.

"Awak semua tak payah nak sorok apa apa dari saya. Saya tahu miss Fyka tengah memadu asmara dengan sir Hafeez korang tu." katanya dengan selamba. Hakikatnya, dia sakit hati. Dia nampak Fyka Gedik tu mengelus rambut Hafeez. Tapi Hafeez tak halang.

Wajah mereka nampak serba salah. "Akak tak marah ke?" tanya Aisyah pula. Yasmeen berpaling ke arah ayamnya dipanggang.

"Mungkin itu karma akak." terus terdiam mereka. Yasmeen tersenyum. Hakikatnya, hatinya menangis.

"So, korang kalau nak buat benda tak elok dekat orang, fikir banyak kali. Awak buat orang. Orang akan buat awak balik. Fikir baik-baik." mereka hanya menganggukkan kepala.

"Dah cepat makan..Banyak ni akak dengan hani and geng buat." kata Yasmeen sambil tersenyum. Mereka mula teruja.

"Takpe kak, kitaorang happy kan akak." seraya itu budak lelaki yang duduk di atas pasir bermain gitar menyanyikan lagu untuk Yasmeen. Rakannya yang lain mula riuh. Yasmeen terhibur.

******

Yasmeen memerhatikan Hafeez yang berwajah letih. Haih letih nampak?

"Lambat abang balik?"

"Hmm." Hafeez mengambil tuala lantas masuk ke dalam bilik air. Yasmeen merengus kasar. Entah apa la dia buat dengan Fyka sampai pukul 2 pagi balik? Resah Yasmeen.

10 minit kemudian, Hafeez keluar dari bilik air dengan bertuala di pinggang. Dia berbaring di sebelah Yasmeen.

"Abang tak pakai baju ke? Tak sejuk?" tanya Yasmeen melihat Hafeez hanya bersahaja tanpa berbaju berseluar. Dia pun berselubung menahan sejuk.

"Takpelah, nanti ada orang tolong panaskan." mendengarkan itu, Yasmeen membulatkan matanya.

"Dah tu, kenapa masuk bilik ni? Kenapa tak orang sana je yang panaskan abang?" kata Yasmeen dengan geram. Hafeez memandang Yasmeen dengan senyuman. Yasmeen pun memandang Hafeez. Mereka saling bersabung pandangan.

"Saya nak awak panas kan saya. Bukan dia." tersirap terus muka Yasmeen. Merah mukanya. Terus matanya ke arah tv yang terbuka. Hafeez ketawa kecil.

Tiba-tiba dia dapat rasakan tubuh Hafeez mendekatinya. Deruan nafas Hafeez terasa di cuping telinganya.

"Malam ni, awak nak saya tak?" Mata Yasmeen membulat. Terdengar Hafeez ketawa kecil.

"Kenapa ni? Kenapa awak kaku? Awak takut ea?" tanya Hafeez dengan suara menggoda. Yasmeen terasa perutnya disentuh oleh tangan kekar Hafeez. Mengigil tubuh Yasmeen. Dia memejamkan matanya.

"Jangan takut, saya kan berpengalaman?" kata Hafeez lagi dengan suara yang lembut. Tangannya menjalar di perut Yasmeen. Yasmeen membuka matanya. Ayat tu. Ayat tu la Hafeez pernah beritahu dia. Semasa malam pertama mereka.

Spontan dia menoleh wajah Hafeez. Dia terkejut wajah Hafeez mendekat dengan wajahnya.

Tiba-tiba bibirnya dipagut oleh Hafeez. Yasmeen terkejut. Dia menolak tubuh sasa Hafeez.

"An-anak. Anak nampak kang." Yasmeen memberi alasan. Nafasnya tersekat-sekat. Pandai betul Hafeez mengodanya hm. Hafeez memandang kedua anaknya. Mereka tidur dengan lena.

"Diorang dah lena dah Meen. Izinkan saya?" tanya Hafeez dengan suara menggoda. Yasmeen memandang wajah Hafeez. Akhirnya dia menganggukkan kepalanya.

Suami kan? Tak pasal dia tolak, malaikat laknat dia sampai subuh kalau Hafeez memberontak. Dia tak sanggup!

Yang Kedua Where stories live. Discover now