YARA melangkah masuk ke hospital Han Medical itu terus menuju ke kaunter utama . Senyuman diukirkan pada jururawat yang bekerja di kaunter tersebut sebagai tanda ramah mesra .
" Ye cik ? "
" Erm saya nak jumpa Encik Nurhan Waail . Boleh ? Ada urusan penting " jururawat itu melihat Yara atas bawah dengan berpakaian jaket kulit hitam beserta seluar hitam dan kasut but hitam .
" Itu cik kena naik atas jumpa assistant Tuan Nurhan . Naik lift tu sampai tingkat 12 lepastu cari asistant Tuan Nurhan nama dia Cik Moon " jelas jururawat itu . Yara mengangguk faham dan mengukirkan senyuman manis .
" Ouh thank you " dia terus berjalan mengambil lift . Butang tingkat 12 ditekan dan menuju ke atas . Saat tiba di tingkat yang tepat , Yara melangkah ke arah pejabat itu . Terdapat beberapa bilik di situ . Matanya terpandang pada satu kaunter di situ .
" Hi . Boleh saya jumpa Encik Nurhan tak ? " Moon yang sedang membuat kerja itu mendongak memandang Yara . Terus dia berdiri memandang gadis itu dengan kerutan .
" Cik ada buat appointment ? Atas urusan apa ye nak jumpa Tuan Nurhan ? Kalau nak jumpa kena buat appointment dulu "
Yara menolak lidah ke dinding pipi dan menghembus nafas perlahan . Dia mengukirkan senyuman pada gadis cina di hadapannya . Kenapa banyak sangat syarat nak jumpa Nurhan ni ?
" Ouh Alamak ! Saya tak tahu pula kena buat appointment . Jumpa kejap je tak boleh ? " dia mencuba lagi nasib . Namun tetap mendapatkan gelengan oleh pembantu Nurhan itu .
" Maaf cik tak boleh "
" Moon ? Ada apa ni ? " Nurhan muncul saat itu . Dia memandang pembantunya dengan kerutan sebelum memandang Yara . Dia agak terkejut gadis cantik itu ada di pejabatnya hari ini . Dia mengawal rasa terkejut itu dan memandang gadis itu .
" Ni cik ni nak jumpa tuan . Ada urusan katanya tapi dia tak buat apa-apa appointment " jelas Moon . Nurhan dan Yara saling berpandangan . Dia mengukirkan senyuman pada Moon .
" Its okay bagi je dia masuk . Jom " Yara agak terpinga dengan lampu hijau Nurhan . Terus dia membuntuti langkah lelaki itu ke bilik kerjanya .
Saat itu juga Layra keluar dari bilik kerjanya dan memandang Nurhan serta seorang gadis . Dia menuju ke arah Moon .
" Siapa tu ? " nadanya serius sahaja . Moon memandang Layra bersahaja sambil menyusun fail-fail di atas mejanya . Dia dalam hati sudah mengutuk gadis yang bergelar isteri Tuan Nurhan ini . Memang dia tak suka Puan Layra Auren ini .
" I dont know . Dia nak jumpa Tuan Nurhan "
" Ada buat appointment tak ? " Moon malas mahu layan . Terus dia beredar menuju ke pantri untuk membuat secawan minuman . Layra menjerit memanggil gadis itu namun diendahkan .
" Eee budak ni ! Biadab betul ! "
Layra menghembus nafas kasar dan berlalu masuk semula ke dalam biliknya . Pintu dihempas geram dan melabuhkan punggung di kerusinya semula .
Nurhan perbetulkan duduknya selepas selesai menghadap sedikit kerja di komputer . Dia mengukirkan senyuman pada Yara . Gadis itu membalasnya setelah 5 minit menunggu Nurhan .
" Sorry buat awak menunggu . Ada kerja sikit but dah settle ! So Cik... "
" Yara Hanina " Yara memperkenalkan dirinya . Nurhan mengangguk dan masih tidak lekang dengan senyuman . Dia memandang wajah cantik gadis dihadapannya ini . Mengapa tiba-tiba Yara mahu berjumpa dengannya ?
" Okey Cik Yara . Kenapa nak jumpa saya ? "
Yara menarik dan menghembus nafasnya . Jarang dia nak mengukirkan senyuman banyak macam ni pada satu hari . Disebabkan nak meminta mini kamera yang berada di tangan lelaki itu sahajalah dia bersopan santun sebegini .
YOU ARE READING
HEMLOCK ✅
Mystery / Thriller𝟬3 | 𝗛𝗘𝗠𝗟𝗢𝗖𝗞 ɴᴜʀʜᴀɴ ᴡᴀᴀɪʟ | ʏᴀʀᴀ ʜᴀɴɪɴᴀ " If my love for you is a crime , I want to be the most wanted criminal " Ditugaskan menjadi detektif dalam satu kes jenayah sangat biasa bagi Yara Hanina . Tapi kes pada kali ini berbeza . Boleh dika...