Yasmeen meletak secawan kopi di hadapan Hafeez. Hafeez pula
memerhatikan sekeliling rumah Yasmeen."Your house look nice." puji Hafeez seraya mencapai cawan menghirup kopi. Yasmeen hanya tersengih.
"Bende apa yang awak nak cakap tu?" tanya Yasmeen. Dia tahu dia gelojoh, dia tak sabar nak tahu. Hafeez meletakkan cawan di atas meja semula.
"Haa, hmmm." wajah Hafeez nampak gelisah. Yasmeen simpan senyum, dia bangun dan duduk di sebelah Hafeez. Hafeez nampak terkedu.
"Kenapa ni?" Yasmeen sengaja mengusap dada Hafeez. Hafeez merenung mata Yasmeen dengan pandangan redup.
"Haa hmm, i think..." tangan Yasmeen yang mengusap dadanya dicapai. Yasmeen mengerdipkan matanya.
"I think i like you.." ucap Hafeez. Yasmeen mengemam bibirnya.
"Really? Sekadar suka?" tanya Yasmeen sambil senyum sinis.
"Of course i love you." ucap Hafeez lagi. Yasmeen terdiam.
"Awak serius lah?" Masih tak percaya dengan kata-kata Hafeez. Hafeez hanya mengangguk. Yasmeen tersenyum lebar. Dia merangkul leher Hafeez.
"So sekarang kita??......" Yasmeen menjongketkan keningnya.
"Awak saya punya." ujar Hafeez sambil tersenyum menawan. Yasmeen tersenyum teruja. Tiba-tiba dia terasa lehernya geli dicium Hafeez. Lantas Yasmeen bangun. Hafeez terpinga.
"Kalau nak, kahwinlah dengan saya." ujar Yasmeen sambil tersenyum sinis. Hafeez terdiam.
"Awak nak kahwin dengan saya?"
"Of course." Yasmeen berpeluk tubuh.
Hafeez tersenyum.
"Kalau macam tu, tunggu saya masuk meminang awak. Btw, tolong jangan pakaian macam ni bila keluar rumah." ujar Hafeez. Wajahnya pula tiba-tiba keruh. Yasmeen tersenyum lantas dia duduk di sebelah Hafeez.
"Okey saya tak pakai pakaian ni lagi." janji Yasmeen. Dia merangkul lengan lelaki itu, seraya itu kepalanya di dada lelaki itu.
"Good girl..You're mine." kata Hafeez sambil mencium rambut Yasmeen. Yasmeen senyum puas. 'Akhirnya, dia jadi milik kau, Meen! Ouh Hafeez, i love you so much!'
"So, macam mana awak boleh tersuka kat saya ni?" tanya Yasmeen. Dia memandang wajah kacak Hafeez.
"Hm, entahlah. Maybe sebab baby cantik, sweet and pandai melayan abang." Hafeez mencuit hidung Yasmeen. Yasmeen menjongketkan keningnya.
"Baby, abang?"
"Iya? Kenapa? Baby tak suka?" Yasmeen mengeleng, sungguh dia sukakanya!
"Mestila Yasmeen suka...." Yasmeen merangkul leher Hafeez dengan manja.
"I love you, baby."
"I love you too, abang." mereka tersenyum bahagia.
________
"Hai abang.. ni apahal senyum sorang-sorang ni? Chat dengan perempuan lain ke?" tuduh Ayda. Sakit pula hati dia melihat suaminya itu tersenyum sahaja melihat telefonnya.
Sejak akhir ni, Hafeez nampak bahagia sahaja. Ayda pula makin sibuk.
"Ishh sayang ni.. abang tengah layan student abang ni.. masuk air betul.." ujar Hafeez sambil ketawa. Selepas itu dia menutup telefon lalu berbaring di sebelah Ayda.
"Goodnight sayang, i love you." ucap Hafeez sambil memeluk erat tubuh Ayda. Ayda tersenyum senang.
"Goodnight too abang, i love you too." Ayda memejamkan matanya. Hafeez membuka matanya. Kepalanya terbayangkan wajah cantik Yasmeen. 'Goodnight baby, i love you more.' seraya itu dia tersenyum lalu terlena.
*******
Petang itu, seperti biasa selepas Ayman tidur, Hafeez melepak di rumah Yasmeen.
Tetapi kali ini, Hafeez membawa Ayman sekali. Sedang mereka bergelak ketawa, tiba-tiba telefon Hafeez berbunyi.
"Siapa?"
"Ayda... hello sayang.. hah sayang dah balik? Abang.. abang kat rumah Yasmeen ni.. ha okey..." Yasmeen bangun dari pembaringannya.
"Kak Ayda cakap apa?"
Tingtong!
"Alamak Ayda dah sampai tu, cepat tukar baju pakai elok sikit!" arah Hafeez. Yasmeen terus ke bilik tetamu.
Hafeez berjalan membuka pintu rumah Yasmeen. Dadanya berdebar. Haih nasib baik aku bawa Ayman ke sini!
"Sayang..."
Muka Ayda nampak masam mencuka.
"Apa awak buat dekat rumah cikgu Yasmeen ni?"
"Haa, ni haa si Ayman ni, katanya nak jumpa cikgu dia. Tapi dia pula tidur.."
"Ehh puan Ayda. Masuklah. Maaflah, lepas mengajar Ayman, saya ke bilik dulu." ujar Yasmeen tiba-tiba. Kali ini bajunya tertutup lebih sopan daripada tadi banyak yang terdedah. Ayda memandang Yasmeen dengan curiga.
"Ajar Ayman?"
"Iya, dia kata dia tak paham subjek yang cikgu Milah ajar, tu yang dia suruh saya ajarkan." kata Yasmeen lagi. Ayda hanya mengangguk.
"Abang, jom lah balik. Bawa Ayman tu. Kami balik dulu ye." Hafeez terus mendukung Ayman yang tertidur lantas mereka keluar dari rumah. Yasmeen hanya menarik nafas lega.
**************
Ayda menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Ayman di dukungan Hafeez, diletakkan di atas sofa bersebelahan Ayda.
Hafeez perasan wajah Ayda masam mencuka.
"Sayang, mencuka je muka tu?" tanya Hafeez. Ayda menjeling. Hafeez mengerutkan dahinya.
"Lah, kenapa ni duk jeling abang, hmm?" dia memeluk bahu Ayda.
"Ayda tak suka lah abang masuk rumah cikgu Yasmeen tu." ujarnya dengan wajah yang masam. Mendengarkan itu, Hafeez menelan air liurnya.
"Lah sayang.. kan abang dah cakap tadi, Ayman nak belajar. Dia tak faham.. sayang tak percaya?"
"Tapi perlu ke abang ikut sekali masuk dalam rumah cikgu Yasmeen tu?!" matanya dibulatkan. Ayda tidak puas hati!
Hafeez mengeluh sedikit. "Okey fine, abang mintak maaf. Salah abang sebab masuk rumah cikgu Yasmeen. Tapi abang tak buat apa pun sayang.. abang teman Ayman je. Ayman yang beria suruh abang masuk sekali temankan.." Hafeez menatap wajah Ayman yang tertidur pulas. 'Maafkan papa, sayang..'
"Yelah tu!" Ayda merengus keras.
"Sayang... abang sayang Ayda seorang je, takde orang lain dah dalam hati abang ni.." ujarnya. Dia mengetap bibirnya apabila memikirkan Yasmeen.
"Betul? abang tak tipu?" wajah Ayda berubah ceria. Hafeez tersenyum buat-buat.
"Ye, abang tak tipu.."
"Ayda sayang abang.." dia memeluk tubuh Hafeez. Dia percaya dengan kata-kata Hafeez sekaligus melupakan apa yang terjadi tadi.
Hafeez hanya tersenyum sambil mengusap rambut Ayda dengan penuh kasih sayang.
'Maafkan abang sayang.. kini hati abang ada yang lain.. abang sayang Ayda dan Yasmeen... Abang bukan milik Ayda saja, tapi abang pun milik Yasmeen juga..." ujarnya dalam hati.
YOU ARE READING
Yang Kedua
Romansa(COMPLETE) ✓ Kali pertama melihat wajah lelaki itu, hati Yasmeen tekad untuk memiliki lelaki itu, walaupun lelaki itu telah mempunyai dua permata hati, iaitu isteri dan seorang anak lelaki. Berjayakah Yasmeen memiliki lelaki itu? Abang ada sayang je...