MAKANAN berjenama button and bows dituangkan masuk ke dalam mangkuk makanan milik Dory . Laju kucing berbaka scottish itu berlari anak ke arah mangkuk makanannya .
Bulu Dory diusap lembut . Dipicit-picit tepi perut si gendut itu geram sehingga Dory memarahinya . Apa la kakak ni ! Kacau kita makan pula !
" Kau kena biasakan tempat ni tau , Dory . Abang kau , suami aku tu dah sediakan tempat cantik macam ni untuk kau . Kau jangan nak buat hal ye ? " matanya meliar melihat sekeliling rumah taman kaca yang sedia ada di sini .
Di bahagian kiri dihiasi dengan pokok-pokok tanaman di situ . Bunga senang kata . Nurhan tanam ke apa dia tak tahulah . Tak tahulah kalau suaminya itu percinta bunga-bungaan .
Di sebelah kanan pula tempat buat Dory . Tergamam jugalah di situ ada sangkar besar baru dan tempat bermain dan tidur si bulus kesayangannya . Nurhan sediakan bila pun di tak tahu .
Senang cakap , dia masuk sahaja di dalam rumah ini semuanya dah tersedia ada . Semuanya lengkap tak ada pun yang kurang .
Badan ditegakkan semula berjalan untuk ke dapur . Jam sudah masuk pukul 8.10 pagi . Selepas mandi dan solat subuh , suaminya tidur semula . Yara meletakkan telefon di atas kabinet . Jari jemari mengetuk kabinet cantik itu sambil mata meliar melihat sekeliling dapur .
" Aku dah la tak reti masak . Aku nak masak apa ? " getah rambut yang berada di pergelangan tangannya terus diikat dengan gaya rambut half up and half down .
Peti sejuk dibuka dan banyak sekali stok makanan basah di situ . Lama berfikir , dia mengeluarkan satu paket nugget dan meatball . Nak tak nak dia kenalah masak buat suaminya .
Dia beralih ke peti sejuk bahagian bawah pula . Kelihatan di dalamnya terdapat satu paket kuey teow putih . Yara terus mengeluarkan paket kuey teow yang belum dimasak itu .
Mr. Google dicari . Jari lincah menaip cara memasak kuey teow goreng . Nampak macam teruk tapi tak salah kalau nak belajar kan ? Sudah dia cakap pada suaminya yang dia langsung tak reti memasak tapi Nurhan sekadar buat pekak sahaja .
Bahan-bahan dicari dan disediakan . Semuanya ada ! Umpama dapur ini adalah supermarket sahaja . Tangan lincah memotong bawang . Potong ikut sukanya . Lantaklah melawan hukum potong bawang sekalipun .
Nugget dan meatball dimasukkan ke dalam air fryer . Biar sihat sikit tak adalah banyak minyak . Dengan penuh yakin dia memasukkan segala apa bahan yang disuruh oleh encik google .
Nurhan menuruni tangga dengan wajah dan rambut serabai kerana baru bangun dari tidur . Dengar sahaja bunyi sudip dan kuali berlaga di dapur , terus dia melangkah ke arah itu .
" Sayang ? What are you doing ? " suara serak-serak basah itu mengalihkan tumpuan Yara yang sedang memasak . Dia mengukirkan senyuman buat suaminya yang sudah melangkah dekat ke arahnya .
Yara agak terkejut bila tangan itu melingkar memeluk pinggangnya dari arah belakang erat . Nurhan menjatuhkan kepalanya di bahu isterinya dengan mata yang terpejam . Dia masih letih dan mengantuk .
" Kalau mengantuk lagi pergilah tidur kat sofa sana . Nanti siap masak Yara kejut abang "
" Abang nak peluk sayang kejap . Bangun-bangun tidur isteri dah tak ada kat sebelah buat abang gelabah je " Nurhan mengeratkan lagi pelukannya pada Yara . Gadis itu menggeleng kecil dan membiarkan sahaja apa yang Nurhan lakukan . Janji tak kacaunya sudahlah .
──•~❉᯽❉~•──
Usai memasak , Yara menghidangkan makanan di atas meja makan . Dia membawa langkah ke arah ruang tamu . Suaminya yang ralit melakukan kerja di IPad miliknya ditujui .
YOU ARE READING
HEMLOCK ✅
Mystery / Thriller𝟬3 | 𝗛𝗘𝗠𝗟𝗢𝗖𝗞 ɴᴜʀʜᴀɴ ᴡᴀᴀɪʟ | ʏᴀʀᴀ ʜᴀɴɪɴᴀ " If my love for you is a crime , I want to be the most wanted criminal " Ditugaskan menjadi detektif dalam satu kes jenayah sangat biasa bagi Yara Hanina . Tapi kes pada kali ini berbeza . Boleh dika...