#CASE 38

1K 64 1
                                    

YARA masuk sahaja ke dalam pejabat , semua mata tertumpu padanya . Berkerut dahi dibuatnya memandang semua orang yang sudah tersenyum macam kambing tak mandi .

" Apa korang ni ? Gila ? " dia cuti empat hari kerana tidak sihat , semua dah gila dah ?

" Ada orang dah nak jadi mak budak... " Tina berkata dan menyisip minuman panasnya . Yara mengguling mata menyampah dan mengambil tempat di satu kerusi di meja tersebut .

Akim menolak satu kertas kepada Yara . Gadis itu mengambil kertas bersaiz A4 itu dengan penuh tanda tanya . Dia membaca butiran isi kertas itu sebelum dipukul meja kuat sehingga mengejutkan semua di situ . Mata mencerlung tajam .

" Apa ni ? No ! Aku tak nak sign ! "

" Woi ! Kau tu mengandung gila . 9 bulan campur cuti bersalin 3 bulan diharamkan turun padang tembak je . Kau gila ke nak menembak ? Tak fikir anak ? " Kaysa membalas pandangan tajam Yara . Gadis itu mula merungut dengan wajah masam mencuka .

Sunyi dan bosanlah kalau dia tidak turun latihan . Kalau kemahiran menembaknya hilang nanti macam mana ? Aduhai... dugaan betul !

" Tuan Jad yang keluarkan surat ni tau . Haa sayang kan dia kat kau ? Kau ingat bunyi pistol tak jejaskan tumbesaran baby ? Lebih bunyi 115dBA tu bahaya tau untuk anak kau . Laki kau pun mesti tak setuju kau aktif kerja kan ? " Akim mula membebel . Bebelan seorang abang kepada adiknya .

Yara mencebik bibir dan mengetap rahang . Ye , baru pagi tadi Nurhan sudah nasihatkannya agar tidak terlalu aktif bekerja . Dia pun dah janji pada Nurhan untuk menjaga kandungannya sebaik mungkin .

" Dah tu aku nak buat apa ? Melanguk je ? "

" Kau buat kerja Josh . Josh ganti kau kalau ada kes kita kena turun . Alah tak susah pun kerja dia . Ambil analisis kat makmal di Han Medical , buat laporan dengan Tina . Alang- alang kau nak jumpa husband kau kat sana pun boleh sekali jalan terus . Kau pun ada basic IT apa ? Duduk goyang kaki hadap laptop la "

Nak tak nak dia kena setuju juga . Yara dengan wajah masamnya menurunkan tanda tangan . Kertas diambil semula oleh Akim dengan sengihan .

" Alah ! Chill la puan . Tahu-tahu nanti dah 11 bulan . Habis pantang puan boleh masuk kerja balik . Tapi lepastu ada masalah la . Puan kena fikir anak tu nak dibawa mana " Yara mengetap bibir dan menepuk dahi sendiri . Ye tak ye juga kata Joshua .

Lepas dia bersalin sudah pastilah dia kena jaga dan besarkan anak pula . Nak dibawa pergi kerja nanti macam mana eh ? Tapi takkan nak tinggal pula !

Haih.... masalahnya !

──•~❉᯽❉~•──

Dia memandang Yara dari atas ke bawah . Hatinya panas saat nenda mula memanjakan cucu menantunya . Bonda ? Nasib sahaja bonda masih berpihak padanya .

Malam ini Nurhan dan Yara akan menginap tidur di rumah Nenda Rozita . Tidak pernah pun pasangan itu menginap di dalam rumah ini .

" Tak sabar nenda nak timang cucu . Dah lama tau nenda tunggu " Nurhan dan Yara tersenyum melihat keceriaan nenda yang tak habis-habis nak berkepit dengan Yara .

" Bonda...nenda tu dah kenapa ? Eish... tak sukalah Layra ! "

" Baru sekarang ke nak bising ? Itulah masa jadi isteri Nurhan bukannya nak manfaatkan ! " Bonda Wafa mencubit lengannya geram saat gadis itu mula menggeletis di sisinya . Biasalah tak boleh tengok orang senang .

Layra mencebik . Dia memandang Nurhan dan saat itu mata mereka bertembung . Nurhan tersenyum sinis kepada gadis itu sebelum jelingan sempat dia hadiahkan .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now