#CASE 20

1.1K 81 3
                                    

PEMBESAR suara dibuka dan diletakkan di atas meja . Rambutnya yang separas leher itu diraup kebelakang saat rambut bahagian hadapannya sedikit menganggu penglihatannya .

" Korang kat mana sekarang ? Tuan Jad dengar kita meeting ni memang kena kita semua nanti . Orang tua tu boleh sembelih kita kalau dia nak ! "

" Don't worry . Kitaorang sekarang kat rumah Akim " Kaysa yang duduk diantara Joshua dan Tina itu bersuara . Yara bersandar pada sofa yang disediakan di bilik tetamu ini .

" So apa je korang dapat ? "

" Cik Yara ada dapat file yang saya bagi Cik Yara kan ? Itu semua hal duit keluar masuk dan jumlah dalam bank arwah Deena . Pada tarikh 26 Ogos , ada dalam 26K duit arwah dikeluarkan . Pada 3 September juga ada dalam 15K dikeluarkan " Yara membaca butiran yang dihantar Joshua padanya melalui Macbook milik Nurhan yang dia meminta izin untuk pinjam . Lelaki itu tiada di rumah pagi ini atas urusan kerja di hotel .

" Selambak itu ? Tahu ke siapa yang keluarkan ? "

" No record pula bila saya periksa "

" Kalau ikut firasat aku , acc bank Deena ni ada yang pegang cuma tak tahu ada pada keluarga arwah atau pada PA arwah sendiri . Ada laporan yang PA dia , Sabby fly oversea lepas seminggu Deena meninggal "

" Kita pun tak interrogation si Sabby ni " mereka semua mengeluarkan kenyataan masing-masing . Yara mengeluh perlahan cuba memerah otak untuk berfikir .

" Aku dah susah nak percaya siapa-siapa dah sekarang . Bagi aku circle Deena ni macam ada something " dia meraup wajah keletihan . Nak rungkaian kes ini bukannya senang .

" Ada sorang . Jawhar . Aku dah call dia nak cakap pasal ni and petang nanti dia datang "

" Kalau saya kata parents arwah songlap harta arwah boleh tak ? Cuba fikir balik , kenapa diorang nak kes ni ditutup macam tu je ? Maybe diorang dapat tahu jumlah harta yang anak diorang ada and diorang nak kaut simpan semua . Malas nak panjang cerita dan dapat kekayaan berlipat ganda , diorang nak tutup kes " Tina mengusulkan pendapat . Joshua yang ralit menghadap laptop mula membuka sesuatu .

" Tapi kalau family dia ambil pun tak kisah sebab diorang family arwah cuma tak manis la lepas arwah meninggal nak songlap semua . Melainkan arwah ada buat wasiat atau apa-apa sekalipun . Encik Akim , ni lawyer arwah Deena . Patut kita call and tanya pasal ni ? " laptop ditolak menunjuk pada Akim . Lelaki itu meneliti butiran maklumat peguam Deena .

" Okey juga . Dapat all bukti yang cukup kita boleh debat dengan Tuan Jad pasal ni " Joshua mengangguk . Tangannya lincah menari di atas laptop miliknya .

" So sekarang kita kena jumpa Sabby . Dia kat mana ? "

" She's at Melbourne sampai sekarang . Sus juga minah ni sebab yelah , two months kat negara orang tak balik-balik . Dia just personal assistant and takkan duit banyak ? Pemurah sangatlah True Talent nak bagi duit banyak kat dia ? " Kaysa mula curiga pada Sabby . Siapa lagi nak bagi gadis itu duit kalau bukan syarikat ? Deena sendiri pun bekerja di bawah syarikat .

Mereka semua diam sejenak berfikir jalan penyelesaian . Satu persatu mula timbul isu baru tapi nak ke penghujung kes tiada satu pun yang membantu .

──•~❉᯽❉~•──

Nurhan membawa dua cawan air sejuk ke halaman rumah . Dia meletakkannya di atas meja . Satu untuk Yara dan satu untuk dirinya .

Gadis itu sedang sibuk memerhati Dory yang sedang memakan rumput untuk dijadikan ubat pada sistem badan si bulus itu . Biarkan Dory bebas bermain . Di rumah Haji Adham ini bela arnab . Dory pula berkawan dengan arnab-arnab tersebut yang juga dibebaskan memakan rumput di halaman .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now