Yasmeen terasa hati apabila melihat baju yang dipakai oleh Hafeez. Penat je, tengah malam tadi dia gosokkan baju kerja untuk Hafeez tetapi hari ini, lelaki itu memakai baju lain. Dia memandang sayu ke arah baju yang disiapkan di atas katil tersebut.
"Meen, mana tie warna kuning saya? Ambilkan." Yasmeen hanya menurut, langkahnya ke arah laci almari. Setelah mendapatkan, dia menghulurkan tie tersebut kepada Hafeez.
"Thanks." katanya dengan suara mendatar.
"Kenapa abang tak pakai baju yang saya dah siapkan tu?" Hafeez melihat baju, seluar dan tie berwarna biru di katil.
"Ouh, saya tak suka warna tu." katanya dengan selamba. Yasmeen mengetap bibirnya. Selama ni, dia nampak suaminya itu suka je pakai warna biru, hari ni, tak pula?
"Saya pergi dulu, saya breakfast kat kolej." katanya lantas keluar dari bilik tersebut. Yasmeen hanya mengeluh.
'Kenapa sulit sangat nak memiliki hati dia? Macam-macam aku buat untuk tarik perhatian dia, dia tetap macam tu.' Meen memejamkan matanya. Sakit kepala memikirnya.
Dia rasa macam nak ketuk je kepala suaminya itu, berharap suaminya itu mengingat kembali kenangan mereka bersama. Tapi, itu sangat mustahil.
*****
Hafeez mengetap bibirnya dengan kuat. Mukanya nampak tegang. Dia mengengam penumbuknya dengan kuat. Teringat kejadian yang berlaku pagi tadi.
"Meen? Baju apa awak pakai ni??" Yasmeen memandang dirinya. Dia menjongketkan keningnya.
"Kenapa?" Hafeez menghampiri Yasmeen lalu dia menolak sedikit tubuh Yasmeen. Yasmeen tersentak.
"Siapa suruh awak pakai baju ni? Awak tahu kan, baju ni baju siapa? Baju ni arwah Ayda punya! Baju ni, khas untuk dia je, awak tak de hak pakai baju ni!" jerkah Hafeez. Berubah terus wajah Yasmeen. Hafeez memandang benci wajah sayu Yasmeen.
"Pergi tukar! Now!" Hafeez berpaling tubuhnya, selepas itu dia terhenti. Dia berpaling pada Yasmeen yang masih tercengat di situ.
"One more thing, jangan sentuh baju arwah Ayda lagi!" ujar Hafeez dengan nada dinginnya lantas keluar daripada bilik tersebut. Tanpa sedar, air mata membasahi pipi Yasmeen.
Hafeez menghentakkan tangannya ke atas meja. Matanya dipejam.
"Apahal la aku marah dia? Baju je kot. Tapi, tu baju Ayda! Aku tak suka ada orang sentuh baju Ayda!" setelah itu dia mengeluh. Dia terasa menyesal memarahi isterinya itu.
*****
Hafeez membuka pintu rumahnya, wajahnya keletihan. Dia memandang Yasmeen yang sedang melayan anak-anaknya. Dia duduk di sofa sambil memerhatikan Yasmeen. Yasmeen masih belum sedar lagi yang suaminya sudah pulang.
Apabila Yasmeen terasa orang memerhatinya, cepat-cepat dia memandang ke arah sofa. Dia terkejut melihat tubuh Hafeez di situ.
"Eh, bila abang balik?" Yasmeen menghampiri Hafeez. Hafeez menjeling sedikit.
"Tak dengar bunyi pintu ke? Baru je balik." dia memejamkan matanya. Yasmeen hanya tersenyum.
"Abang nak minum? Meen buatkan." Hafeez hanya mengeleng. Yasmeen hanya mengangguk lantas dia ke arah Khaleef dan Ayman dan melayani mereka. Hafeez membuka matanya, lantas memerhatikan mereka. Entah kenapa dia suka melihat Yasmeen melayan anak-anaknya.
________
"Kau dan aku tak bisa bersama, bagai syair lagu tak berirama. Selamat tinggal kenangan denganmu. Senyumku melepaskan kau pergi.." Yasmeen mengemas pinggan mangkuk sambil menyanyi.
"Ehem." Yasmeen terkejut mendengar deheman si suami. Dia memusingkan badannya memandang Hafeez yang sedang bersandar di dinding sambil memeluk tubuhnya.
"Sedap suara." puji Hafeez. Dia senyum sikit. Wajah Yasmeen memerah menahan malu.
"Biasa jela abang." dia keluar daripada dapur itu. Sebaik sahaja berselisih dengan Hafeez, tiba-tiba tangannya ditarik oleh Hafeez. Yasmeen tersentak. Dia memandang wajah selamba Hafeez.
"Ikut saya kejap, saya ada benda nak cakap dengan awak." ujar Hafeez, matanya memandang tepat mata hitam milik Yasmeen.
"Hmm, okey." lantas dia menarik tangannya di dalam pegangan Hafeez. Dengan dada yang berdebar, dia menuju ke arah ruang tamu.
"So, abang nak cakap apa?" Yasmeen melihat wajah Hafeez. Wajah lelaki itu tampak dingin. Dia rindukan senyuman manis lelaki itu.
Hafeez menghembuskan nafasnya dengan perlahan. Matanya terpejam. Dia sudah memikirkan benda ini berkali-kali. Dia akan tamatkan semua itu.
Hafeez membuka matanya, dia memandang wajah cantik Yasmeen. 'Cantik.' bisik hatinya. Selepas itu dia mengelengkan wajahnya. 'Tak, aku tak boleh buat semua ni.'
"Saya dah fikir masak-masak. Saya akan ceraikan awak."
YOU ARE READING
Yang Kedua
Romance(COMPLETE) ✓ Kali pertama melihat wajah lelaki itu, hati Yasmeen tekad untuk memiliki lelaki itu, walaupun lelaki itu telah mempunyai dua permata hati, iaitu isteri dan seorang anak lelaki. Berjayakah Yasmeen memiliki lelaki itu? Abang ada sayang je...