#CASE 01

2.1K 122 2
                                    

" ASALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Sebelum kita ke tajuk utama berita , dukacita dimaklumkan pelakon dan model terkenal , Deena Hairudin telah ditemui mati di set penggambaran True Talent Agency sekitar jam 1:45 pagi semalam . Pihak polis masih mencari punca kematian yang dikatakan seakan satu pembunuhan "

──•~❉᯽❉~•──

Pancaran cahaya lensa kamera bersinar beberapa kali di dalam ruangan tersebut . Set pengambaran tersebut sudah menjadi kawasan larangan . Tiada siapa pun yang dibenarkan masuk kecuali pihak polis dan forensik .

Yara tiba di muka pintu setelah menyapa pegawai di situ . Matanya melihat ke dalam kawasan larangan itu yang terdapat darah dan mayat mangsa . Dia diberikan sarung tangan beserta topeng muka sebelum melangkah masuk ke dalam .

" Detektif Yara " Tina yang merupakan pegawai bahagian polis forensik menyapanya . Dia mengukirkan senyuman pada gadis berambut pendek separas bahu itu .

Kedua mereka mengatur langkah ke arah mayat yang sudah ditutup dengan kain hitam . Yara merendahkan badannya memandang tubuh kaku itu . Dia menarik kain dari bahagian kepala untuk melihat wajah mangsa .

" Tina report "

" Nama mangsa Nur Deena binti Hairudin . Terkenal dengan nama Deena Hairudin . Seorang pelakon dan model berumur 24 tahun " Dia mengangguk faham . Wajah Deena yang pucat tidak berdarah itu ditenung lama . Bibir itu kebiruan dan mula mahu kehitaman . Sedikit senyuman yang mengerikan terukir pada bibir itu sehinggakan Yara merasakan merinding .

" Kami jumpa mangsa terikat dekat kerusi tu " Tangannya bergerak menunjuk ke arah satu kerusi yang berada di bahagian model berdiri untuk sesi pengambaran . Yara dengan wajah serius juga melihat ke arah yang ditunjuk Tina . Kawasan tersebut terlalu banyak darah .

" And what the best thing , kami jumpa ini . Lidah mangsa "

Satu plastik dikeluarkan dari satu kotak setelah diminta rakan sekerjanya membawakan padanya . Yara agak terkejut melihat lidah yang sudah mula hitam kebiruan itu . Seteruk ini mangsa di dera ?

" Kami ada check CCTV but nak pula kebetulan memang CCTV kena shutdown sebab ada kerosakan . Guard yang jaga depan pun , dibawa ke hospital atas sebab kena pukul . Dekat sini pun tak ada satu jejak yang ditinggalkan suspek "

Yara berdiri dari bercangkung di tepi mayat tersebut setelah menutup wajah kaku itu . Matanya melilau melihat ke arah bilik tersebut . Dia berjalan sekeliling jikalau ada bukti yang tertinggal sepanjang penyiasatan .

Dia melihat pada bawah meja dihujung sudut . Terdapat satu botol kosong yang sudah direnyukan . Diambil botol tersebut dan itu membuatkan Tina menuju ke arah Yara . Pelitup muka dibuka dan dia menghidu . Cecair itu mempunyai bau yang wangi . Terdapat sedikit cecair kuning di dalam botol tersebut yang ditinggalkan .

" Mangsa meninggal dapat tahu punca atau belum ? " Dia bertanya saat mayat Deena sudah diangkat dan dibawa keluar dari ruangan itu . Tina menggeleng dan tangannya disilang ke dada .

" Belum . Nanti keputusan posmortem keluar , saya lapor pada Detektif Yara " terus sahaja Yara mengangguk . Dia memberikan botol tersebut pada Tina . Gadis itu terpinga dan menghidu isi dalam botol tersebut .

" Saya syak mangsa mati sebab racun . Selidik cecair dalam botol ni nanti lapor kat HQ . Pasal guard tu nanti saya minta Detektif Kaysa buat Interrogation pada saksi . Bilik ni jadi kawasan larangan dan jangan biarkan siapa pun masuk kalau ada yang langgar just inform me "

Terus Yara berlalu keluar dari tempat kejadian setelah mendapat anggukan dari Tina . Dia mendapatkan motorbike kesayangannya dan terus bergerak untuk ke pejabat agensinya bekerja .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now