"Hmm, tak kusangka rupanya dia, jejaka idaman aku ada kat sini! Lecturer rupanya dia tu.." Yasmeen tersenyum lebar di depan cermin. Dia membetulkan penampilannya.
Tadi dia ingin pergi ke tandas, kebetulan dia ternampak Hafeez sedang makan dengan student nya di situ, apa lagi, terus dia berlari ke tandas. Kencang betul degup jantungnya!
Yasmeen membetulkan rambut panjangnya itu, sambil itu dia memuncungkan bibirnya.
"Okey dah cantik dah. Okey lah ni, kalau dia tergoda hehe." dia ketawa jahat. Selepas itu, dia terus keluar daripada tandas tersebut. Sedang dia menahan gelora hatinya, tiba-tiba dia terlanggar kuat bahu seseorang.
"Opocot mak kau!" hampir sahaja tubuhnya menyembah bumi, tetapi ada sepasang tangan yang menyambut tubuhnya.
"Awak okey?" Yasmeen memandang wajah lelaki itu. Dia terkelu. Jejaka idaman nya.
"Ha, hmmm."
"Awak okey ke? Sorry, saya tak perasan awak." tanya Hafeez setelah melepas kan pelukan di pinggang Yasmeen.
"Erk, saya okey..." Yasmeen menunduk sambil menyelitkan rambutnya di telinga. Malu pula dia berhadapan dengan lelaki idamannya itu.
"Awak cikgu kepada Ayman kan? Cikgu Yasmeen?" Yasmeen simpan senyum. Dia ingat aku dan tahu lah nama aku!
"Ya, saya la tu." kata Yasmeen dengan sopan.
Hafeez hanya tersenyum lebar. Dia menganggukkan kepalanya.
"Saya Hafeez. Saya ke tandas dulu ye." setelah itu dia berlalu. Yasmeen tersenyum. Langkahnya terus ke arah tempat duduk dia dan rakannya sambil tersenyum bahagia.
******
Hari ketiga bercuti.
"Weyy pergi pantai jom." ajak Yasmeen. Dia bosan duduk lama-lama dalam bilik tersebut. Yasmeen memerhatikan rakan-rakannya. Masing-masing buat hal sendiri.
"Pantai apa wey, malam buta ni?" tanya Pija. Mulutnya penuh dengan keropok.
"Alah, aku bosan lah duduk dalam ni..." kata Yasmeen lagi. Melihat tiada respons daripada rakannya, terus dia keluar daripada bilik tersebut.
Yasmeen berjalan di tepi pantai sambil memejamkan matanya. Angin sepoi-sepoi bahasa singgah di wajahnya. Dia menarik senyum lebar.
"Sorang je ke?" lantas Yasmeen membuka matanya apabila seseorang menegurnya. Dia memusingkan badannya.
Seorang lelaki berhoodie hitam berdiri di hadapannya dengan senyuman. Membulat terus matanya melihat lelaki itu. So kacak lah. Lelaki kalau pakai hoodie hitam memang auto kacak ke?
"Eh, encik Hafeez!"
Hafeez hanya tersenyum. Dia berdiri di sebelah Yasmeen.
"Kenapa jalan sorang-sorang? Tak takut ke? Bahaya la awak..." ujar Hafeez. Yasmeen menarik senyuman. Haih, caringnya dia.
"Saya memang selalu jalan sorang-sorang.. lagipun member saya malas nak keluar, tu yang saya jalan sorang." beritahu Yasmeen.
"Yalah.. lain kali jangan jalan sorang lagi. Awak tu perempuan. Dah malam ni, risau ada orang jahat."
Yasmeen tersengih. Dia memandang tubuh Hafeez atas bawah.
"Awak tu baik ke?"
Hafeez memandang Yasmeen sambil menjongketkan keningnya.
"Baiklah, lagipun awak dah kenal saya." Hafeez tersenyum nampak gigi. Yasmeen mengelengkan kepalanya.
"Tapi kenal sekali je, sebagai ayah kepada Ayman."
Hafeez mengusap dagunya.
"Okey lah kalau macam tu, nak kenal dengan saya tak?" Hafeez memandang wajah Yasmeen sambil menyuakan tangannya kepada Yasmeen. Sebagai tanda perkenalan.
"Hmmm, boleh juga." Yasmeen tersengih sambil menyambut salam perkenalan. Hafeez senyum menawan. Paling menawan. Yasmeen terpana.
Haihh patutlah senyuman Ayman manis, rupanya dapat dari senyuman ayahnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/309841930-288-k260820.jpg)
YOU ARE READING
Yang Kedua
Romance(COMPLETE) ✓ Kali pertama melihat wajah lelaki itu, hati Yasmeen tekad untuk memiliki lelaki itu, walaupun lelaki itu telah mempunyai dua permata hati, iaitu isteri dan seorang anak lelaki. Berjayakah Yasmeen memiliki lelaki itu? Abang ada sayang je...