30

3.5K 119 4
                                    

Fyka termenung. Di kepalanya memikirkan macam mana dia nak pujuk Hafeez untuk kembali kepadanya.

selama 6 bulan Hafeez pergi, dia akui dia rasa sunyi dan dia tahu, dia sudah mula rindukan suaminya itu.

"Hai you, sorang je?" Fyka memandang wajah lelaki yang menegurnya. Luthfi. Fyka tersenyum sedikit.

"Hmm. Sorang." kata Fyka dengan lemah. Luthfi mengerutkan dahinya.

"Aik, monyok je you? Dah kenapa?" tanya Luthfi. Hairan dengan Fyka.

"I okey. You tu, dah lama tak datang sini?" tanya Fyka sambil kepalanya digoyangkan mengikut rentak muzik.

"I dah jarang datang sini. I nak berubah." Fyka memandang Luthfi dengan pandangan pelik, selepas itu, dia ketawa.

"Habis tu, harini kenapa datang?" Luthfi tersenyum. Wajahnya didekatkan ke telinga Fyka. Spontan dada Fyka berdebar.

"Sebab i rindu kan you."

Fyka tersenyum sinis.

"Iya la tu."

"Iya lah you." Luthfi ketawa. Entah kenapa Fyka mendengar bunyi hilaian ketawa milik lelaki itu seakan muzik yang merdu.

Cepat-cepat dia menghalau perasaan yang mula datang di hatinya untuk Luthfi.

"Ha, you kenapa tergeleng-geleng tu?"

"Nothing."

"Hm, you jom shoping? I nak beli baju untuk hari nikah adik sepupu i lah." ajak Luthfi. Fyka mengangkat keningnya.

"Eh, ajak la girlfriend you?"

"Eh, you la girlfriend i." kata Luthfi dengan selamba. Fyka terkelu. Luthfi hanya senyum tipis.

"I tunggu you kat luar." Luthfi terus pergi meninggalkan Fyka. Fyka pandang lama tubuh Luthfi. Dia tersenyum sedikit, selepas itu dia mengelengkan kepalanya.

"Enough, Fyka. Kau tu isteri orang!" lantas dia keluar mencari Luthfi.

********

Yasmeen tersenyum lebar melihat Hafeez sabar melayan anak-anaknya memilih baju. Berkat kesabaran dan doa mereka, Hafeez dah boleh berjalan. Senang hatinya dan keluarganya.

"Fuh, cerewet betul la Ayman ni..Sebijik arwah Ayda." rungut Hafeez sambil menjinjing beg plastik. Yasmeen hanya tersenyum.

Bukan dia taknak tolong carikan baju untuk Ayman, cuma entah kenapa harini dia rasa penat. Tak larat nak berjalan. Jadi Hafeez sahaja yang melayan anak-anaknya.

"Mama.. ice cream." Khaleef menunjuk ice cream baskin robin.

"Khaleef nak ice cream? Jom kita pergi makan ice cream!" ujar Yasmeen. Ayman dengan Khaleef menjerit teruja.

"Baby ni.. suka sangat bagi diorang makan ice cream." rungut Hafeez sambil memeluk pinggang Yasmeen. Yasmeen hanya tersengih.

"Sekali sekala abang." dia mencuit pipi Hafeez. Hafeez hanya ketawa senang.

"Abang!" mereka tersentak apabila seseorang memanggil Hafeez. Yasmeen terkejut melihat wajah tegang Fyka. Di sebelahnya ada lelaki kacak.

"Abang dah sihat, tapi abang tak jumpa Fyka?" perli Fyka sambil berpeluk tubuh. Hafeez hanya mencebik.

"Not your problem. Jom, baby." ajak Hafeez. Dia malas melayan Fyka.

"Abang!" Fyka menghentakkan kakinya.

"Apa lagi Fyka? Pergi la kau sana. Ouh btw, ni boyfriend kau ke? Dont worry. Aku akan ceraikan kau juga." Mata Fyka membulat. Lelaki di sebelah Fyka seakan terkejut. Yasmeen terus memukul perlahan tangan Hafeez.

"Jom, malas abang nak tengok dia!" mereka berdua terus pergi menyertai anak-anak mereka.

Mata Fyka mula panas. Setitik air matanya mula jatuh melihat kemesraan mereka.

"Fyka.. are you okey? Kenapa suami you macam tu?"

"Im okey Luth. Jom." Fyka pergi meninggalkan Luthfi. Luthfi mengeluh.

*******

Air mata Fyka merembes jatuh di pipinya. Lalu dikesatnya dengan kasar. Sakit hatinya apabila mendapat tahu Yasmeen sudah mengandung lagi daripada mama dan papanya.

"Argh tak guna! Aku isteri kau juga! Aku akan tuntut tanggungjawab jawab kau pada aku! Kau tunggu Hafeez! Tak semudah tu aku lepaskan kau.. Aku dah sayangkan kau Hafeez.." dia menekup mukanya dan mula menangis teresak esak.

"Kakak, maafkan Fyka. Fyka sayangkan Hafeez. Enam bulan Fyka pergi, Fyka sedar Fyka dah mula sayangkan Hafeez..Rindukan Hafeez... Maafkan Fyka Akak.." dia menangis tersedu sedu.

________

Yasmeen memandang suaminya sibuk bermain telefon, dia senyum sedikit lantas kakinya melangkah ke arah ruang tamu.

Hafeez mengangkat mukanya apabila melihat Yasmeen menghampirinya sponta dia tersenyum. Telefonnya dia letak ke tepi.

"Baby, anak-anak dah tidur ke?" tanya Hafeez sambil memeluk pinggang Yasmeen. Yasmeen hanya mengangguk kan kepalanya seraya menarik senyuman.

"Abang.. Meen ada benda nak bincang dengan abang." ujar Yasmeen. Hafeez mengerutkan dahinya.

"Apa dia?"

"Hm, pasal Fyka." sebut sahaja nama itu, muka Hafeez masam.

"Kenapa dengan dia?"

"Abang pergi la balik dengan dia. Dah 9 bulan abang dengan Meen. Pergi dekat dia pula." pujuk Yasmeen. Hafeez merengus kasar.

"Apahal pula? Abang tak suka lah. Please jangan paksa abang. Abang tak suka." Yasmeen menganggukkan kepalanya seraya mengenggam tangan Hafeez.

"Abang.. Fyka tu isteri abang juga. Dia tu tanggungjawab abang juga.." pujuk Yasmeen lagi. Wajah Hafeez bertukar keruh. Dia meraup mukanya.

"Okey fine. Meen nak sangat abang pergi dengan dia kan? Fine!" ujar Hafeez dengan wajah tegang, lantas dia berlalu daripada situ. Yasmeen hanya mengeluh berat.


*********



Fyka menyedok nasi ke dalam pinggan Hafeez dengan wajah gembira. Hafeez di hadapannya hanya menarik muka masam.

"Abang makan lah. Banyak Fyka masak ni, abang jangan tak habiskan pula." Hafeez mencebik.

"Siapa suruh kau masak banyak-banyak ni? Aku tak suruh kan? Membazir je." ujar Hafeez sambil menyuap nasi. Sebaik sahaja lauk sambal masuk ke dalam mulutnya, dia terbatuk-batuk. Fyka terkejut, lantas dia menghulur air masak kepada Hafeez.

Hafeez mengerutkan dahinya menelan air masak tersebut. "Kau ni gila ke haa?? Nak bagi aku mati??" jerkah Hafeez.

"Ke-kenapa abang? Fyka masak tak sedap ke?"

"Memang pun! Masin nak mampos! Tak selera dah aku nak makan." Hafeez menolak pinggan dengan kasar. Selepas itu dia ke dapur untuk membasuh tangan. Dia keluar daripada dapur lalu memberi pesanan kepada Fyka.

"Kau tak payah masak lagi! Aku tak suka!" pesan Hafeez lalu bergerak naik ke biliknya. Fyka di situ hanya mengeluh kecewa.

__________

"Abang tak suka la Meen.. abang terseksa duduk dengan dia.. abang.. abang tak tahu nak cakap macam mana.. abang tak boleh sayangkan dia macam mana abang sayangkan Meen.." luah Hafeez di corong telefon. Fyka yang menyorok di sebalik pintu mengeluh.

Dia memegang dadanya. Sakit. Sakit sangat. Tak lama tu, air matanya merembes laju lantas dia mengesat dengan kasar.

"Takpe Fyka. Baru satu hari dia bersama kau. Kau tak boleh mengalah Fyka. Kau boleh buat kan Hafeez jatuh cinta pada kau." dia menganggukkan kepalanya dengan yakin.

Yang Kedua Where stories live. Discover now