10

2.9K 109 4
                                    

Yasmeen mengambil sebiji panadol lalu dia mengambil air dan minum. Dia memejam matanya. Terasa sakit di kepala berkurangan.

Haih sakit rindu pada suami yang sudah 2 minggu tak balik rumahnya.

Yasmeen duduk termenung di atas meja. Sungguh saat ini, dia terasa rindu pada Hafeez.

"Macam ni ke perasaan maksu, apabila dimadukan oleh paksu?" gumamnya seorang diri. Tiba-tiba dia terdengar pintu rumahnya dibuka.

"Baby!"

Yasmeen terkejut mendengar suara itu. Dia tersenyum dan terasa teruja mendengar suara orang yang dirinduinya. Cepat-cepat dia berlari ke ruang tamu.

Dia menangis melihat lelaki tersebut lalu dia memeluk lelaki itu dengan erat.

"Baby.. kenapa ni.."

"I miss you so much..." ujar Yasmeen sambil menangis teresak esak.

"I miss you too baby.." Hafeez meleraikan pelukan Yasmeen, lantas memimpin tangan Meen duduk di sofa.

"Abang mintak maaf sebab abaikan Meen untuk 2 minggu ni.. abang rindu Meen sangat-sangat..." kata Hafeez seraya mencium seluruh wajah Yasmeen. Yasmeen tersenyum.

"Hari ni, abang tidur sini ye?"

"Ye baby, abang tidur sini 2 minggu." Yasmeen mengerutkan dahinya.

"Abang serius??"

"Ye baby.. abang cakap dengan Ayda, abang ada outstation 2 minggu.."

"Hmm, kak Ayda percaya eh abang pergi oustation? Abang kan pensyarah je."

Hafeez ketawa. Yasmeen mencebik.

"Entah, dia percaya je."

"Tak baik tau buat camtu kat akak.." Hafeez menjulingkan matanya.

"Alah dia ni, karang abang tak balik, merajuk pula. Hmm,nak abang balik rumah Ayda ke ni?" duganya. Lantas Yasmeen mengelengkan kepalanya seraya itu memeluk erat tubuh Hafeez.

"No, jangan pergi. 2 minggu tau tak jumpa abang!" Hafeez tersenyum bahagia.

"Hmm, rindunya baby...." dia mencium leher Yasmeen. Yasmeen yang tahu apa yang Hafeez nak, terus bangun dari duduknya.

"Hmmm, makan dulu jom!" Yasmeen terus ke dapur. Hafeez hanya mencebik, seraya itu mengekori Yasmeen ke dapur.

******

2 minggu berlalu, Yasmeen berasa sangat bahagia apabila Hafeez berada di sisinya. Hafeez betul-betul melayaninya seperti pemaisuri. Tapi tu dua minggu lalu, sekarang ni 'outstation' yang Hafeez beritahu kat Ayda tu sudah sampai ke penghujung harinya.

Yasmeen merenung bagasinya milik suaminya. Dia mengeluh. Entah lepas ni, bila pula Hafeez nak balik rumah itu semula.

"Baby, barang abang dah siap kemas ke?" tanya Hafeez. Dia membutangkan baju kemejanya di hadapan cermin.

"Dah..." ujar Yasmeen dengan lemah. Tiba-tiba dia terasa tubuhnya dipeluk oleh Hafeez.

"Kenapa ni baby? Tak seronok ea, abang balik?" tanya Hafeez, dia meletakkan dagunya di bahu Yasmeen. Yasmeen senyum hambar.

"Lepas ni, mesti Yasmeen selalu rindu abang.." ujarnya dengan suara bergetar. Hafeez memusingkan tubuh Yasmeen. Sebaik sahaja Yasmeen menatap wajah Hafeez, dia menangis teresak-esak.

"Shh, dont cry baby.. macam mana abang nak tinggalkan Meen ni, kalau Meen nangis macam ni? jangan buat abang risau baby.." Dia mengesat air mata Yasmeen.

"Abang.. abang jangan balik.. Meen tak puas lagi manja dengan abang.." rayu Yasmeen. Hafeez tersenyum.

"Abang pun sama, Baby..Tapi Meen kena faham situasi abang, baby..." pujuk Hafeez lagi. Yasmeen merengus geram.

"Tapi sampai bila abang? Bila abang nak bagitahu Kak Ayda yang abang ada Meen?" Hafeez mengeluh keras.

"Abang tak nak bincang pasal tu, sekarang." Yasmeen merengus. Dia berbaring membelakangkan Hafeez. Hafeez mengeluh.

"Abang balik dulu.. nanti abang call Meen okey?" ujar Hafeez. Air mata Yasmeen berlinangan. Dia hanya diam.

"Pergi lah." ujar Yasmeen dengan nada mendatar. Hafeez mengeluh.

"Abang pergi dulu.. jaga diri.." Hafeez keluar dari bilik tersebut. Yasmeen terus menangis teresak-esak.

"Sampai hati abang...."

'Sabar jelah Meen, dah kau nak sangat dia dulu kan? hadap jelah!'

Yang Kedua Where stories live. Discover now