Terkocoh-kocoh Yasmeen menghampiri pintu rumahnya itu. Bunyi loceng bertalu-talu membuatkan Yasmeen geram. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia terkedu melihat wajah lelaki itu di sebalik pintu.
"Im back."
Sebulan. Sebulan berlalu Hafeez keluar daripada rumah itu semata mata kerana Fyka. Tu pun dengan tidak rela Hafeez bersama dengan Fyka.
"Ab- abang.. lamanya abang pergi.." Meen menekup wajahnya menahan tangisan. Lagi kuat tangisannya apabila Hafeez memeluk dirinya.
"Meen ingatkan abang merajuk dengan Meen, lupakan Meen..."
"Im sorry baby.." Hafeez mencium seluruh wajah Yasmeen.
"Sampai hati abang.. abang tak adil.. dari dulu abang tak adil.." ujar Yasmeen lagi dengan nada berjauh hati. Yasmeen menjauhi daripada Hafeez..
"Meen.."
"Abang tak adil.. abang tak kesian kan anak-anak ke? Anak-anak rindukan abang.." katanya lagi sambil mengusap perutnya yang sedikit buncit.
"Abang rindukan semua Meen..abang minta maaf.." Hafeez menghampiri Yasmeen lalu memeluk erat tubuh Yasmeen.
Yasmeen menolak tubuh Hafeez dengan perlahan seraya itu mengesat air matanya. Dia memandang wajah Hafeez. "Apa yang terjadi?" tanya Yasmeen. Hafeez memandang Yasmeen tanpa sepatah kata.
**********
Mata Hafeez membesar melihat Fyka di hadapannya. Fyka berpakaian seksi sambil memandangnya dengan menggoda. Hafeez telan air liur.
"Abang.." panggil Fyka dengan perlahan.
"Apa kau nak?" tanya Hafeez dengan mendatar. Mukanya dipalingkan. Tidak sanggup melihat tubuh seksi Fyka.
"Abang nak Fyka, abang cakap je..." bibir Hafeez terjungkit sinis.
"Aku takde hati dengan kau." ujarnya dengan kejam. Tiba-tiba Fyka memeluknya, spontan itu Hafeez menolak kasar tubuh Fyka.
"Apa ni, Fyka??" jerkah Hafeez. Fyka menjengilkan matanya.
"Kenapa abang tolak Fyka?? Fyka ni isteri abang juga!"
"Dont call me abang! Meen je layak panggil aku abang!" tengking Hafeez lagi. Air mata Fyka merembes.
"Sampai hati abang, Fyka ni isteri abang juga. Isteri yang sah. Salah ke Fyka sebagai seorang isteri minta hak yang sepatutnya dari seorang suami?" ujar Fyka seraya menyeka air matanya yang mengalir.
Hafeez mengeluh.
"Look Fyka. Im sorry. Aku memang takde hati dengan kau. Tolonglah jangan buat aku macam ni.." rayu Hafeez. Dia penat dengan semua ni.
"Abang.. bagi Fyka satu peluang lagi.. Sebulan. Sebulan abang kena ada dengan Fyka." pinta Fyka dengan tangannya ditekap seakan minta tolong. Hafeez mengeleng tidak setuju.
"Tak. Aku kena ada dengan Meen. Dia mengandungkan anak aku."
"Fyka tahu. Tapi Fyka minta sebulan je abang.." rayu Fyka lagi. Hafeez mengeluh berat. Rambutnya di serabutkan.
"Ok fine. Sebulan je."
"Kalau kita tidak serasi, abang boleh ceraikan Fyka." ujar Fyka. Wajahnya menunduk. Hafeez terdiam.
"Okey, baiklah."Hafeez terus keluar daripada bilik tersebut tanpa memandang Fyka.
_______
Pagi itu, bermacam-macam makanan yang Fyka masak. Semua untuk Hafeez demi memikat hati lelaki itu. Fyka memandang Hafeez yang turun daripada tangga.

ANDA SEDANG MEMBACA
Yang Kedua
Romance(COMPLETE) ✓ Kali pertama melihat wajah lelaki itu, hati Yasmeen tekad untuk memiliki lelaki itu, walaupun lelaki itu telah mempunyai dua permata hati, iaitu isteri dan seorang anak lelaki. Berjayakah Yasmeen memiliki lelaki itu? Abang ada sayang je...