#CASE 42

1K 60 0
                                    

SESEKALI anaknya yang kecil itu dilihat sedang duduk di atas karpet bilik kerjanya sambil bermain dengan mainan-mainan yang Nurhan sendiri bawa dari rumah .

" Nazmeen Yurfina sayang papa... " laju Nazmeen menoleh bila namanya disebut oleh papa tersayang . Nurhan tertawa sebelum dia bangun dari duduk di kerusi kerjanya menuju ke arah si kecil . Dia buka sila dan duduk di atas lantai di hadapan tuan puteri kecilnya .

" Papa pa heee " Itu sahaja bunyi yang keluar dari mulut anaknya . Nazmeen mendekatinya lantas Nurhan memegang tangan itu cuba diajar untuk berdiri .

" Papa count , Nazmeen berdiri ye ? " dia menegakkan tubuh Nazmeen agar berdiri . Si kecil itu agak sedikit terhuyung hayang bila tangannya sahaja kuat memegang tangan Nurhan .

" Bismillahirrahmanirrahim... " dia melepaskan tangan anaknya . Dibiarkan Nazmeen berdiri dan sambil itu dia mengira dengan gerakan bibir selama mana anaknya itu boleh berdiri lama . Tangan sudah pasti berjaga-jaga jika anaknya terjatuh nanti .

" Yeay ! Lapan ! " dia menyambut tubuh Nazmeen yang terjatuh dan tidak mampu berdiri lama itu dengan mesra dan tawa . Di dudukkan Nazmeen di atas ribanya . Dikucup pipi Nazmeen sebagai hadiah . Hadiah kerana berjaya untuk berdiri meskipun jatuh terduduk juga akhirnya .

" Okaylah tu lapan . Nazmeen boleh nak berjalan nanti kan sayang ? Jom kita belajar jalan nak ? Nak jalan ? " angguk-angguk sahaja Nazmeen merespon . Tangan kecilnya menampar nampar dengan tapak tangan Nurhan .

" Cakap nak ? Nak..."

" Nak nak nak " terus sahaja Nazmeen mengikut kata-kata Nurhan . Lelaki itu tersenyum . Dia bersyukur kerana Nazmeen faham dan merespon setiap kata-katanya . Tidaklah sukar sangat mahu mendidik dan mengajar anaknya ini nanti .

" Alahai comelnya anak papa ni... Geram ! " dikucup berkali-kali pipi kemerahan itu . Tawa Nazmeen meletus di ruangan itu bila dia dimanjakan si papa sebegitu .

Perbuatannya terhenti saat pintu bilik dikuak Layra . Terus dia yang duduk di atas lantai itu bangun sambil mencempung tubuh anaknya .

" Tak reti nak ketuk dulu ke ? " dia bersuara dingin . Layra memandang malas Nurhan dan anaknya yang sedang bermesra berdua . Tak habis-habis lelaki itu nak berdingin dengannya .

" Sorry " dia membawa langkah ke meja kerja Nurhan dan meletakkan fail di situ . Matanya melilau memandang beg Nazmeen serta mainan-mainan yang bertaburan di atas lantai . Tangan disilang ke dada memandang lelaki itu .

" Ni office , Han . Kenapa bawa anak ? "

" That my hospital . Suka hati la " Layra mendekati lelaki itu . Dia menghembus nafas kecil sebelum matanya merenung mata bundar milik Nazmeen . Senyuman diukirkan buat si kecil itu .

" Boleh I dukung dia ? "

" Buat apa ? Tak payahlah . Nazmeen belum nak ramah dengan orang "

" Jangan ajar budak sombong dari kecik , Han . I tahu you tak suka I tapi kejap jelah pun . Bukan I nak culik anak you . Yara pun tak bisinglah kalau I pegang anak dia ni " terusan sahaja Layra menarik Nazmeen dari dukungan Nurhan .

Ye , dia malas sebenarnya nak lebih-lebih . Dah tengok Nurhan dan Yara bahagia tambah pula adanya Nazmeen , dia mula rasa nak berhenti buat perangai tak matang . Berhenti nak kacau keluarga Nurhan dan sakitkan hati Yara  .

Dia sekadar memandang Layra yang melayani manja Nazmeen . Dicium pipi si kecil macam nak lagi ciuman itu . Nurhan menghembus nafas kecil dan mengusap kepala tuan puteri kecilnya lembut .

Sedar wajah Nurhan itu merenung anak di dalam dukungannya lama , Layra berkerut hairan . Terus diserahkan Nazmeen dan itu membuatkan Nurhan agak sedikit terkejut .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now